ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA YANG DIKASIHI SEKALIAN
Cerita ini berkisarkan tentang 2 tembikar air...
Tersebutlah sebuah kisah bahawa terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di hujung kampung,
Lelaki itu mempunyai 2 tembikar air,
Ianya berguna kepada wanita itu untuk mengambil air dari sungai ke rumahnya,
TETAPI, 2 tembikar itu mempunyai 2 keadaan yang berbeza.
Tembikar di sebelah kiri adalah tembikar yang elok keadaannya...
Tembikar sebelah kanan pula adalah tembikar yang retak...
Kedua-dua tembikar itu digantung dengan tali pada sebatang kayu pengandar,
Setiap pagi, lelaki tua itu mengambil air dari sungai dengan melalui sebatang jalan,
PADA SUATU HARI, TEMBIKAR KANAN DAN KIRI BERSUARA :
kanan : Alangkah malangnya nasibku kerana keadaanku ini.
lelaki tua : Mengapa kamu berkata begitu wahai tembikar kanan?
Tiba-tiba tembikar kiri mencelah,
kiri : Alah, biarkan dia saja...dia sememangnya begitu. Sangat cemburu pada keadaanku yang
sempurna manakala dirinya banyak keretakan...
lelaki tua : Oh,kerana itu rupanya. Tetapi apa permasalahan antara retak dengan yang sempurna?
kanan : Sememangnya terdapat perbezaan. Kian berlalunya hari-hari telah membuatkan
saya semakin terasa kekurangan diri ini.
lelaki tua : Tetapi mengapa? Setiap hari saya membawa dua-dua tembikar dan tidak pernah saya bawa
hanya satu tembikar sahaja.
kanan : Memang...tetapi, sepatutnya awak lelaki tua dapat membawa pulang 2 bekas air yang
penuh. Atas sebab keretakan pada diriku ini, hanya 1 bekas yang penuh dan separuh air
sahaja. Disebabkan saya, air berkurangan. Sedangkan pada mulanya, selepas ambil air di
sungai air yang saya perolehi adalah penuh. Saya merasakan bersalah atas kekurangan saya
ini.Maafkan saya wahai lelaki tua...
kiri : Sedar diri juga kamu rupanya. Haha...tunggu apa lagi? Mulai esok, kamu tak perlu ke sungai.
saya cadangkan...lelaki tua gantikan dia dengan tembikar yang baru. Ataupun bawa saya
saja ke sungai untuk terus berbakti pada kamu dengan terbaik...
lelaki tua : Tak perlu semua itu wahai tembikar kiri. Saya cukup gembira atas bakti tembikar kanan.
kiri : Apa?? Tapi mengapa? Lelaki tua sendiri dapat menyedari akan perihal betapa cacatnya
keadaan tembikar kanan itu kan??
lelaki tua : Cuba kamu melihat di jalan yang kita sering lalui itu. Di sebelah kanan jalan ketika pulang dan
ianya juga adalah di sebelah kiri jalan ketika menuju ke sungai. Betapa indahnya
bunga-bunga yang berkembang mekar dan subur. Kembang mekar yang cantik, memikat
sang rama yang mempersonakan mata yang memandang. Sudah tentu hati berasa gembira
dan tenang tika melihat semua itu. Keindahan pagi yang mempersonakan jiwa yang
keseorangan dan tua ini. Manakala di sebelah jalan yang lain pula, tumbuhannya yang tidak
subur. Bunga pun amat kurang sekali...wahai tembikar kanan, sesungguhnya kekuranganmu
itu terdapat kelebihannya. Kamu dapat berbakti pada tumbuh-tumbuhan itu dan juga pada
saya. Separuh air pada tumbuh-tumbuhan itu manakala separuh lagi pada saya. Serta
dengan keindahan tumbuh-tumbuhan itu dapat memberikan kepada saya satu keindahan
yang menenangkan. 3 perkara baik yang awak telah lakukan. Terima kasih.
BEGITULAH KISAH YANG REKAAN SEMATA-MATA INI UNTUK TATAPAN KITA BERSAMA. YAKIN DENGAN
DIRI KITA BAHAWA DENGAN KEKURANGAN, DAPAT MEMPEROLEH PELBAGAI KELEBIHAN. YAKIN PADA
DIRI DALAM APA JUA KEADAAN. INSYAALLAH BERJAYA...
No comments:
Post a Comment