salam ukhwahfillah buat semua
moga Allah redha dengan ukhwah yang terbina,
berlandaskan iman kepadaNya
InsyaAllah
ameen~
AHLAN WASAHLAN..
semoga BLOG ini memberikan manfaat pada sahabat semua..
harap ruangan ini menjadi tempat untuk sahabat berkongsi ilmu..
Sampaikanlah meskipun satu ayat daripadaku - Hadith Nabi
Sesungguhnya manusia yang islam itu akan melafazkan kalimah syahadah dan membenarkan didalam hati.
Lalu dia menginfakkan sebahagian hartanya (sebagai bukti cinta) ke jalan Allah s.w.t.
Berserahlah dia kepada Allah sebagai hamba dengan sesungguh2
sehinggalah dia dinaikkan martabat sebagai manusia yang beriman..
Aku hamba dan khalifah Allah,
Status hamba dan khalifah Allah lah yang paling tinggi dalam dunia,
dan tiada status yang lebih tinggi daripadanya.
Rasulullah sendiri bila ditanya tentang diri Baginda,
Baginda mengatakan aku adalah hamba dan Rasul-Nya.
Rasulullah sentiasa ISTIQAMAH.
Baginda tak pernah berputus asa membawa manusia kepada Rabnya.
Bagindalah sebaik – baik QUDWAH untuk kuuikuti.
Ya Allah,
Berikan aku kekuatan,
Berikan aku ketabahan.
Hilangkan sikap berputus asa,
Lemah dan berkeluh kesah daripada hatiku.
Engkaulah pemilik hati insan.
Oleh itu,
Hanya pada-Mu kuserahkan urusan,
Setelah aku berusaha menyeru,
Setakat yang terdaya.
Sama – samalah kita berpesan – pesan dengan kebenaran dan berpesan – pesan dengan kesabaran.
Sahabat yang baik adalah,
Seseorang yang apabila kamu memandangnya,
Kamu teringat akan Allah s.w.t,
Apabila kamu dengari percakapannya,
pengetahuan kamu tentang ISLAM bertambah,
Apabila kamu melihat kelakuannya,
Kamu teringat kepada kehidupan AKHIRAT.
^_^
No comments:
Post a Comment