Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba - tiba berdiri dihadapan pintu rumah Nabi Idris seorang lelaki yang tidak dikenali, dan di tangan orang itu ia memegang sebiji telur, lalu berkata orang itu : "Wahai Nabi Allah Idris! bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ini kedalam telur yang aku pegang ini?", apabila Nabi Idris mendengar kata - kata orang itu maka tahulah ia bahawa yang sedang bercakap dengannya itu adalah Iblis.
Lalu Nabi Idris pun berkata kepadanya : "Datanglah dekat aku, dan tanyalah apa yang kamu hendak ketahui", setelah Iblis menghampiri Nabi Idris, lalu Iblis itu pun berkata : "Wahai Nabi Idris, bolehkah Tuhanmu itu memasukkan dunia kedalam telut ini!", maka Nabi Idris pun berkata : "Tuhanku boleh memasukkan dunia kemana sahaja, jangankan dalam telur yang kamu pegang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini kedalam lubang jarum yang aku pegang".
Setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Iblis itu, Nabi Idris a.s dengan pantasnya mencucuk mata Iblis dengan jarum yang ditangannya, maka terperanjat Iblis itu sebab tidak diduga sama sekali bahawa Nabi Idris a.s akan mencucuknya dengan jarum yang dipegangnya. Lalu Iblis itu pun lari meninggalkan Nabi Idris yang telah membutakan sebelah matanya. Iblis itu buta sebelah matanya hingga tibalah kebangkitan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
wallahualam...
No comments:
Post a Comment