Followers

Thursday, April 29, 2010

5. Seksaan Ke Atas Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat

Perjalanan yang seterusnya Baginda s.a.w melihat orang memakan kayu berduri serta batu panas dari neraka Jahanam. Lalu beliau bertanya kepada Jibrail : "Siapakah mereka itu wahai Jibrail?".
Jawab jibrail : "Mereka adalah umpama orang yang tidak mengeluarkan zakatnya (memakan hartanya yang di dalamnya ada bahagian zakat yang belum dikeluarkan)".


Terhadap golongan ini Allah berfirman dalam Al-Quran, surah At-Taubah (9) ayat : "Dan orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih (dalam neraka pada Hari Akhirat)".
Allah berfirman lagi dalam surah Al-Fusilat (41) ayat 6-7 : "... Dan besarlah kecelakaan bagi orang yang mempersekutukanNya, (iaitu) orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir (menolak) akan adanya (kehidupan) akhirat".
 Dalam ayat ini Allah menyifatkan orang yang tidak mengeluarkan zakat sama seperti golongan yang mempersekutukan Allah dan dikutuk dengan perkataan "Celaka".
 Dalam sesebuah masyarakat, apabila para hartawan tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, dengan mengeluarkan zakat daripada hartanya atau tidak melakukan sumbangan sedekah, bererti dalam diri mereka   telah timbul atau ada sifat - sifat negatif (buruk), iaitu sifat bakhil.
Kesan daripada sifat bakhil itu akan berekor menjadi tamak, suka menindas, suka menimbun - menimbunkan harta, sombong, memberi rasuah, penting diri, memandang hina orang yang susah, lemah, dan sebagainya.
 Ekoran daripada itu akan timbul pula penyakit lain di kalangan orang susah dan miskin, iaitu penyakit dengki dan dendam terhadap orang kaya sehingga berlaku perbuatan merompak, menculik untuk menuntut wang tebusan dan lain - lain.
Oleh sebab itu Allah amat murka terhadap orang kaya yang bakhil, yang enggan mengeluarkan zakat atau sedekah terhadap orang miskin dan orang yang memerlukan bantuan. Kerana sikap demikian, secara tidak langsung boleh menimbulkan konflik dan jurang diantara dua kaum, mengakibatkan berlaku persengketaan.
 Dalam Al-Quran Allah mensifatkan orang kaya yang bakhil dan tidak membantu orang miskin dan golongan yang memerlukan bantuan sebagai "Penipu" dalam agama.
Firman Allah surah Al-Maa'uun : "Tahukah engkau, siapakah orang yang (dianggap) mendustakan (penipu) agama (meliputi hari pembalasan) ? orang itu ialah orang yang menindas serta belaku zalim (menganiaya dan tidak membantu) anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan kepada orang miskin ..."
 Balasan terhadap mereka di akhirat ialah Allah akan menggantikan makanan yang sedap mereka makan di dunia dengan dengan makanan berupa kayu berduri dan batu panas dari batu neraka Jahanam.
wallahualam...

Wednesday, April 28, 2010

4. Seksaan Ke Atas Orang Melengah - Lengahkan Solat

Selanjutnya dalam perjalanan itu beliau melihat segolongan manusia yang memukul - mukul kepalanya sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu kepala itupun bercantum dan kembali semula seperti sedia kala. Kemudian orang itu memukul kepalanya sehingga hancur. Demikianlah berterusan mereka begitu tidak berhenti.
Melihatkan keadaan itu, Nabi s.a.w bertanya kepada Jibrail :"Siapakah mereka itu, wahai Jibrail?".
Jawab Jibrail :"Mereka adalah umpama segolongan umat tuan yang suka melengah - lengahkan waktu solat hingga akhirnya habis waktu yang ditentukan".
Inilah gambaran seksaan ke atas golongan orang yang tidak melakukan solat pada waktu yang ditentukan atau meninggalkan solat dengan sengaja, sebaliknya mereka lakukan solat diluar waktu atau mengqada'kannya dengan sengaja pada waktu lain. Perbuatan demikian sering berlaku di kalangan umat islam pada zaman ini yang sering memberi alasan sibuk dengan urusan harian sehingga berani menangguhkan solat. Untuk mereka Allah mengancam dengan neraka wail. Firman Allah surah Al-Maa'un (107) ayat 4-5 :"Maka kecelakalah (neraka wail) bagi orang yang solat; (iaitu) yang solatnya dalam keadaan lalai".
wallahualam ... 

3. Tercium Bau Harum Masyitah

Setelah Nabi s.a.w menyaksikan keanehan itu kemudian dalam perjalanan seterusnya beliau tercium pula bau yang sangat harum menusuk hidung. Beliau pun bertanya kepada Jibrail : "Bau apakah ini , wahai Jibrail?".
Jawab Jibrail :"Inilah bau Masyitah sekeluarga yang telah merelakan diri mereka direbus dalam kawah (kuali besar) yang berisi timah mendidih (kepanasan) oleh fir'aun lantaran keteguhan iman mereka kepada Allah dan enggan mengakui Fir'aun sebagai Tuhan".
Watak dan peribadi ini lambang peribadi orang baik, orang soleh, para pejuang yang berhasil mengembangkan cita - cita yang baik, mengembangkan ajaran islam sehingga ajaran islam itu diikuti umatnya, sepeninggalan orang itu, walaupun ia sudah tiada, namun namanya masih dikenang, masih melata disebut orang.


wallahualam ...

2. Petani Pemurah Digandakan Keuntungan Berlipat Ganda

Seterusnya dalam perjalanan itu beliau sempat melihat segolongan manusia yang sedang menanam benih padi, seketika itu juga telah dapat dituai hasilnya, dan keadaan demkian terus menerus berulang dilakukan mereka, sehingga Nabi s.a.w pun merasa hairan lalu bertanya kepada Jibrail : "Siapakah mereka itu, wahai Jibrail?".
Jawab Jibrail : "Mereka adalah ibarat umat tuan yang suka menginfakkan harta bendanya untuk menegakkan kalimah Allah, mensyiarkan keagungan Asma Allah".
Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Baqarah (2) ayat 261 : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang - orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh (7) butir, pada tiap - tiap butir bercambah lagi menjadi seratus (100) butir. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui".
wallahualam ...

Tuesday, April 27, 2010

1. Dikejar Jin Ifrit

Diriwayatkan bahawa setelah Nabi s.a.w selesai melakukan solat sunat 2 rakaat di Baitullaham dan meneruskan perjalanan. Tiba - tiba datang Jin Ifrit mengejar dari belakang dengan membawa obor (api) dengan maksud hemdak merintangi perjalanan beliau. Melihatkan itu Jibrail berkata : "Wahai Nabi, bukankah tadi hamba telah mengajarkan doa untuk keselamatan perjalanan ini?. Bacalah!". Setelah Nabi s.a.w membaca doa tersebut tersungkurlah Ifrit dan terus hancur binasa. Selamatlah beliau dari gangguan Ifrit itu.
Dari peristiwa itu kita memperoleh pengajaran bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibrail baru sahaja meninggalkan Kota Makkah untuk satu misi penting, tapi telah mula didatangi gangguan oleh syaitan dan iblis yang bernama ifrit, yang mana Nabi s.a.w ditakut - takuti dan dilempari dengan obor api. Inilah yang dikatakan perjuangan, pasti ada halangan & ujian, tetapi Nabi s.a.w tetap tabah menghadapinya, sehingga api yang besar itu padam dan ifrit pun jatuh tersungkur ke tanah.
Ini suatu petanda atau kiasan bahawa setiap orang yang berjuang untuk menyiar dan mengembangkan agama Allah, dan yang membawa cita - cita besar lagi suci dan murni, pasti tidak terlepas dari gangguan & penghalang serta rintangan yang akan menggagalkan cita - cita itu sekiranya tidak tabah menghadapinya. Hanya pejuang yang tabah dan gigih sahajalah yang akan sampai kepada tujuannya, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w menghadapinya ketika israk & mikraj, tetapi kerana kesucian cita - cita itu, maka akhirnya sampai jugalah ke Masjidil Aqsa di Palestin.


wallahualam... 

Nabi s.a.w melihat pelbagai kisah misteri & ajaib ketika perjalanan dari Makkah ke Baitil Maqdis

Assalamualaikum w.b.t 
Para Sahabat yang disayangi sekalian, sepertimana telah dijelaskan bahawa perjalanan Nabi s.a.w berisrak dengan menaiki Buraq dan perjalanan itu bermula dari Makkah. Dalam perjalanan itu beliau sampai di sebuah negeri yang bernama Thaibah, merupakan satu tempat sumber ilmu pengetahuan, dimana - mana terdapat bangunan pengajian. Suasananya indah, anggun dan megah akhirnya dikenali sebagai Madinah. Di kota madinah inilah beliau bersama jibrail berhenti dan turun melakukan solat sunat 2 rakaat.


Setelah itu perjalanan diteruskan dan sampai ke Baitullaham, kota kelahiran Nabi Isa a.s. Turut berhenti dan solat sunat 2 rakaat. Mneruskan perjalanan ke Baitul Maqdis, didapati telah berkumpul para Nabi terdahulu menantikan kedatangan beliau, sempat solat berjemaah bersama dan diberi penghormatan sebagai imam solat.


Dalam rangkaian ini banyak sekali riwayat yang menerangkan kejadian - kejadian aneh yang dialami Nabi s.a.w dalam perjalanan (israk) dari Masjidil Haram sampai ke Baitul Maqdis, tatkala beliau mengenderai Buraq bersama Jibrail. Diantara kejadian ameh itu banyak sekali diceritakan dalam kitab - kitab kisah israk dan mikraj. Antaranya :-

  1. Dikejar Jin Ifrit
  2. Petani Pemurah Digandakan Keuntungan Berlipat Ganda
  3. Tercium Bau Harum Masyitah
  4. Seksaan Ke Atas Orang Yang Melengah - Lengahkan Solat
  5. Seksaan Ke Atas Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat
  6. Seksaan Dan Azab Ke Atas Orang Yang Berzina
  7. Seksaan Terhadap Orang Yang Menganggu & Menyakiti Orang Yang Lalu - Lalang Atau Para Pelancong
  8. Seksaan Ke Atas Pemakan Riba
  9. Seksaan Ke Atas Orang Yang Tidak Menunaikan Amanah
  10. Seksaan Ke Atas Orang Yang Suka Menasihat Kebaikan Untuk Orang Lain Dengan Melupakan Diri Sendiri
  11. Seksaan Ke Atas Orang Yang Suka Mengumpat
  12. Pelbagai Seksaan Ke Atas Kaum Wanita
wallahualam

Sunday, April 25, 2010

Qasidah Muhammadiah

Ini di amalkan oleh kami pelajar - pelajar asasi..

Kewajipan Berdakwah & Kepentingannya Dalam Pembentukan Generasi Rabbani

  1. Setiap umat yang lahir adalah sebagai seorang da'ie. Kesemuanya boleh menjadi da'ie, tiada diskriminasi. Perlu ada kesedaran diri.
  2. Dakwah adalah untuk semua berdasarkan tanggungjawab masing - masing.
  3. Yakin dengan adab tidur.
  • Amalkan sebelum tidur menyapu tempat tidur 3 kali sambil membaca bismillah...
  • Baca surah 3 qul dan menyapu dari kepala ke kaki.
  • Ambil wudhu' sebelum tidur.
  • Doa tidur.
  • Surah Al-Ikhlas.
  • Amalkan bacaan subhanallah, alhamdulillah, laila hailallah, allahu akbar sebanyak 33 kali insyaAllah anda akan merasakan bertenaga keesokan harinya, ingat! anda kena yakin dengan amalan anda insyaAllah anda akan merasakannya, tenaga yang tidak pernah anda rasakan sebelum ini.
  • Tidur dengan menghadap ke arah kiblat
     4.  Yakin & amalkan ilmu yang ada.
     5.  Hikmah dari kemahiran.
     6.  Serulah manusia dengan hikmah bukan paksaan.
     7.  Kena tarik mereka dengan hikmah tanpa kekerasan.
     8.  Amanah yang sangat getir & besar.
     9. Cakap perkara yang baik, jangan menakut - nakutkan mereka.
    10. Perlu menjadi contoh yang baik.
    11. Jangan bercakap sebelum kamu berfikir.
  12. Sebarkan salam ( memberi salam sekiranya bertembung dengan orang ).
    13. Apabila berbicara, bicaralah dengan kasih sayang.
    14. Fikirkan cara untuk membantu mereka.
    15. Tuju pada matlamat yang jadi sasaran.
    16. Jaga Akhlak & tingkah laku.
    17. Jangan tunjukkan kejahilan.
    18. Gunakan fakta yang tepat.
    19. Penampilan diri & status.
    20. Mengadakan kursus yang melibatkan masyarakat.
    21. Program khidmat.
    23. Pemberian hadiah.
    24. Kaunseling.
    25. Lawatan.
    26. Bacaan.
    27. Jamuan.
    28.Perhubungan.
    29. Dialog.
    30. Bentuk orang - orang yang cinta akan negara.
    31. Berpotensi.
    32. Relevan.
    33. Meningkatkan diri.
    34. Perbaiki Akhlak.
    35. Fahaman organisasi sesuai dengan keadaan semasa.
wallahualam...

Cabaran Sebagai Seorang Da'ie

Kita perlulah jadikan diri sebagai tanah, dimana didalamnya terdapat banyak bahan galian garam mineral dan nutrient untuk tumbuh - tumbuhan, mahupun memberi manfaat kepada haiwan - haiwan didalam serta diatasnya. Disamping itu, kita perlulah mengubah hati kita kepada arah kebaikan.

  1. Akidah kita perlu dimantapkan.
  2. Pembelaan saf dakwah.
  3. Pengorbanan juga perlu kita lakukan dari segi masa dan diri khususnya.
  4. Pemikiran posmodelisma.
  5. Al-Hikmah ( Pengetahuan & Perkhidmatan)
  6. Al-Mauizah hasanah (Kebijaksanaan)
  7. Kenalpasti keadaan.
  8. Pendakwah muda perlu ada ilmu pengetahuan & kemahiran.
wallahualam...

kenangan yang tidak dapat dilupakan

UTM KUDAI,JOHOR ~ 12 -14 mac 2010
Seminar Kebangsaan Pendakwah Muda (SPM'10) Peringkat Institusi Pengajian Tinggi
Dewan Al-Ghazali, Pusat Islam UTM.


Sebaik sahaja kami sampai, terus menghantar barang ke dalam masjid dan mendaftar, kemudian kami masuk ke dewan. Setiap pagi kami akan berqiamullail dan beriadah ( bersiar - siar dengan berjalan kaki) perjalanannya jauh, tapi tujuannya tidak diberitahu, hanya yang dapat kuanggarkan mereka ingin kami merasa bagaimana pada zaman dahulu para - para da'ie berjalan, mengembara ke suatu tempat ke tempat yang lain dengan jangka masa yang lama dan jauh perjalanannya. Setelah selesai kami bersarapan seterusnya mendengar ceramah dan kuliah begitulah seterusnya. Ukhuwah semakin erat pabila tiba waktu rehat, ku berta'aruf dengan rakan - rakan baru, dari tempat - tempat lain. kami juga sempat mengambil gambar bersama, insyaAllah lain hari akan kukepilkannya disini.


Hatiku rindu, sudah terpaut pada masjidnya, pabila hari terakhir daku disana, hatiku sedih kerna ku perlu pulang ke tempatku semula. Pabila sampai di kolejku, ku merindui akan suasana, rutin harian, dan segalanya tentang keadaan disana. Tidak dapat kugambarkan keindahannya, ku merasa tenang sekali tatkala berada didalamnya. Daku cuba untuk melupakannya namun masjid itulah yang kekal menjadi ingatan yang tidak pernah padam dalam ingatanku.


Daku juga terpaut pada penggerak - penggerak masjid tersebut, mereka sangat aktif sekali tidak seperti disini, malah penyusunan, dan penyediaan mereka lebih baik dan rapi, sesuai dengan motif mereka. Pensyarah, pihak pentadbir dan pelajar, sama - sama berganding bahu, menjayakan program sehingga berjaya. Layanan yang diberikan amatlah baik, seolah - olah kami ini ibarat anak kandung universiti itu. Para pelajarnya yakni fasililator sangat baik dan peramah, malah berjaga malam untuk menjaga kami serta tidur bersama kami di masjid.


Kini hatiku, 
sekiranya ada sumur di ladang, 
boleh la kita menumpang mandi, 
jika ada umurku panjang, 
insyaAllah inginku berkunjung ke sana lagi.

Thursday, April 22, 2010

6 / 4 / 2010 Usrah Asasi ( Jom Berfikir )

Assalamualaikum w.b.t
seperti yang sedia maklum, sahabat - sahabat asasi bahawa usrah ini dijalankan di dewan kuliah pentadbiran dan penyampainya adalah bro Azihal Bangsawan yang turut dikenali sebagai Umar. Pada sesi awalnya bro telah membaca surah Al-Ghaasyiyah. Dan bro menekankan lebih kepada surah ini.
Persoalan yang diwujudkan oleh bro ialah apakah kita ini tidak melihat kejadian unta? kejadian manusia? 



video asal nanti ana cari ye ni video yang mana jumpa je maaf...


melalui video ini diharap kita sama - sama renungkan tentang kejadian diri kita sendiri.


  • Mantapkan cara kita berfikir
  • Kunci kepada kejayaan merupakan kunci kepada perubahan diri
  • Pilih kawan yang baik
  • Pengurusan diri dan masa

Wednesday, April 21, 2010

Haiwan Akan Berkata - Kata Pada Akhir Zaman

x
Maha suci Allah yang telah menjadikan segalanya berbicara dengan yang ia kehendaki. Termasuklah salah satu daripada tanda - tanda kekuasaan-Nya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatat dalam Al-Quran, Surah Al-Naml ayat 82 : "Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi (dabul ardh) yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat - ayat kami".
Salah seorang musaffir (ahli tafsir) negeri syam, Abdul Fida'Ibnu Kathir Ad-Dimasyqiy mengulas tentang ayat diatas berkata ; "Haiwan ini akan keluar pada akhir zaman ketika umat manusia telah rosak rosak dan mulai meninggalkan perintah - perintah Allah, dan ketka mereka telah mula menggantikan (panduan) agama Allah (menurut hawa nafsu). Maka ketika itu Allah akan keluarkan kepada mereka haiwan bumi (Dab Al-Ardh). Khabarnya, datang dari arah Makkah. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia..." [Tafsir Ibnu Kathir (3/498)]
Haiwan aneh yang boleh berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat, berkemungkinan dalam waktu yang dekat. wallahualam...
Nabi s.a.w bersabda : "Sesungguhnya tidak akan berlaku hari kiamat, sehingga kamu akan sebelumnya 10 tanda - tanda kiamat :-


  1. Gempa bumi di timur
  2. Gempa bumi di barat
  3. Gempa bumi di jazirah arab
  4. Asap
  5. Dajjal
  6. Turun kembali Nabi Isa a.s ke bumi
  7. Haiwan bumi (Dabul Ardh)
  8. Ya'juj & Ma'juj
  9. Terbitnya matahari dari arah barat
  10. Api yang keluar dari jurang Aden, akan mengiringi manusia." 
[Riwayat Muslim dalam sohihnya (2901), Abu Dawud dalam Sunannya (4311), Al-Tarmidzi dalam Sunannya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunannya (4041)].

Dari Ibnu Abbas : bahawa maksud "Menyatakan kepada mereka" mengeluarkan mereka yakni tertulis pada dahi orang kafir akan tulisan "KAFIR" dan di dahi orang beriman bertulisan "MUKMIN", binatang itu mengajak mereka berbicara dan mengeluarkan mereka.

Ibnu Majah meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman, maka ia akan mencap (menanda) pada hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat terang wajah orang mukmin dengan cincin, sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata (kerana telah jelas tanda siapakah mukmin dan kafir) : "Makanlah ini wahai orang mukmin dan makanlah ini wahai orang kafir." [Riwayat Abu Daud Al-Thayalisi, Ahmad dan Ibnu Majah. Semua riwayat bersumberkan dari Hammad bin Salamah dari Abu Hurairah].

Jadi inilah ia binatang Allah, salah satu dari tanda kiamat Kubra (Besar). Abdullah bin Amru bin Ash berkata bahawasanya binatang ini adalah Al-Jassasah yang pernah disebut dalam hadis Tamim Al-Dari. [Syarah Al-Nawawi atau Sohih Muslim].
wallahualam ...

Hajar Al-Aswad Batu Syurga Yang Berharga

Batu ini dahulunya mampu jadi sebagai penawar segala penyakit serta yang menjadi penyatu umat seluruh dunia sehingga kini.
Dari Ibnu Abbas r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Hajar Al-Aswad itu diturun dari syurga. Pada asalnya batu itu berwarna putih seperti susu, kemudian menjadi hitam oleh dosa anak cucu Adam." (Riwayat Al-Tarmizi dalam sunan Al-Tarmizi jilid 3, halaman 226).
Riwayat yang sama pernah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Al-Musnad : "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga. Pada mulanya, warna batu tersebut putih bagai salji, sebelum dihitamkan oleh dosa kaum musyrik." (Al-Musnad jilid 1, halaman 307).
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa warna Hajarul Aswad lebih putih daripada perak. (Akhbaru makkah, oleh Al-Azraq jilid 1, halamn 322).
Riwayat lain lagi yang bersumberkan dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a berkata : "Jibril a.s turun membawa Hajar Aswad dari syurga, kerana itu ambillah manfaat darinya. Sesungguhnya kamu sentiasa dalam kebajikan sepanjang ia masih berada ditengah - tengah kamu. Pada suatu hari nanti, ia akan datang lalu kembali semula ke tempatnya (syurga), di mana Jibril a.s pernah membawanya turun darinya." ( Mujma' Az-Zawa'id jilid 3, halaman 242 ).
Bersumber dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata : "Hajar Al-Aswad dan Maqam Ibrahim adalah batu mutiara dari syurga dan kedua - duanya akan dikembalikan ke syurga semula, kalaulah Hajar Aswad tidak ternoda (oleh dosa - dosa manusia), nescaya ia boleh menyembuhkan penyakit kusta dan kebutaan mata." (Akhbaru Makkah, oleh Al-Fakihi jilid 1, halaman 444).
 wallahualam ...

Monday, April 19, 2010

Kejadian Aneh Dan Ganjil Adalah Bukti Keagungan Allah s.w.t

Banyak kejadian - kejadian, pelbagai peristiwa, dan perkara yang pelik dan ajaib yang sering diperkatakan oleh masyarakat, dan ada yang telah dipaparkan di mata kita melalui media massa sama ada tempatan atau luar negara. Akan tetapi kesemua kejadian dan peristiwa ini tidak memberi impak kepada diri sesetengah masyarakat diantara kita. Seolah - olah ianya tidak bermakna! Mereka menolak bahawa  peristiwa ini berkait dengan Khaliq ( Allah s.w.t ) yang menciptakan semuanya, sebaliknya mereka mengatakan ianya hanyalah sebagai tabiat alam atau suatu kebetulan sahaja, tidak kurang juga ada yang mengaitkan dengan kuasa mistik dan makhluk ghaib. 


Ini amatlah bertentangan sekali dengan firman Allah di dalam Al-Quran :
Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 190 - 191, maksudnya :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang, terdapat tanda - tanda ( kebesaran Allah ) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang (sentiasa) mengingati Allah sambil ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu berkata : Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia - sia..."


Firman Allah lagi dalam Surah Rum(30):8, maksudnya : "Dan mengapa mereka tidak mahu memikirkan tentang (kejadian) diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi, dan apa yang diantara kedua - duanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan..."
 Lalu Allah menyindir mereka: Afala tafakkaruun, maksudnya: "Apakah kamu tidak mahu berfikir atau menggunakan akal fikiran?" -Surah Al-An'am(6):50-


Firman Allah, maksudnya : "Kemudian akan kami tunjukkan tanda - tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran." - Surah Al-Fusilat(41):53-
 Dalam Al-Quran Allah juga menciptakan pelbagai perkara sebagai perumpamaan untuk kita fikirkan antaranya ialah :-

  • Pelita (An-Nur ayat 35)
  • Sungai (Muhammad ayat 15)
  • Pohon Bidara (Al-Waqiah ayat 28)
  • Angin ( Al-Imran ayat 117)
  • Api Bakaran / bara api (Al-Baqarah ayat 17)
  • Matahari dan Bulan (Yunus ayat 5)
  • Petir (Al-Baqarah ayat 20)
  • Lalat (Al-Hajj ayat 73)
  • Labah - labah (Al-Angkabut ayat 41)
  • Nyamuk (Al-Baqarah ayat 26) dan lain-lain.. banyak lagi .
Namun jarang ada yang mengambil ini sebagai renungan dan iktibar, kerana semua ini berbentuk simbolik dan sukar untuk difahami kecuali bagi mereka yang mempunyai akal yang tajam, akan tetapi Allah telah menunjukkan kekuasaan dan kebesarannya yang dapat dilihat oleh kita dengan segala peristiwa - peristiwa yang aneh dan ganjil untuk kita menilai dan mengingati Allah s.w.t.
Bagi mereka yang Allah kehendaki taufiq dan hidayah akan diberi, mereka akan mengambil iktibar daripada segala perkara ini dan mereka insaf dan sedar, maka mereka akan kembali kepada kebenaran dan menjadi hamba Allah s.w.t yang bertawadhuk, taat dan berserah diri kepada Allah s.w.t serta akan menyiapkan bekalan amalan untuk bertemu dengan Allah s.w.t di Akhirat kelak.
 Golongan inilah seperti yang disebut oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi : 110. maksudnya : "Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
Berkaitan dengan peristiwa ini, Nabi s.a.w telah membayangkan bahawa ia akan berlaku dan sebagai petanda dunia ini telah sampai pada penghujung usia, bahawa kiamat sudah dekat.
 Melalui riwayat hadis oleh Imam Nu'aim bin Hammad dalam kitab "Al-Fattan", Rasulullah s.a.w bersabda : maksudnya, : "Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu melihat perkara - perkara besar dan pelik yang kamu tidak pernah melihat dan perkatakannya sebelum ini."
Dalam hadis lain riwayat Al-Bazar bahawa Nabi s.a.w menambahkan dengan nasihat agar jika tiba masa lahirnya perkara - perkara pelik yang tidak pernah dilihat hendaklah : "...banyakkan ingatkan Allah kerana perkara pelik itu berlaku menandakan tanda - tanda awal bahawa kiamat telah dekat akan terjadi."
 Dalam hadis selanjutnya oleh Imam Ahmad dari Samurah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Tiada akan berlaku kiamat sehingga berlaku perkara - perkara pelik dan luar biasa yang melibatkan diri kamu, sehingga kamu bertanya sesama sendiri, apakah perkara seperti itu pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w dahulunya?"
Perkara pelik ini bukan seperti silap mata atau black magic. Menurut hadis diatas ialah "Perkara dan peristiwa yang tidak pernah kita alami atau yang tidak pernah kita dengar atau tidak pernah kita perkatakan" sebelium ini dan perkara dan peristiwa itu yang tidak boleh kita fikirkan atau yang tidak pernah kita terfikir pun ia berlaku.
 Jika kita dapati atau temuinya, Rasulullah s.a.w nasihatkan kita agar banyak mengingati Allah, kerana perkara pelik itu salah satu tanda bahawa kiamat telah dekat. Maksud mengingati Allah ialah banyakkan beramal untuk bekalan Hari Akhirat kelak.
wallahualam...

Friday, April 16, 2010

Sambil makan nips update blog untuk semua... sebab..inilah dye...

"orang yang lemah ialah orang yang x mampu cari kawan..tetapi orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia - siakan kawan yang di cari"

ambillah....

secebis ketabahan Abu bakar...

secangkir keluhuran umar..

sequdus taqwa Ali..

selautan ilmu Al - Ghazali...

semurni rindu Ainul Mardiah...

sehebat cinta Muhammad dan Aisyah...

selembut hati Balqis...

seteguh pegangan Rabiatul Adawiyah...

dan..

setabah jiwa Fatimah dan Khadijah...

indahnya ukhwah dikala lupa ada yang mengingati dikala tersilap ada yang menasihati...

ukhuwah fillah abada abadan..
wallahualam...

Kisah Ketika Nabi Tersenyum

kisah ini diambil dari http://alkisah.web.id/2009/03/ketika-nabi-tersenyum.html

Ketika Nabi Tersenyum
Mon, Mar 9, 2009
Kisah dan Hikmah, Mutiara Rasul, Nabi Muhammad
Saat menikahkan putri bungsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib, Baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.
Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, karena hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin.
“Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kita As Sirah Nabawiyyah.

Rasulullah SAW adalah pribadi yang lembut dan penuh senyum. Namun, beliau tidak memberi senyum kepada sembarang orang. Demikian istimewanya senyum Rasul sampai-sampai Abu Bakar dan Umar, dua sahabat utama beliau, sering terperangah dan memperhatikan arti senyum tersebut.
Misalnya mereka heran melihat Rasul tertawa saat berada di Muzdalifah di suatu akhir malam. “Sesungguhnya Tuan tidak biasa tertawa pada saat seperti ini,” kata Umar. “Apa yang menyebabkan Tuan tertawa?” Pada saat seperti itu, akhir malam, Nabi biasanya berdoa dengan khusyu’.
Menyadari senyuman beliau tidak sembarangan, bahkan mengandung makna tertentu, Umar berharap, “Semoga Allah menjadikan Tuan tertawa sepanjang umur”.
Atas pertanyaan diatas, Rasul menjawab, “Ketika iblis mengetahui bahwa Allah mengabulkan doaku dan mengampuni umatku, dia memungut pasir dan melemparkannya kekepalanya, sambil berseru, ‘celaka aku, binasa aku!’ Melihat hal itu aku tertawa.” (HR Ibnu Majah)
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali menulis, apabila Rasul dipanggil, beliau selalu menjawab, “Labbaik”. Ini menunjukkan betapa beliau sangat rendah hati. Begitu pula, Rasul belum pernah menolak seseorang dengan ucapan “tidak” bila diminta sesuatu. Bahkan ketika tak punya apa-apa, beliau tidak pernah menolak permintaan seseorang. “Aku tidak mempunyai apa-apa,” kata Rasul, “Tapi, belilah atas namaku. Dan bila yang bersangkutan datang menagih, aku akan membayarnya.”
Banyak hal yang bisa membuat Rasul tertawa tanpa diketahui sebab musababnya. Hal itu biasanya berhubungan dengan turunnya wahyu Allah. Misalnya, ketika beliau sedang duduk-duduk dan melihat seseorang sedang makan. Pada suapan terakhir orang itu mengucapkan. “Bismillahi fi awalihi wa akhirihi.” Saat itu beliau tertawa. Tentu saja orang itu terheran-heran.
Keheranan itu dijawab beliau dengan bersabda, “Tadi aku lihat setan ikut makan bersama dia. Tapi begitu dia membaca basmalah, setan itu memuntahkan makanan yang sudah ditelannya.” Rupanya orang itu tidak mengucapkan basmalah ketika mulai makan.
Suatu hari Umar tertegun melihat senyuman Nabi. Belum sempat dia bertanya, Nabi sudah mendahului bertanya, “Ya Umar, tahukah engkau mengapa aku tersenyum?”
“Allah dan Rasul-Nya tentu lebih tahu,” jawab Umar.
“Sesungguhnya Allah memandang kepadamu dengan kasih sayang dan penuh rahmat pada malam hari Arafat, dan menjadikan kamu sebagai kunci Islam,” sabda beliau.
Kesaksian Anggota Tubuh
Rasul SAW bahkan sering membalas sindiran orang dengan senyuman. Misalnya ketika seorang Badui yang ikut mendengarkan taushiyah beliau tiba-tiba nyeletuk, “Ya Rasul, orang itu pasti orang Quraisy atau Anshar, karena mereka gemar bercocok tanam, sedang kami tidak.”
Saat itu Rasul tengah menceritakan dialog antara seorang penghuni surga dan Allah SWT yang mohon agar diizinkan bercocok tanam di surga. Allah SWT mengingatkan bahwa semua yang diinginkannya sudah tersedia di surga.
Karena sejak di dunia punya hobi bercocok tanam, iapun lalu mengambil beberapa biji-bijian, kemudian ia tanam. Tak lama kemudian biji itu tumbuh menjadi pohon hingga setinggi gunung, berbuah, lalu dipanenkan. Lalu Allah SWT berfirman. “Itu tidak akan membuatmu kenyang, ambillah yang lain.”
Ketika itulah si Badui menyeletuk, “Pasti itu orang Quraisy atau Anshar. Mereka gemar bercocok tanam, kami tidak.”
Mendengar itu Rasul tersenyum, sama sekali tidak marah. Padahal, beliau orang Quraisy juga.
Suatu saat justru Rasulullah yang bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kalian mengapa aku tertawa?.”
“Allah dan Rasul-Nya lebih tahu,” jawab para sahabat.
Maka Rasul pun menceritakan dialog antara seorang hamba dan Allah SWT. Orang itu berkata, “Aku tidak mengizinkan saksi terhadap diriku kecuali aku sendiri.”
Lalu Allah SWT menjawab, “Baiklah, cukup kamu sendiri yang menjadi saksi terhadap dirimu, dan malaikat mencatat sebagai saksi.”
Kemudia mulut orang itu dibungkam supaya diam, sementara kepada anggota tubuhnya diperintahkan untuk bicara. Anggota tubuh itupun menyampaikan kesaksian masing-masing. Lalu orang itu dipersilahkan mempertimbangkan kesaksian anggota-anggota tubuhnya.
Tapi orang itu malah membentak, “Pergi kamu, celakalah kamu!” Dulu aku selalu berusaha, berjuang, dan menjaga kamu baik-baik,” katanya.
Rasulpun tertawa melihat orang yang telah berbuat dosa itu mengira anggota tubuhnya akan membela dan menyelamatkannya. Dia mengira, anggota tubuh itu dapat menyelamatkannya dari api neraka. Tapi ternyata anggota tubuh itu menjadi saksi yang merugikan, karena memberikan kesaksian yang sebenarnya (HR Anas bin Malik).
Hal itu mengingatkan kita pada ayat 65 surah Yasin, yang maknanya, “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka, dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.”

~ CiNtA ~ kata - kata bijak

assalamualaikum w.b.t [-O<
Di sini ana nk kongsi 1 artikel atau cerpen islamic yang telah ana dapati di http://rud1.cybermq.com/post/detail/1787/kata-bijak---kata-cinta--mahabbah---rabiatul-adawiyah--sufi- 
untuk renungan kita semua ye kawan - kawan.

18 April 2009
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu bermulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkanlah kata - kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga gugur dikala musim silih berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu mencairkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang tidur dan meniupkan kehidupan (semangat) padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap - tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati namun ianya mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata - kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah yang dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
 wallahualam.. renung2kn lah ye kawan2 artikel ney ana paste kan untuk anda semua

Thursday, April 15, 2010

29 march 2010

Bertempat di Dewan Kuliah Pentadbiran KUIS.
Program USRAH asasi.
(Nilai Masa)


antara maklumat yang mia perolehi dari usrah ni :-


  • Masa belajar adalah yang paling seronok ( merupakan salah 1 nikmat yang Allah bagi pada semua )
  • Kita xperlu alim tuk jadi orang yang berjaya
  • Perlu ada niat nak taja pelajar jika kita mempunyai harta lebih nanti
  • Perlu ada dalam diri nak menjadi sesuatu yang baik & berjaya
  • Berusaha menjadi yang lebih baik
  • Elakkan perkara xbaik
  • Bayangkan tahap diri yang mampu dicapai
  • Niat mesti betul!
  • Ilmu adalah yang paling besar ( Penting )
  • Pentingkan unsur Barakah!
  • Cuba rasakan diri ( Nikmat ) hargai diri
  • Berangan tentang hal yang baik
  • Pinggirkan hal dunia ( agak sukar ye nk wt ney huhuu)
7 Resipi Nak Jaga Masa
  1. Uruskan aktiviti dengan bijak secara konsisten dan disiplin
  2. Hindarkan diri dari program yang tidak memberikan manfaat
  3. Jangan berlebih - lebih dalam urusan
  4. Bercampur dengan orang - orang yang baik
  5. Baca biografi ulamak ( dalam proses hehek )
  6. Buat kajian
  7. Banyakkan membaca
untuk kesemua ney kite kne ade
  • Keikhlasan - macam yang kawan ym mia cakap kat mia, kita nak wat blog ney xperlu orang lain.. yang penting kita dah jalankan tanggugjawab kita. xperlu hiraukan pandangan orang lain, yang penting Allah s.w.t. Terima kasih ye epal ;))
  • Mujahadah
  • Baca kitab - kitab
  • Elakkan makan makanan - makanan Syubaha'
  • Kena ada prinsip!
itu saja wat masa ney hehek..
sama2la kita menuju kejayaan 
man jadda wa jadda... btul ke hahah
sesiapa yg brusaha, dia kan memperolehinya..
insyaAllah..

wallahualam...

Wednesday, April 14, 2010

Kisah Nabi Idris Menikam Mata Iblis

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba - tiba berdiri dihadapan pintu rumah Nabi Idris seorang lelaki yang tidak dikenali, dan di tangan orang itu ia memegang sebiji telur, lalu berkata orang itu : "Wahai Nabi Allah Idris! bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ini kedalam telur yang aku pegang ini?", apabila Nabi Idris mendengar kata - kata orang itu maka tahulah ia bahawa yang sedang bercakap dengannya itu adalah Iblis.

Lalu Nabi Idris pun berkata kepadanya : "Datanglah dekat aku, dan tanyalah apa yang kamu hendak ketahui", setelah Iblis menghampiri Nabi Idris, lalu Iblis itu pun berkata : "Wahai Nabi Idris, bolehkah Tuhanmu itu memasukkan dunia kedalam telut ini!", maka Nabi Idris pun berkata : "Tuhanku boleh memasukkan dunia kemana sahaja, jangankan dalam telur yang kamu pegang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini kedalam lubang jarum yang aku pegang".

Setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Iblis itu, Nabi Idris a.s dengan pantasnya mencucuk mata Iblis dengan jarum yang ditangannya, maka terperanjat Iblis itu sebab tidak diduga sama sekali bahawa Nabi Idris a.s akan mencucuknya dengan jarum yang dipegangnya. Lalu Iblis itu pun lari meninggalkan Nabi Idris yang telah membutakan sebelah matanya. Iblis itu buta sebelah matanya hingga tibalah kebangkitan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w

wallahualam...

Tuesday, April 13, 2010

untuk kawan2 asasiku hehek

Dalam semester 3 ney banyak dugaan, perkara, pengalaman2 yang dilalui.. Kebanyakkannya kenangan yang mengamit rasa suka, ukhuwah yang erat, persahabatan kian rapat, yang jauh didekatkan, yang baru dimesrakan, yang berbeza fakulti dan bidang disatukan kini kami bagaikan saudara rapat. Diam x diam, celik x celik kami kini bakal memasuki alam degree.. rasa takut, rasa resah, risau, semua bermain di minda, di mana saya yakin sekarang masih ada rakan - rakan kita yang memikirkan tentang pemilihan course mereka semasa degree.. saya syorkan kepada sahabat2 berdoalah, mintalah petunjuk dari Allah s.w.t, lakukan solat isthikharah moga2 kalian mendapat jawapan persoalan kalian. 
 Ada seorang sahabat mia pernah mesej kepada mia, bersabarlah menunggu keputusan dariNya, sesungguhnya kamu berada dalam pengawasanNya.
Jawapan bagi keputusan kamu mungkin lambat, mungkin cepat jadi, kamu janganlah berputus asa dan kenalah berterusan melakukannya sehingga mendapat jawapan. Banyakkan bersabar ye sahabat2ku yang disayangi.

wallahualam...

Kisah Para Malaikat Memohon Ampun Untuk Orang - Orang Yang Berada Dalam Majlis Zikir.

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Allah s.w.t mempunyai para Malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang - orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat - malaikat yang yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang - orang yang sedang berzikir itu dengan sayap - sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para Malaikat akan naik kembali kelangit. Lalu Allh s.w.t bertanya mereka : "Wahai para Malaikatku, dari manakah kamu semua?", maka berkata para Malaikat : "Ya Tuhan kami, kami baru saja balik dari memeriksa hamba - hambamu dibumi, mereka bertasbih, takbir, tahlil dan tahmid serta memohon kepadamu". Sebenarnya Allah s.w.t lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua mahkluk ciptaannya. Setelah Allah s.w.t mendengar kata - kata Malaikatnya, maka Allah s.w.t pun berkata : "Wahai para Malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaku?", berkata para Malaikat : "Hamba - hambamu itu memohon syurga darimu, lalu Allah s.w.t bertanya lagi : "Pernahkah mereka melihat akan syurga itu?", berkata para Malaikat lagi : "mereka tidak pernah melihat syurga itu".

Berkata Allah s.w.t : "Hamba - hambaku memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya, dan apa lagi kalau mereka melihat syurga itu:, lalu berkata para Malaikat : "mereka juga memohon kebebasan", maka Allah s.w.t bertanya : "mohon bebas dari apa?", berkata para Malaikat : "hambamu itu memohon kepadamu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam", Allah s.w.t bertanya pada para Malaikat lagi : "pernahkah hamba - hambaku melihat akan nerakaku itu?", berkata para Malaikat : "Tidak Ya Allah", lalu Allah s.w.t berkata : "Hamba - hambaku itu tidak pernah melihat akan  neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi jikalau mereka melihatnya",

Kemudian para Malaikat berkata lagi : "Ya Allah, hambamu itu memohon ampun kepadamu", Allah s.w.t berkata : "Dengarlah wahai para Malaikatku, aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta, serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu", setelah itu para Malaikat berkata lagi : "Ya Allah, diantara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir", lalau Allah s.w.t berkata : "Orang itu kuampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka".

wallahualam...

Kisah Beribu - ribu Malaikat Menjadi Pengiring DiWaktu Turunnya Ayat Kursi

Ayat kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah, menurut sebuah riwayat ketika ayat kursi diturunkan, ianya disertai dengan beribu - ribu Malaikat sebagai pengiring, kerana kebesaran dan kemuliaannya. Pada masa itu syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya, Rasulullah s.a.w dengan segera memerintahkan kepada penulis Al-Quran iaitu Zaid Bin Tsabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Dan terdapat 95 buah hadis yang menjelaskan fadilat ayat kursi, sebab disebut ayat ini ayat kursi, kerana didalamnya terdapat perkataan kursi, ertinya tempat duduk Tuhan, tetapi adalah kursi itu syiar atas kebesaran Allah s.w.t.

Allah s.w.t menjadikan kursi meliputi tujuh lapis langit dan bumi jika dibandingkan dengan kebesaran kursi, adalah umpama serumpun pohon ditengah padang pasir yang luas, disamping kiri dan kanan kursi yang megah itu dijadikan pula beribu - ribu kursi kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya duduk pada tiap - tiap kursi itu Malaikat yang membaca ayat kursi dan Malaikat yang menulis pahala orang yang membaca ayat kursi itu.

Siapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk setiap kali setelah selesai sembahyang fardu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk ke pasar, setiap kali hendak pergi tidur dan pergi musafir, insyaAllah ia akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan manusia dan kejahatan binatang - binatang yang memudaratkan, terpeliharalah dirinya, keluarganya, anak - anaknya, harta bendanya dengan izin Allah s.w.t.

Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, bahawa sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaAllah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dan dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang akan menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah s.w.t dari segala bencana.

Syeikh abul 'Abbas Al-Bunni menerangkan: "Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, kemudian ia tiupkan pada air hujan kemudian ia meminumnya, maka insyaAllah Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelajarinya.

Sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardu, Allah s.w.t akan mengampuni dosanya, dan sesiapa yang membaca ayat kursi sewaktu ia hendak tidur maka dengan izin Allah ia akan terpelihara dari gangguan syaitan dan sesiapa yang membaca ayat kursi diwaktu marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.

wallahualam...

Sunday, April 11, 2010

Kisah Kelebihan Berpuasa Pada 10 Muharram dan Peristiwa - Peristiwa Yang Berlaku Pada Hari Tersebut.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura ( 10 Muharram ) maka Allah s.w.t akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari asyura juga akan diberi pahala 10,000 orang yang berhaji dan umrah, dan 10,000 pahala orang yang mati syahid, dan barangsiapa yang mengusap kepala anak - anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t akan menaikan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah - olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya pada Rasulullah s.a.w : "Ya Rasulullah, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari - hari yang lain?". Maka Rasulullah berkata : "Ya memang benar, Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan bukit - bukit pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan Hawa pada hari Asyura, menjadikan syurga dan memasukkan Nabi Adam dan Hawa ke dalam syurga juga pada hari Asyura, Lahirnya Nabi Ibrahim a.s juga pada hari Asyura, dan Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api juga pada hari Asyura. Pada hari Asyura, Allah s.w.t menengelamkan Fir'aun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s, menerima taubat Nabi Adam a.s, Allah s.w.t mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura. Allah s.w.t mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura dan akan terjadinya Hari Kiamat itu juga pada hari Asyura!".

wallahualam..

Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Matinya

Dari Anas r.a berkata berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
  1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai, selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf, ia akan mendapat pahala selagi selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam - tanaman, selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang Soleh dan Solehah, yang mana ia selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran - ajarannya, tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila telah mati anak adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:
  • Sedekah yang berterusan yang berjalan terus ( Sedekah Amal Jariah )
  • Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  • Anak yang Soleh dan Solehah yang mendoakan baik baginya.

rentetan mesej dari sebelum ini

artikel in ana dapat dlm internet. muga Allah
mudah kan kefahaman tk hayati ya.
insya Allah


Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.



Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.




Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu 

disini saya hanya ingin berkongsi tentang teguran yang saya dapat untuk dijadikan iktibar buat sahabat2..

mesej teguran dari seorang yang prihatin kepada diriku di facebook sama2la kita renungkan

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan saudari perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….


Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
sian pada suami anda kerna hak nya anda dah khianati

pada saat ku membaca ini hatiku sedih, jantungku tersentap, bagaikan dicabut lebih terhiris dan luka dalam.
tatkala memikirkannya semalaman.. ku memadam pic aq yg berseorangan, moga pic bersama rakan2 tidak menimbulkan kegusaran di hati2 yg bernama muslimin. Ya Allah terima kasih kerana menghantar dia untuk menegurku..