sahabat,
kukuhkanlah bahteramu
kerana lautan yang bakal kau harungi terlalu dalam,
persiapkanlah bekalanmu
kerana perjalananmu terlalu jauh,
ringankanlah beban dibelakangmu
kerana gunung yang akan kau daki terlalu tinggi..
dan ikhlaskanlah dalam setiap amalmu
kerana yang menilaimu itu,
Dia yang amat Maha Mengetahui..
sama - sama kita ikhlaskan hati keranaNya.
Allah menilai segala usaha kita
walaupun kadang - kadang diri terasa letih
dalam perjalanan mencari redha
dan cintaNya itu~
No comments:
Post a Comment