Followers

Tuesday, April 27, 2010

1. Dikejar Jin Ifrit

Diriwayatkan bahawa setelah Nabi s.a.w selesai melakukan solat sunat 2 rakaat di Baitullaham dan meneruskan perjalanan. Tiba - tiba datang Jin Ifrit mengejar dari belakang dengan membawa obor (api) dengan maksud hemdak merintangi perjalanan beliau. Melihatkan itu Jibrail berkata : "Wahai Nabi, bukankah tadi hamba telah mengajarkan doa untuk keselamatan perjalanan ini?. Bacalah!". Setelah Nabi s.a.w membaca doa tersebut tersungkurlah Ifrit dan terus hancur binasa. Selamatlah beliau dari gangguan Ifrit itu.
Dari peristiwa itu kita memperoleh pengajaran bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibrail baru sahaja meninggalkan Kota Makkah untuk satu misi penting, tapi telah mula didatangi gangguan oleh syaitan dan iblis yang bernama ifrit, yang mana Nabi s.a.w ditakut - takuti dan dilempari dengan obor api. Inilah yang dikatakan perjuangan, pasti ada halangan & ujian, tetapi Nabi s.a.w tetap tabah menghadapinya, sehingga api yang besar itu padam dan ifrit pun jatuh tersungkur ke tanah.
Ini suatu petanda atau kiasan bahawa setiap orang yang berjuang untuk menyiar dan mengembangkan agama Allah, dan yang membawa cita - cita besar lagi suci dan murni, pasti tidak terlepas dari gangguan & penghalang serta rintangan yang akan menggagalkan cita - cita itu sekiranya tidak tabah menghadapinya. Hanya pejuang yang tabah dan gigih sahajalah yang akan sampai kepada tujuannya, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w menghadapinya ketika israk & mikraj, tetapi kerana kesucian cita - cita itu, maka akhirnya sampai jugalah ke Masjidil Aqsa di Palestin.


wallahualam... 

No comments: