- Dalam ayat 120 surah Al-Baqarah dijelaskan, yahudi adalah golongan yang tidak pernah puas dan tidak pernah berputus asa dalam berjuang bagi menghancurkan dan menakluk islam, selagi umat islam tidak menuruti langkah dan gaya mereka.
- Ayat 113 surah Al-Baqarah menyatakan, walaupun Nasrani dan Yahudi bersatu padu memusuhi islam di muka bumu ini, namun pada hakikatnya tersimpan permusuhan besar antara mereka.
- Pada ayat 67 surah Al-Imran menyatakan bahawa, bangsa Yahudi sentiasa mengiktiraf dan mengagungkan kehebatan dan keagungan umat masa lalu dengan mengatakan Nabi Ibrahim berketurunan Bani Israel. Ia bertujuan untuk mengaburi pandangan umat Nabi Muhammad yang menyanjungi Nabi Ibrahim. Namun itu adalah pembohongan yang nyata kerana Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi, tetapi muslim sejati.
- Allah mengingatkan umat islam pada ayat 51 surah Al-Maidah supaya tidak mengikut telunjuk dan termakan pujukan Yahudi, apatah lagi mengangkat mereka sebagai pemimpin. Allah memberi ancaman kepada sesiapa yang berbuat demikian dengan menegaskan mereka tergolong dari kalangan Yahudi jika mengangkat Yahudi sebagai pemimpin.
- Yahudi adalah kumpulan manusia yang sombong di muka bumi kerana menganggap diri mereka sebagai anak Allah sehingga berhak berbuat segalanya mengikut nafsu dan kehendak mereka sepertimana dalam ayat 18 surah Al-Maidah.
- Yahudi adalah bangsa yang tamak terhadap kehidupan dunia berdasarkan kefahaman daripada surah Al-Baqarah, ayat 96.
- Bangsa Yahudi dilaknat kerana menyekutukan Allah, sombong dan sikap berbohong mereka sebagaimana disifatkan dalam ayat 30 surah At-Taubah.
- Yahudi adalah bangsa yang kuat menentang islam berbanding Nasrani, merujuk kepada ayat 82 surah Al-Maidah.
Abu Muhammad Al-Hasani.
No comments:
Post a Comment