Followers
Friday, August 27, 2010
10 peringatan bumi~
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yanghanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata denganmanusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepadamanusia dengan sepuluh perkara;
1.Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkauakan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkauakan diseksa di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangisdi dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akankecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkauakan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihinadi dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintangdi belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan didalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment