Followers

Monday, September 27, 2010

Siapakah kita? Siapa.. yea?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan yang baik tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya ialah orang yang diberi petunjuk melalui ayat - ayat Al-Quran, Hadith dan cerita kebaikan namun berasa tidak ada apa kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.


Siapakah orang yang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksa dengan kelalaian itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang paling kuat?
Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan rasa marahnya ketika dia sedang dalam keadaan marah.


Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah ialah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut ialah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta ialah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran.


Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli ialah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang mundur dalam hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya ialah orang yang tidak mempedulikan halal dan haramnya sesuatu perkara tersebut..


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu ialah orang yang tidak sembahyang kerana hanya ada 2 syarat sahaja yang membolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang. Pertama, sekiranya haid dan keduanya ketika ia tidak siuman akalnya.


Siapakah orang yang selalu rugi?
Orang yang selalu rugi ialah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal - amal kebaikan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu ialah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu hanya berlaku pada orang tua.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang itu adalah orang mati tidak membawa amal - amal kebaikan lalu kubur menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk ialah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah - olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Innalillahi wainna lillahi rajiun." Lalu sambil berkata "Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara ialah orang - orang yang sedang bersendiri lalu mengingati akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa - dosanya lalu mengalir air matanya.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas hati dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk - numpukkan hartanya.


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai ialah orang yang bersiap - siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.


Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh ialah orang yang beriya - iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang ingin maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya ialah orang yang sentiasa mempertingkatkan agamanya.


wallahualam ~

Friday, September 24, 2010

10 kata2 hikmah ~

  1. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.
  2. Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang, tetapi anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai pengetahuan.
  3. Langkah pertama untuk mendapatkan pengetahuan adalah mengetahui bahawa kita tidak berpengetahuan.
  4. Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, tetapi berfikir tanpa belajar amat berbahaya.
  5. Daripada pengajaran, itu menambah ilmu. Daripada zikir, itu menambahkan kasih, dan daripada tafakur itu menambahkan takut.
  6. Ilmu pengetahuan itu adalah sahabat bagi teman hidup sampai kepada penghabisan umur kita.
  7. Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan ilmu pengetahuan.
  8. Semakin banyak anda mengetahui, semakin pandai. Semakin banyak pengetahuan anda, semakin banyak yang anda akan hasilkan.
  9. Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat.
  10. Ilmu itu adalah 1 kemuliaan yang tidak ternilai harganya.
wallahualam ~ 

mutiara kata ~

Abu Darda' r.a berkata :
"Bila saya mempelajari 1 masalah, maka itu adalah lebih baik bagiku daripada bangun semalam suntuk."


Ibnu Mas'ud r.a berkata :
"Kecelakaan itu disebabkan 2 macam, iaitu berputus asa dan sifat ujub."


"Cinta kepada dunia itu adalah asas semua kesalahan, tetapi apabila kita tidak mencintainya maka ianya adalah asas kepada semua kebaikan." (Imam Al-Ghazali)


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Niat seseorang mukmin itu adalah lebih baik daripada amal perbuatannya."


Seorang ilmuwan berkata :
"Perkataan orang bijaksana itu adalah hiburan bagi orang yang bodoh, 
dan perkataan orang yang bodoh itu peringatan bagi orang yang bijaksana."


wallahualam ~

aha laptop pown ade jantina ~

Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...
so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
    Save as =  love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe
Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...

Yang diimpi, 
biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...

Yang dinilai, 
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, 
sempurna hati...

Yang diharap, 
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...

Yang datang, 
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam...

Yang dinanti, 
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...


Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…


wallahualam~

Alangkah indahnya hidup ini ~ raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...









hatiku sayu~

  • berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
  • bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
  • tutuplah auratmu sebelum kamu ditutupkan dengan kain kapan yang berwarna putih
  • bersucilah kamu sebelum kamu disucikan dengan air mutlak yang suci lagi menyucikan.
  • bertalkinlah kamu sebelum kamu ditalkinkan ke tanah perkuburanmu
  • beramallah kamu sebelum kamu disoal tentang amalan di dunia
  • berimanlah kamu sebelum kamu diimankan, iaitu dengan disoal di dalam kubur
  • bersedekahlah kamu sebelum kamu disedekahkan kepada ular berbisa, ulat, kala jengking dan sebagainya sekiranya tidak beriman
  • kenalilah ALLAH sebelum kamu dikenalkan iaitu pada hari Akhirat
  • kenalilah Rasul Allah sebelum kamu disoal di dalam kubur
  • kenalilah Imanmu sebelum kamu diiringi ke kubur kerana ia juga akan menjadi soalan yang belum pasti kita dapat menjawabnya
  • bacalah Al-Quran sebelum ia dibacakan kepada kamu
  • tenangkanlah dirimu dengan berselawat ke atas nabi dan beramal solehlah sebelum kamu diseksa dalam kubur
  • renungkanlah renungan ini sebelum kamu direnungkan
sayupnya hati setiap malam, dah tertidur nanti tengah malam atau pagi terjaga..
susah rasa hati.. bak kata yuyu "tak baik hati la" (tak sedap hati sebenarnya)..
bersedihkah daku? hatiku sayu..

Thursday, September 23, 2010

salam buat kekasih~ nadia

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri



Wednesday, September 22, 2010

Rahsia Seorang Doktor Amerika Memeluk Islam~

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk islam,
kerana bebrapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.


Dia seorang doktor neurologi, 
amat kagum dengan penemuan tersebut hingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Setelah memeluk islam,
dia amat yakin akan perubatan secara islam
dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".


Kajian perubatan melalui Al-Quran 
membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.
Di antara kaedah2 yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, bijirin hitam (blackseed) dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik memeluk islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau menjalankan kajian urat saraf,
terdapat beberapa urat saraf yang ada di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah.
Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.


Setelah membuat kajian yang memakan masa,
akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak melainkan ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.


Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.
Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh islam.


Begitulah keagungan ciptaan Allah.


Barangsiapa yang tidak menunaikan sembahyang,
maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara normal.


oleh yang demikian,
kejadian manusia ni sebenarnya adalah untuk menganuti agama islam "SEPENUHNYA"
kerana sifat fitrah kejadian manusia memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamaNya yang indah ini.


last but not least, sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan..


wallahualam~

Tuesday, September 21, 2010

HIDAYAH~

aha apa hidayah ni?
 nama orang ke?
napa hidayah?
napa bukan hidayat? ops maaf erk dayat, bawak nama ko kat blog n fb mas pulak an
tak la, ite bukan nak bincangkan sal nama orang, huhuu
tapi sal hidayah itu sendiri. hidayah dari Allah.


1st of all, kenapa Allah bagi kita sakit?
jawapan bagi persoalan ni adalah, Allah mahu mendidik diri kita supaya bersungguh - sungguh menjaga kesihatan. Jika kita sabar dan redha dengan sakit yang ditanggung, tidak marah dan tidak merungut akan diberikan kepada kita ganjaran pahala diatas kesabaran kita tu.


ha tadi ada pasal merungut kan? meh ni la nak nasihat sikit, bukan banyak pun...


JANGAN MERUNGUT


hehek tiba2 lak font besar gedabak, bukan marah cuma nak tegaskan je..huhuu


Jika marah atau merungut, seolah - olah kita tidak redha dan tidak suka dengan takdir Allah yang telah ditentukan kepada kita. Perbuatan ni salah n berdosa. Tersangatlah malang sekali kalau macam ni, dah la dalam keadaan badan kita yang tengah lemah, sakit yang wat badan kita tak bermaya tu masih lagi nak melakukan dosa.. ish nauzubillah min zalik la~


Allah memberi kita sakit untuk memberi peluang kepada kita, supaya banyak mengingati-Nya. Dan, guess what? aha selalunya kita ni bila dah sakit barula nak ingat kat Allah lebih dari biasa.. betul tak apa mas cakap? hehek tak payah jauh2la check level tu pada diri je dah cukup.. maklumla manusia ni lalai..Masa sakit tu kita selalu merintih, mengeluh, berdoa kepada-Nya semoga kita cepar sembuh. N yang paling best sekali, kita ada banyak masa untuk renungkan kembali kesalahan2 yang pernah kita buat~ muhasabah diri la katakan... lebih lama dari biasa... luar biasa gitu la katakan.


sepatutnya kita ni kena la bersyukur dapat sakit~huhuu betul ke apa yang mas merapek dah ni, hahah apa2 je la yea.. hehek


GEMBIRA DAPAT SAKIT


sebab bila sakit kita  berdoa, mohon ampun n bertaubat. Doa orang sakit makbul,huhuu wallahualam~
Dah la badan lesu, longlai tak bermaya dah tentu2la kita rasa lemah kan? mudah - mudahan akan bertambah tebal la kesedaran diri dan keinsafan yang kita perolehi kesan daripada ujian sakit yang kita tanggung.
Ini juga secara tak langsung mendorong kita untuk lebih tekun lagi menjalankan ibadah.


kawan2 nak tahu tak,
tak nak tahu pun ite nak bagitahu jugak~hahah
orang2 soleh dahulu kala, sangat gembira apabila mendapat sakit.
Mereka redha dan menerimanya dengan lapang dada.
Ujian penderitaan adalah salah 1 cara Allah mengampunkan dosa kita.
tapi dengan syarat, kita JANGAN MERUNGUT atau mengeluh dengan ujian yang Allah beri tu.


ok meh renungkan~


Seorang sahabat Nabi bernama Abu Darda r.a pernah berkata,
"Aku cinta kemiskinan agar dapat merendah diri.
Aku cinta kesakitan agar dosa2ku diampunkan Allah.
Aku cinta kematian agar dapat ku bertemu Allah"


Namun, kita tetap perlu berusaha mengubati sakit yang kita alami tu.
bila dah sembuh, jangan pula kata kita disembuhkan sebab ubat yang kita makan.
Ubat tu hanyalah alternatif je, sebagai perantara atau alat atau sebab sahaja.
Yang menyembuhkan kita adalah Allah Ta'ala.
tu macam usaha kita la bila nak sesuatu..huhuu


subhanallah~
wallahualam sekadar perkongsian bersama..

perangkap syaitan, awasi 10 pintunya~

Allah berfirman mafhumnya:
Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan - angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.
(An_Nisa:120-121)


mengikut para ulama', syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:




  1. sikap sombong dan angkuh
  2. sikap bakhil dan kedekut
  3. takbur dan bongkak
  4. khianat
  5. tidak suka menerima ilmu dan nasihat
  6. hasad
  • Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: hindarilah kamu daripada sifat hasad dengki kerana ia akan memakan kayu yang kering (riwayat bukhari dan moral)
     7.  suka meremehkan orang lain
     8.  ujub dan bangga diri
  • Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 3 kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil (riwayat muslim)
     9.  suka berangan - angan
     10.berburuk sangka
  • Rasulullah bersabda yang bermaksud: nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya (riwayat muslim)
wallahualam~

fadilat bismillah~

assalamualaikum pada saudara dan saudari,


ok,
 apa yang anda tahu tentang bismillah?
fadilat membaca bismillah dalam kehidupan kita seharian,
ramai di antara kita tidak tahu apakah manfaat disebalik bismillah itu sendiri.


namun, dalam hadis Rasulullah mengatakan
mafhumnya: "barangsiapa yang membaca bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:




  1. dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut @ bahaya tenggelam.
  2. dia akan dihindari dan dilindungi  dari bahaya kebakaran.
  3. dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.
selain itu, kita disarankan untuk membaca bismillah ketika kita mengambil dan menyimpan pakaian di gantungan, baik pakaian baru ataupun lama. tujuannya agar pakaian kita tu tak digunakan makhluk lain(jin). contohnya kadang2 pakaian kita pakai tu rasa gatal, mungkin juga ada yang beranggapan bahawa kain itu lembap ataupun sebagainya. sebenarnya ia telah digunakan  oleh makhluk lain dengan cara mereka.

oleh itu, dinasihatkan agar kamu semua membiasakan diri dengan membaca bismillah walau dalam apa yang kamu lakukan.

wallahualam~

Debu - Debu Dosa

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Lagu : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Mustaqim & Putra Aiman (Hijjaz Records)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

ketawa itu juga ada baik buruknya~

Zaman sekarang ni kan dalam masjid pun ada suara ketawa. borak sana sini sama ada kat luar atau dalam masjid.. sambil hisap rokok kononya bersantai nak tunggu masuk waktu antara solat maghrib dan isyak. 
tak cukup pula dengan tu, masa duk menghadap Al-Quran pun boleh gelak lagi.. 
apa nak jadi la orang yang macam ni..
Bilal melaungkan azan pun ada yang ketawa, duk dengar syaitan punya hasutan tu la jadi macam tu. tak reti2 ke nak hormat azan. kamu tu dah tua bangka, cubalah jadi tauladan yang baik untuk anak2 muda..
lepas tu budak2 main lari2 tahu pula nak marah duk kata bising.
 hangpa pun sama gak la wat bising,tak sedar diri..

Tapi bila kita menangis? 
Pada saat kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. 
pada saat kita muhasabah diri..
pada saat kita susah, tu la zaman sekarang..
sukar nak cari tangisan kerana Allah..
lebih kepada manusia, dan dunia..


Kenapa menangis? 
Syaitan benci melihat manusia menangis. 
Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. "Hah, itu kawanku," kata syaitan. 
org bebas ketawa girang gembira. 
"ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata seorang hamba Allah. " 


Tak pernah ke dalam hati kita ni nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? 


sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah..". 

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati". 

"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan". 

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain. 

Kalau kawan2 semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. 


Bila waktunya? 

Daripada Abu Hurairah .a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa " 


wallahualam~

Sunday, September 19, 2010

news make a perfect life


without news,
life is meaningless,
word powerless,
global actionless..


club and society
unite us together.


soul of inspiration


is what is your idea,
what you think,
what you learn,
what you imagine,


and last is what you wrote..

budaya kita~

Setiap bangsa di dunia ini ada budaya tersendiri. disebabkan makan, satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri  termasuklah bagaimana cara mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.



Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.


Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Residen menghadiri satu jamuan makan malam di rumah residen tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............! Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"


Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:


Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.


Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya



Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.............!!


Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...


hahah bagaimana ? menarik bukan? hehek 

Tuesday, September 14, 2010

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulullah.

 Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah. 

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.


Sumbangan Dari
Muhammad Yusri Bin Muhammad

Saturday, September 11, 2010

seikhlas hati~



AsSaLaMuaLaiKuM w.B.t

FiRsT oF aLL,
 ite nak minta maaf sebab tak dapat update blog sebelum ni disebabkan kat kampung ni tau je la an line camne,huhuu ni pun mencari line sampai an opah ngan atuk gelak duk tengok ite berjalan - jalan cari line. ha raya ni ada best, ada gak tak best.. yang best dapat tolong kat dapur, ngan opah n makcik2ku yang best. dapat jumpa sedara2, dan yang paling best tu ite yang dah besar dari segi umur ni pun masih dapat dUiT RaYa, muahaha ape la cam budak2 je an tapi alhamdulillah tau. ite ingat an dah besar ni ta dapat duit raya, tapi dapat. ok ape lagi erk? hurm ite ni duk bebel je bukan korang kisah sangat an? ite saja nak share rasa hati, ceh tiba2 lak an,hehek terpulang kat kita la an ni blog ite.

sEcOnD, 
ite nak ucapkan terima kasih banyak2 kat kawan2 ite yang salu bagi sokongan kat ite sepanjang ite wat blog ni.
walau tak seberapa blog ni, dorang tetap sokong ite. masa ite hampir putus asa ngan blog ni pun dorang ada. thanx sangat2 yea korang~


ThiRd,
ite nak  minta maaf kat semua jika selama ni sepanjang ite berblog ni ada yang terasa hati ke,
atau post2 ite yang tak kena ke,
ada yang ite salah ke,
apa2 je la,
harap dapatla dimaafkan yea~




gabungan mesej raya~


sebening fiber optic,
setinggi tower antena radio,
secepat broadband access,


DAN


walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertentang,


SERTA


jika langkah membekas lara,
jika kata merangkai dusta,
jika tingkah menoreh luka,
jika suara menikam rasa,


ampun dan maaf yea ite pinta~huhuu 
k la setakat ni la je erk nak pi solat maghrib jap
daa tata semua..
wassalam~