Followers

Saturday, May 15, 2010

Erti TAKWA

  1. "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar - benar takwa, dan jangan sekali - kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Terjemahan Surah Al - Imran : 102)
  2. "Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu." (Terjemahan Surah An - Nisaa':1)
  3. "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah yang benar. Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal - amal kamu, dan mengampunkan dosa - dosamu. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar - besar kejayaan." (Terjemahan Surah Al - Ahzab: 70 - 71)
Seperti ungkapan dialog antara Ubai bin Ka'ab dengan Umar Al-Khattab r.a :
Umar Al - Khattab r.a telah bertanya kepada Ubai bin Ka'ab tentang TAKWA. Lalu Ubair menjawab (dengan bertanya soalan), "Pernahkah engkau lalu di jalan yang banyak duri?" Umar menjawab, "Sudah tentu!" Ubai bertanya, "Justeru, apa yang engkau lakukan?" Umar menjawab, "Aku akan mengangkat sedikit kainku dan aku akan melangkah dengan berhati - hati." Ubai berkata, "Itulah yang dimaksudkan dengan TAKWA."

No comments: