4. Seksaan Ke Atas Orang Melengah - Lengahkan Solat
Selanjutnya dalam perjalanan itu beliau melihat segolongan manusia yang memukul - mukul kepalanya sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu kepala itupun bercantum dan kembali semula seperti sedia kala. Kemudian orang itu memukul kepalanya sehingga hancur. Demikianlah berterusan mereka begitu tidak berhenti.
Melihatkan keadaan itu, Nabi s.a.w bertanya kepada Jibrail :"Siapakah mereka itu, wahai Jibrail?".
Jawab Jibrail :"Mereka adalah umpama segolongan umat tuan yang suka melengah - lengahkan waktu solat hingga akhirnya habis waktu yang ditentukan".
Inilah gambaran seksaan ke atas golongan orang yang tidak melakukan solat pada waktu yang ditentukan atau meninggalkan solat dengan sengaja, sebaliknya mereka lakukan solat diluar waktu atau mengqada'kannya dengan sengaja pada waktu lain. Perbuatan demikian sering berlaku di kalangan umat islam pada zaman ini yang sering memberi alasan sibuk dengan urusan harian sehingga berani menangguhkan solat. Untuk mereka Allah mengancam dengan neraka wail. Firman Allah surah Al-Maa'un (107) ayat 4-5 :"Maka kecelakalah (neraka wail) bagi orang yang solat; (iaitu) yang solatnya dalam keadaan lalai".
wallahualam ...
No comments:
Post a Comment