Salah satu contoh kisah cinta wanita solehah kisah ketika Saidina Ali r.a datang untuk meminang Fatimah. Ketika itu Saidina Ali datang kepada Rasulullah tetapi beliau tidak berani untuk mengatakan hajatnya itu tetapi Saidina Ali hanya tersipu - sipu malu. Lalu ketika itu datang Jibril membisikkan sesuatu kepada Rasulullah dan Rasulullah terus berkata kepada Saidina Ali bahawa baginda memperkenankan pinangan itu. Saidina Ali terkejut kerana Rasulullah tahu akan hasratnya.
Kemudian Rasulullah pergi bertanyakan Fatimah sama ada dia setuju atau tidak? Fatimah menjawab bahawa kalau yang menerima lamaran itu adalah Rasulullah dia akan setuju. Lalu Saidina Ali dinikahkan dengan Fatimah dengan mas kahwinnya ialah Al-Fatihah. Pada malam pertama Saidina Ali dan Fatimah ketika mereka ingin bersama Fatimah telah membuka tudung kepalanya dan pada ketika itu juga Saidina Ali pengsan kerana terlalu terkejut dengan kecantikan Fatimah.
Satu lagi kisah yang diceritakan ialah cerita tentang Ummu Salamah dengan Zaid Harith. Zaid adalah seorang pemuda yang kulitnya amat hitam dan ada orang yang mengatakan bahawa tiada orang yang lebih hitam daripadanya. Oleh kerana keadaan Zaid sedemikian rupa maka tiadalah ada orang yang berhajatkan kepada Zaid dan Zaid terpaksa membujang. Rasulullah yang melihat Zaid masih bujang terus bertanyakan Zaid siapa yang dihajatinya. Lalu Zaid menjelaskan bahawa dia meminati Ummu Salamah. Lalu Rasulullah menyuruhnya pergi meminang Ummu Salamah.
Ketika Zaid ke rumahUmmu Salamah bapa Ummu Salamah sedang mengasah pedang. Jadi ketika itu apabila Zaid datang menyatakan bahawa Rasulullah menyuruhnya agar datang meminang Ummu Salamah, bapa Ummu Salamah terus mengejar Zaid dengan pedang tersebut tetapi Ummu Salamah memanggil bapanya dan berkata, "Tidakkah engkau mendengar bahawa Rasulullah yang menyuruhnya datang ke sini untuk meminangku. Jika itu kata rasulullah aku menerimanya".
Akhirnya bapa Ummu Salamah menerimanya menjadi menantu. Ketika itu sampai panggilan jihad lalu Zaid pergi berjuang jihad Fi Sabilillah dan akhirnya Zaid telah syahid di medan perang tanpa sempat merasai nikmat perkahwinan.
p/s : Pemilihan suami bagi seseorang wanita itu haruslah disandarkan kepada ketakwaan seseorang.
wallahualam ...
No comments:
Post a Comment