Followers

Monday, May 17, 2010

Zikrullah Pengubat Hati

                                                                                                                                                              
Zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t dengan hati, lidah, dan perbuatan seperti membaca tasbih, tahmid, takbir, dan sebagainya.


Antara kalimah - kalimah zikir termasuklah : 

  1. Subhanallah
  2. Alhamdulillah
  3. Allahu Akbar
Zikir perlu diamalkan dalam semua keadaan supaya kita ney tak lalai daripada mengingati Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya :
Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan baring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda - benda dengan sia - sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah Ali - Imran : 191)
 Kerugian Orang Yang Tidak Berzikir

  • Mudah diperdaya oleh godaan syaitan.
  • Senang terdorong melakukan perkara maksiat dan kejahatan.
  • Jiwa sentiasa dalam keadaan resah dan gelisah.
  • Tidak dikasihi Allah s.w.t dan tergolong dalam orang yang rugi.
  • Tidak mendapat petunjuk dari Allah s.w.t
  • Hati semakin jauh dan lalai daripada mengingati Allah s.w.t
Sudut Ilmiah
  1. Kita hendaklah sentiasa berzikir atau mengingati Allah s.w.t untuk memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.
  2. Allah s.w.t sangat menyukai orang yang sentiasa berzikir kepada-Nya dengan mengurniakan pelbagai rahmat dan kebaikan.
  3. Berzikir kepada Allah s.w.t hendaklah dengan adab - adab tertentu supaya mendatangkan kesan yang mendalam pada pengamalnya.
  4. Orang yang lalai daripada berzikir kepada Allah s.w.t akan memperoleh kerugian di dunia dan di akhirat.

No comments: