Followers

Thursday, April 29, 2010

5. Seksaan Ke Atas Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat

Perjalanan yang seterusnya Baginda s.a.w melihat orang memakan kayu berduri serta batu panas dari neraka Jahanam. Lalu beliau bertanya kepada Jibrail : "Siapakah mereka itu wahai Jibrail?".
Jawab jibrail : "Mereka adalah umpama orang yang tidak mengeluarkan zakatnya (memakan hartanya yang di dalamnya ada bahagian zakat yang belum dikeluarkan)".


Terhadap golongan ini Allah berfirman dalam Al-Quran, surah At-Taubah (9) ayat : "Dan orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih (dalam neraka pada Hari Akhirat)".
Allah berfirman lagi dalam surah Al-Fusilat (41) ayat 6-7 : "... Dan besarlah kecelakaan bagi orang yang mempersekutukanNya, (iaitu) orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir (menolak) akan adanya (kehidupan) akhirat".
 Dalam ayat ini Allah menyifatkan orang yang tidak mengeluarkan zakat sama seperti golongan yang mempersekutukan Allah dan dikutuk dengan perkataan "Celaka".
 Dalam sesebuah masyarakat, apabila para hartawan tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, dengan mengeluarkan zakat daripada hartanya atau tidak melakukan sumbangan sedekah, bererti dalam diri mereka   telah timbul atau ada sifat - sifat negatif (buruk), iaitu sifat bakhil.
Kesan daripada sifat bakhil itu akan berekor menjadi tamak, suka menindas, suka menimbun - menimbunkan harta, sombong, memberi rasuah, penting diri, memandang hina orang yang susah, lemah, dan sebagainya.
 Ekoran daripada itu akan timbul pula penyakit lain di kalangan orang susah dan miskin, iaitu penyakit dengki dan dendam terhadap orang kaya sehingga berlaku perbuatan merompak, menculik untuk menuntut wang tebusan dan lain - lain.
Oleh sebab itu Allah amat murka terhadap orang kaya yang bakhil, yang enggan mengeluarkan zakat atau sedekah terhadap orang miskin dan orang yang memerlukan bantuan. Kerana sikap demikian, secara tidak langsung boleh menimbulkan konflik dan jurang diantara dua kaum, mengakibatkan berlaku persengketaan.
 Dalam Al-Quran Allah mensifatkan orang kaya yang bakhil dan tidak membantu orang miskin dan golongan yang memerlukan bantuan sebagai "Penipu" dalam agama.
Firman Allah surah Al-Maa'uun : "Tahukah engkau, siapakah orang yang (dianggap) mendustakan (penipu) agama (meliputi hari pembalasan) ? orang itu ialah orang yang menindas serta belaku zalim (menganiaya dan tidak membantu) anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan kepada orang miskin ..."
 Balasan terhadap mereka di akhirat ialah Allah akan menggantikan makanan yang sedap mereka makan di dunia dengan dengan makanan berupa kayu berduri dan batu panas dari batu neraka Jahanam.
wallahualam...

No comments: