Followers

Wednesday, September 8, 2010

hari kiamat~

(18-12-2009) Tahun baru hijrah “hari Jumaat”
(25-12-2009) Hari krismas “hari Jumaat”
(1-1-2010) Tahun baru “hari Jumaat”
(26-2-2010) Maulidur rasul “hari Jumaat”
(2-4-2010) Good friday “hari Jumaat”
(28-5-2010) Hari wesak “hari Jumaat”
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri “hari Jumaat”
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran “hari Jumaat”
(5-11-2010) Depavali “hari Jumaat”

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..


dan banyak kisah2 dalam Al-Quran juga berlaku hari jumaat.
Nabi Adam diturunkan ke bumi..penciptaan bumi.. dan banyak lagi..


At-Takwir[6] Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur. At-Takwir [14] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.Lautan itu meluap-luap kerana panas dan di dasarnya adalah api iaitu api neraka.

Daripada Abdullah bin Amr, beliau berkata: Rasulullah telah bersabda: ‘Janganlah seseorang berlayar di lautan, kecuali menunaikan Haji atau melakukan Umrah atau berperang di Jalan Allah, kerana di bawah lautan itu ada api dan di bawah api tersebut ada laut.
Dalam ayat yang lain pula disebut lautan itu akan pecah bila tiba masanya..

Infitar[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Infitar [5]tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya..

Takutlah Allah yang akan membalikkan bumi ini…

Mulk[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu….

Bila tiba masanya , bumi juga akan memuntahkan isinya:

Zalzalah [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: “

Di akhir zaman, banyak berlaku gempa-bumi dan pembunuhan:

Rasulullah S.A.W. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan (Sahih Bukhari)
Abu Hurairah RA telah meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah SAW :“Demi di mana diriku di bawah kekuasaan-Nya, maka akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa ia menjadi seorang pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu sebab mengapa ia dibunuh.”(Hadith Riwayat Muslim)

wallahualam~

No comments: