- berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
- bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
- tutuplah auratmu sebelum kamu ditutupkan dengan kain kapan yang berwarna putih
- bersucilah kamu sebelum kamu disucikan dengan air mutlak yang suci lagi menyucikan.
- bertalkinlah kamu sebelum kamu ditalkinkan ke tanah perkuburanmu
- beramallah kamu sebelum kamu disoal tentang amalan di dunia
- berimanlah kamu sebelum kamu diimankan, iaitu dengan disoal di dalam kubur
- bersedekahlah kamu sebelum kamu disedekahkan kepada ular berbisa, ulat, kala jengking dan sebagainya sekiranya tidak beriman
- kenalilah ALLAH sebelum kamu dikenalkan iaitu pada hari Akhirat
- kenalilah Rasul Allah sebelum kamu disoal di dalam kubur
- kenalilah Imanmu sebelum kamu diiringi ke kubur kerana ia juga akan menjadi soalan yang belum pasti kita dapat menjawabnya
- bacalah Al-Quran sebelum ia dibacakan kepada kamu
- tenangkanlah dirimu dengan berselawat ke atas nabi dan beramal solehlah sebelum kamu diseksa dalam kubur
- renungkanlah renungan ini sebelum kamu direnungkan
sayupnya hati setiap malam, dah tertidur nanti tengah malam atau pagi terjaga..
susah rasa hati.. bak kata yuyu "tak baik hati la" (tak sedap hati sebenarnya)..
bersedihkah daku? hatiku sayu..
No comments:
Post a Comment