kredit to `Aqila n Fira
Dalam buku Temasya ke Syurga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengisahkan tentang bidadari-bidadari syurga.
* Bidadari-bidadari itu adalah wanita suci yang menyenangkan dipandangan mata, menyejukkan mata apabila dilihat, dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Dia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta dan umurnya sebaya. Siapakah yang orang yang beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah.
Sebagian kita mungkin berfikir, bilakah kita akan berjumpa dengan bidadari-bidadari itu, apakah dia akan kita miliki, adakah dia sedikit diantara mereka mendiami bumi pada waktu sekarang ini?
Bidadari-bidadari itu telah turun ke bumi. Semenjak Islam mulai bangkit lagi di bumi ini. Bidadari-bidadari itu menghias diri setiap hari. Dia adalah jelmaan manusia yang berhati lembut, menyenangkan apabila dipandang mata, menyejukkan mata dilihat, mententeramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita sholehah yang menjaga kesucian dirinya. SEPERTI APAKAH BIDADARI BUMI ITU? Apakah kita boleh mengikuti langkahnya, adakah dia seorang anak, adik, perempuan atau apakah dia isteri dan ibu kita, atau dia hanya berupa angan-angan yang sebenarnya bisa kita realisasikan, tapi syaitan kuat menahan?
Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Setiap perempuan akan menjadi bidadari bumi, apakah ciri-cirinya?
1. Dia adalah wanita yang paling taat kepada Allah. Dia senantiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah.
2. Dia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.
3. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak suka berdusta, bergaul bebas dan bersuka ria.
4. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Dia sentiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.
5. Dia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan, dan mententeramkan bila berada didekatinya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Dia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah.
6.Dia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, Dia tidak berhenti belajar untuk bekalan hidupnya.
7. Dia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdianya kepada masyarakat dan agama sangat besar.Dia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya. "Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah". (HR Muslim)
Dialah bidadari bumi, dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini. Ya Allah jadikanlah aku, ibuku, kakak dan adiku serta sahabat-sahabat muslimahku di sekelilingku menjadi bidadari bumi...INSYAALLAH..
puisi~
Bidadari Syurga dunia...
Ada senyum yang terukir indah dimuka..
Ada bias rona merah di wajah..
Memantulkan warna hati si jiwa Syurga
Bidadari Syurga dunia..
Wajah yang senantiasa putih dan menawan
Berhiaskan air wudhu yang terpancar..
Menambah pesona hiasan mata..
Bidadari Syurga dunia..
Yang senyumnya selalu merekah..
Yang parasnya mempesona..
Yang hatinya selembut sutra..
Bidadari Syurga dunia..
Jadi dambaan setiap wanita..
Impian diri wanita sholehah
Qonitat dan berhati bunga..
Bidadari Syurga di hati luka..
Yang pucatkan muka si durjana
Yang tepiskan angan dunia..
Yang hatinya bagaikan kaca..
Bidadari Syurga di hati dunia..
Yang siangnya bagaikan singa di rimba
Yang malamnya bagai sufi perindu
Syurga Zuhud selendang pengikatnya..
Bidadari Syurga dunia..
Dimana pun berada kau tetap setia
Pada Allah, Rasul dan juga Dien-Nya..
Kemana lagi kan kucari Bidadari Syurga Dunia..
Di arusnya dunia merana..
Sentuhanmu bangkitkan rasa..
Hingga syahid ku jumpa di pintu Syurga..
wallahualam~
No comments:
Post a Comment