Followers

Tuesday, August 24, 2010

Tudung? ~


di edit~

"Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?"

Soalan ini sering dilontarkan oleh remaja yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya.  Ana juga seorang remaja tidak dapat dinafikan, akan tetapi apabila berada di KUIS sendiri, lama - kelamaan hati terpaut dan terpesona melihat akak - akak dan rakan - rakan yang memakai tudung labuh. Sangat cantik di mata ana, ana mengerti remaja bertanya kerana mereka sedang mencari identiti diri mereka.


Kali pertama ana memilihnya sebagai imej diri ketika di KUIS. Saat itu, ana bertudung labuh kerana ianya adalah syarat etika berpakaian di KUIS, akan tetapi ianya berubah kepada keindahannya menghiasi wanita - wanita berakhlak mulia yang  ana kenali.  kakak - kakak naqibah, ustazah - ustazah ana semuanya bertudung labuh. Hingga ana menyifatkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun ana turut mengenali teman - teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun ana masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, ana memilih tudung labuh kerana ana yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.



diambil dari:

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21. 


Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, "Yang tertutup itu indah!" Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, `hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.'"

Ya, sedangkan buku kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.


Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.



di edit berdasarkan pengalaman diri~


Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! ana dengar suara hatimu yang sedang berbisik, "Ramai yang bertudung labuh tapi tak baik pun." "Tudung tak labuh pun masih tutup aurat." "Don't judge a book by its cover."  ana tidak nafikan semua kata-kata ini sepertimana ana tidak nafikan dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Ana hanya ingin berkongsi pengalaman  hidup yang menyebabkan ana rasa tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, ukhti harap antum menemui jawapannya.

Ana mula bertudung labuh dengan kerelaan sendiri sejak mendaftarkan diri ke KUIS pada 25 Mei 2009. Dimulakan dengan tudung empat segi bidang 60.

Kenapa saya melabuhkan tudung?

 melihat iklan dan tayangan di televisyen tentang mahasiswi di IPT. Pakaian ketat, pergaulan bebas bukan sekadar di media tapi hakikat yang sedang berlaku di luar sana.
ini kerana kadangkala ada pandangan - pandangan liar yang tidak menyenangkan bila tidak bertudung labuh sebagai tanda 'Hey, treat me like a proper muslimah!'
 ana tidak mengatakan bahawa pemakaian tudung biasa tidak baik tapi ini untuk mengelakkan salah sangka yakni fitnah. Di antara fitnah dunia yang diberikan oleh masyarakat. mungkin pemakaian tudung biasa tidak memberi kesan kepada aktiviti harian antum, tapi pada ana ianya perlu kerana kemana sahaja ana pergi, cara pemakaian akan dipersoalkan. contohnya semasa kelas business semester asasi dahulu, ana pernah memakai tudung biasa ke kelas, ada sebahagian reaksi dari mereka baik dan ada segelintir yang terkejut dan bertanya, maka ana jelaskan bahawa tudung semua dibasuh belum kering lagi. disini ana nilai, apa yang kita lakukan orang akan menilai.

Tudung Sebagai Pelindung

Boleh kata setiap kali cuti ana perlu balik sendiri ke rumah dan semestinya kenderaan awam seperti bas prebet sapu dan keretapi akan ana guna.

Tudung labuh bulat dan kebanyakkannya bidang 60 yang akan ana kenakan bila bermusafir dengan kenderaan awam. Ia banyak menyelamatkan ana.

Dalam bas atau keretapi, selalunya lelaki takkan duduk disebelah ana. Yang peliknya, dia boleh selamba duduk dengan perempuan lain. Mungkin dia segan pada penampilan ana. Alhamdulillah, selamat.

Kalau naik keretapi masa tiba di KL Sentral, ana tak risau dihimpit lelaki sebab secara automatik Ramai yang akan memberi ruang kepada ana, dan mereka tak berani untuk rapat. Alhamdulillah, selamat!


Tudung Labuh Sebagai Pemberi Hormat

Bila membeli - belah, peniaga akan menjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan wang baki. Lucu juga, tapi itulah tandanya dia hormat. nak pergi ba'zar sekalipun masa memberi wang para peniaga akan secara automatik menjaga tangan, kalau tak percaya perhatikanlah. tak rasa ke kita ni istimewa sampai begitu sekali. ha fikir - fikirkanlah ya muslimah - muslimah yang berada diluar sana.


Tudung Labuh Sebagai Pengawal diri

percaya atau tidak pakaian akan mengawal tingkah laku ana. Bila ana memakai T-Shirt dan seluar, ana punya karakter berubah.

Tapi bila memakai tudung labuh, berjubah atau baju kurung, Langkah ana lebih terjaga, tidak melompat ke sana ke mari tidak mengangkat kain didalam kelas sebab tahu kat dalam tiada seluar trek lagi.hahah

Ya, tidak dinafikan ada sahaja sebilangan bertudung labuh yang akhlaknya lebih teruk dari yang tidak bertudung. Tapi sekurangnya dia berani untuk bermujahadah dengan persepsi orang terhadapnya, sekurangnya dia telah selesai menjaga bahagian auratnya.

tapi antum bila lagi? hehek pertimbangkanlah ya wahai muslimah - muslimah yang ana sayangi.

No comments: