Ada seorang perempuan tua, rumahnya disinggahi oleh Rasulullah SAW dalam perjalanannya ke Gua Thur ke Madinah Munawarah. Perempuan tua itu kehairanan dengan kehadiran orang yang tidak dikenali itu. Kerana dengan serta-merta kambing-kambingnya banyak mengeluarkan susu sehingga dapat diminum oleh Rasulullah dan para sahabatnya dengan kenyang bahkan berlebihan pula. Apabila suami perempuan tua itu pulang, dia menceritakan peristiwa yang terjadi. Katanya: “ Wahai suaminku, sebentar tadi aku telah didatangi oleh seorang lelaki dan beberapa sahabatnya. Kedatangannya telah membuatkan kambing-kambing kita yang telah lama kekeringan susu itu telah kembali mengeluarkan susu bahkan setelah diminum mereka masih berlebihan lagi ”.
Seterusnya suami perempuan tua itu bertanya tentang bagaimana rupa lelaki yang dimaksudkan oleh isterinya itu : “ Cuba ceritakan kepadaku tentang keadaan lelaki yang kau maksudkan itu”. Mendengar pertanyaan suaminya itu, lalu perempuan tua itu menceritakan demikian ”. Wahai suamiku, lelaki yang aku maksudkan itu berkeadaan demikian: rupa parasnya terlalu kacak, mukanya bercahaya, tingkah-lakunya menyenangkan hati, perutnya tidak memboyot, rambutnya kemas dan rapi sekali, segak, tampan, matanya hitam dan besar, rambutnya subur dan tebal, suaranya jelas dan lunak, lehernya jinjang, matanya hitam bercahaya, di susut-sudut matanya berwarna kebiruan asli, bulu matanya lembut dan tipis, rambutnya hitam dan ikal, diam dan ramah mesra, cantik dan menawan dipandang dari jauh dan amat segak dipandang dari dekat, manis ketika berkata-kata serta jelas tutur-katannya, tidak lebih dan tidak kurang dari yang perlu, percakapannya tetap, ukuran badannya sederhana, tidak rendah dan tidak terlalu tinggi, seperti setangkai ranting yang segar disunting dari sebatang pohon yang cantik, indah dipandang dan segak bentuknya. Sahabat-sahabatnya sangat setia dan selalu mengelilinginya, mendengar kata-katanya dengan diam dan patuh segera akan apa yang diperintahnya, mereka taat dan suka kepadanya, tidak banyak cakap dan tidak pula menyembunyikan.
Demikianlah gambaran-gambaran tentang keindahan dan keelokan Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita sentiasa terpaut hati kepada baginda dan mencintainya dengan mengikut sunnah hidupnya dalam semua hal.
4 comments:
hehe...btul3..kita patut ikut..
hehek thanx coz komen, lama ta nmpk.. huhuu insyaAllah, sma2la ite cbe contohi n lakukan yea
semoga dgn gambaran tersebut kita boleh membayangi peribadi rasulullah
sungguh indah sekali pekerti baginda
insyaAllah, harap2 begitulah hendaknya
Post a Comment