Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Allah s.w.t mempunyai para Malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang - orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat - malaikat yang yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang - orang yang sedang berzikir itu dengan sayap - sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.
Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para Malaikat akan naik kembali kelangit. Lalu Allh s.w.t bertanya mereka : "Wahai para Malaikatku, dari manakah kamu semua?", maka berkata para Malaikat : "Ya Tuhan kami, kami baru saja balik dari memeriksa hamba - hambamu dibumi, mereka bertasbih, takbir, tahlil dan tahmid serta memohon kepadamu". Sebenarnya Allah s.w.t lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua mahkluk ciptaannya. Setelah Allah s.w.t mendengar kata - kata Malaikatnya, maka Allah s.w.t pun berkata : "Wahai para Malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaku?", berkata para Malaikat : "Hamba - hambamu itu memohon syurga darimu, lalu Allah s.w.t bertanya lagi : "Pernahkah mereka melihat akan syurga itu?", berkata para Malaikat lagi : "mereka tidak pernah melihat syurga itu".
Berkata Allah s.w.t : "Hamba - hambaku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya, dan apa lagi kalau mereka melihat syurga itu:, lalu berkata para Malaikat : "mereka juga memohon kebebasan", maka Allah s.w.t bertanya : "mohon bebas dari apa?", berkata para Malaikat : "hambamu itu memohon kepadamu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam", Allah s.w.t bertanya pada para Malaikat lagi : "pernahkah hamba - hambaku melihat akan nerakaku itu?", berkata para Malaikat : "Tidak Ya Allah", lalu Allah s.w.t berkata : "Hamba - hambaku itu tidak pernah melihat akan neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi jikalau mereka melihatnya",
Kemudian para Malaikat berkata lagi : "Ya Allah, hambamu itu memohon ampun kepadamu", Allah s.w.t berkata : "Dengarlah wahai para Malaikatku, aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta, serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu", setelah itu para Malaikat berkata lagi : "Ya Allah, diantara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir", lalau Allah s.w.t berkata : "Orang itu kuampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka".
wallahualam...
No comments:
Post a Comment