Khasiat Ramadan (TAKWA)
"Wahai orang - orang yang beriman, puasa telah difardukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardukan ke atas umat sebelum kamu, mudah - mudahan (dengan puasa itu) kamu bertakwa." (Al-Baqarah : 183)
Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai TAKWA. Bekalan untuk kesejahteraan hidup.
Apakah yang diajar oleh puasa agar meningkat nilai Takwa?
Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan takwa. Tidak minum kerana tiada minuman, itu juga bukanlah takwa. Akan tetapi...
Ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk mengatakan TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri.
Itulah TAKWA. Kawalan kehendak diri sendiri untuk selamatkan diri.
No comments:
Post a Comment