Followers

Tuesday, May 4, 2010

mOm3nTo @$@$i Di KUIS

Saat – saat daku menjejakkan kaki di KUIS…
Hari pertama melangkah dengan rasa penuh benci!
Langkahku berat dan perlahan seakan – akan malas.
Menghadirkan diri dalam setiap program bagaikan tidak rela mahupun ikhlas.
Berkenalan dengan rakan serumah di P10-1002-B.
Hati mula menerima rakan – rakan baru, dunia baru.
Mula menyukai setiap aktiviti yang dijalankan.
Mulai hari itu kemana sahaja ain, rabiatul, najwa, nurul berada, disitu ada aku,
Tempat duduk kami sering dihadapan dalam PKK.
Masa hari akhir minggu ta’aruf aku ditarik kehadapan untuk menyanyi bersama – sama sambil berpegangan dengan akak – akak fasilitator.
Rasa segan menebal akan tetapi itu menjadi kenangan yang masih terpahat dalam memoir lama.

Setelah berlalunya seminggu ,
program minggu ta’aruf yang mengajar aku ,
tentang pelbagai perkara yang tidak pernah aku lalui sebelum ini ,
sama ada semasa aku di kampung, sekolah mahupun di rumah.
Di sini, yakni KUIS la yang membuat diriku merasa kesemuanya..

Hari demi hari berlalu,
Tiba masa untuk ujian placement test bertempat di DPU,
Aku berkenalan dengan dua orang rakan yang tidak pernah aku kenali,
Akan tetapi perasaanku merasakan seperti mereka adalah rakanku dahulu,
Kami amat mesra, bertegur sapa, bergelak ketawa.
Bercakap tentang nama, farah nur-rashida, nadrah adalah dua nama yang tidak akan pernah kulupakan!
Pada masa itu aku dikenali oleh mereka sebagai J ini kerna angkara masa perkenalan aku memperkenalkan diriku mastura je. Nad yang bagi idea tuk panggil diriku J.
Hubungan kami agak rapat, sehingga kini kami bersahabat tapi tidak rapat seperti dahulu mungkin kerana berbeza haluan, fakulti, kelas dan sebagainya kerna terdapat kekangan – kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Pada saat kami diperkenalkan kepada hasinah bertambah gembira rasa hati kerna dia merupakan rakan kelasku teman seperjuanganku,
Orangnya baik sama seperti farah dan juga nadrah tidak dapat kuterangkan tidak dapat kuungkapkan,
Kami semakin akrab, kemana – mana kami bersama,
Apa yang daku rasa ibarat,
Bagi hasinah tanpa nad sedih begitu juga sebaliknya,
Bagi fara, tanpa aku diam seribu bahasa begitu juga aku,
Perubahan mula berlaku saat aku tiada di KUIS,
Pulang ke rumah,
Sekembalinya aku, aku melihat kami semua seolah – olah tidak sama seperti sebelumnya,
Nad dengan haluannya,
Fara menjadi semakin pendiam,
Hasinah menjadi lemah,
Aku cuba bertahan oleh kerna karakterku yang agak kasar.



Semasa berada dikelas,
Aku mula mengenali pelajar lainnya,
Antaranya kamulah pelajar asasi it pengajian 2009 / 2010!
Semasa 1st intake semuanya seakan – akan friendly.
Sewaktu 2nd intake begitu juga,
Akan tetapi mula wujud perubahan,
Tiba masa 3rd intake,
Perubahan amat ketara apabila semakin ramai pelajar didalam course ini,
Hatiku bertambah rapuh apabila mengetahui hasinah akan pergi meninggalkan aku,
Aku menangis semalaman,
Esoknya aku menemani hasinah menguruskan keluarnya dia dari KUIS,
Aku kuatkan diri untuk memberi dia kenangan bersama aku.

Hasinah tiada lagi di KUIS!
Tiada rakan untukku bersembang,
Meluah rasa,
Tiada rakan yang menyendukkan nasi tatkala aku berada di café,
Tiada rakan yang menghalang aku dari marah,
Tiadanya hasinah membuat aku semakin lemah,
Tiada sabar,
Tiada kelembutan,
Sama tatkala aku berada disekolah dahulu.

Sepanjang tiga semester aku di asasi it,
Pelbagai perkara telah aku lalui,
Kenangan pahit tentunya ada,
Begitu juga kenangan manis,
Aku yakin ramai diantara rakanku tidak suka dengan diriku,
Panas baran,
Suka menjerit,
Tapi mereka tidak mengetahui mengapa aku begitu,
Bukan mudah ingin menjadi wakil kelas wahai rakan – rakan,
Banyak aduan dan rintihan malah prnah disoal dan dimarah kerna sikap kamu,
Aku diamkan, niat dihati nak mengubah itu semua kepada pujian,
Mungkin caraku salah,
Kumohon maaf atas segalanya wahai rakan – rakan.
Halalkanlah segala ilmu, makanan, dan sebagainya.
Moga Allah memberkati kalian.

Semester tiga kenangan terbaik yang pernah daku alami.
Terima kasih kawan – kawan.
Hubungan pelajar it rapat,
Ada course lain yang cemburu dengan kita tahu? Hehek
Walau apa pun asasi is the best!
I will never forget about the time when I was in foundation!

Ada sambungannya taw nantikan yea J

2 comments:

Lucy S. said...

hahaha mmg byk dugaan kalau belajar ni :)

m@s2r@~mi@ said...

tau tape sgt bnyk dugaan huhuu malah ag brat dr time skola hehek ;))