Hajar Al-Aswad Batu Syurga Yang Berharga
Batu ini dahulunya mampu jadi sebagai penawar segala penyakit serta yang menjadi penyatu umat seluruh dunia sehingga kini.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Hajar Al-Aswad itu diturun dari syurga. Pada asalnya batu itu berwarna putih seperti susu, kemudian menjadi hitam oleh dosa anak cucu Adam." (Riwayat Al-Tarmizi dalam sunan Al-Tarmizi jilid 3, halaman 226).
Riwayat yang sama pernah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Al-Musnad : "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga. Pada mulanya, warna batu tersebut putih bagai salji, sebelum dihitamkan oleh dosa kaum musyrik." (Al-Musnad jilid 1, halaman 307).
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa warna Hajarul Aswad lebih putih daripada perak. (Akhbaru makkah, oleh Al-Azraq jilid 1, halamn 322).
Riwayat lain lagi yang bersumberkan dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a berkata : "Jibril a.s turun membawa Hajar Aswad dari syurga, kerana itu ambillah manfaat darinya. Sesungguhnya kamu sentiasa dalam kebajikan sepanjang ia masih berada ditengah - tengah kamu. Pada suatu hari nanti, ia akan datang lalu kembali semula ke tempatnya (syurga), di mana Jibril a.s pernah membawanya turun darinya." ( Mujma' Az-Zawa'id jilid 3, halaman 242 ).
Bersumber dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata : "Hajar Al-Aswad dan Maqam Ibrahim adalah batu mutiara dari syurga dan kedua - duanya akan dikembalikan ke syurga semula, kalaulah Hajar Aswad tidak ternoda (oleh dosa - dosa manusia), nescaya ia boleh menyembuhkan penyakit kusta dan kebutaan mata." (Akhbaru Makkah, oleh Al-Fakihi jilid 1, halaman 444).
wallahualam ...
No comments:
Post a Comment