Followers

Friday, March 2, 2012

^_^

"Dengar lagu nasyid pun boleh insaf?? haha.. kelakarlah kau ni...."

orang cakap , lain rumput lain belalang.... orang lah cakap kan.. aku tak tahu betul ke x belalang tu lain2 , pada aku yang binatang kaler hijau tu semua sama ja.. haha...

tapi , aku faham la maksud apa yang "orang" tu cakap.. setiap orang ragamnya berbeza2... kat sini aku nak story kat semua suatu kisah benar.. benar lah kot? ^^

kisah mcam mna seorang yang "biasa2" mungkin "jahil" sikit la orang kata.. berubah menjadi orang yang "baik".. err... baik ke? baik lah dari sebelumnya.. insya-ALLAH  =_=”

Kisahnya bermula...pada suatu hari.....

waktu tu aku tengah dok landing2 atas katil sambil dok dengaq lagu... then play punya play sampailah sebuah lagu tu... tajuk dia...

Puteriku Sayang - Hijjaz ^_^

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya..

OK. Sentap . Sentap sikit ja aku rasa...

pastu lagu pun bertukar ke lagu lain..

kali ni lagu Wanita -De hearty ^_^


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
dan lagu2 yang lain - Permaisuriku (Hijjaz) ,
bila dah kena "basuh" dengan lagu2 ni... tiba2...

macam ada suatu "cas" elektrik menyambar hati aku.. "cas" apa??

cas keinsafan..
bila dongak balik seni kata..
aku jadi malu dengan diriku sendiri..
layakkah aku menjadi wanita macam yg didendangkan oleh lagu2 nasyid tu?? betapa mulianya wanita Islam itu.. nilai seorang muslimah tu lebih mahal dr nilai sebutir pertama.. sedangkan aku??
mulut mungkin mengaku cintakan ALLAH , kasihkan Rasul..tapi aku x benar2 merasai rasa cinta yang aku ucapkan tu...

donggak sekali lagi.


"Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok"
mendalam maksudnya.

aku tertnya2 pada hati "sampai bila aku harus hidup dalam kejahilan ni? huhu.."

nak dijadikan cerita , errr bukan nak riak atau menunjuk..tapi sebagai iktibar bersama lah.. masa asasi tu..result aku ni kira gempak lah jugak.. alhamdulillah rezeki ALLAH.. aku dapat (pointer tgi la).. x cukup dengan tu?? aku di panggil PANDAI la konon.. Ya ALLAH... aku conggak balik usaha aku yang lepas2.. apalah yang aku buat sangat..?? sedangkan aku ada kawan yang jauh lebih rajin belajar berbanding aku , tapi at the end aku pulak yg rampas "angan2" best studentnya tuu... Allahuakbar.. Subhanallah.. Sesungguhnya siapalah aku nak pertikaikan pemberian dia kan? aku terima sebagai rezeki...syukur ^_^

ALLAH bagi banyak sangat anugerah kat aku sedangkan aku tak bagi apa2 pun utk ALLAH , aku usaha sikit..tapi ALLAH bagi lebih... malunya aku...=_=”

ok . dah dua tiga err empat kali sentap.

start hari tu... selepasnya terkena "cas2 keinsafan" lagu2 nasyid tu , ditambah pulak dengan muhasabah aku malam tu.. AKU NEKAD !!

AKU MAHU BERUBAH!!

mulai hari tu..slow2 aku ubah diri aku..aku beli buku agama.., dari tudung 45 , ke 50 , kemudian sehingga sekarang alhamdulillah 60 –ade la tudung labuh bulat—trying to change bit by bit huaa

dari seorang yang "menjamakkan" waktu zohor dan asar , kepada orang yang menyahut panggilan azan bila seruan ALLAH kedengaran..

sampai sekarang , dan moga ALLAH tetapkan hati ini , aku terus berusaha untuk jadi hamba DIA , aku mahu hidup dengan jalan dakwah.. kerana kasih dan sayangku kepada Rasulullah SAW dan cinta kepada ALLAH insyaAllah I’m trying my best to be the best ^_^

end of the story.. aku yakin bahawa hidayah tu milik ALLAH , even DIA nak bagi hidayah..melalui penciptaan seekor semut pun sape2 boleh insaf T__T

dan yang paling penting.. jangan  risau dengan masa silam kita..sebab ALLAH tu Maha Pengampun.. DIA xkan nilai kita pada permulaan, tapi kat mana kita akan berakhir esok ^^ kalau nak berubah tu , tak perlu tunggu hidayah.. tapi usahalah cari hidayah.. nasik kalau tak suap dalam mulut macam mana nak makan.. kan?? renung2kan lah kisah aku ni,,, walaupun tak sehebat pengislaman Saidina Umar.. atau sahabat2 Nabi.. tapi aku bersyukur sebab sekarang aku dah tak mahu hidup sebagai orang Islam yang beragama Islam disebabkan keturunan semata2 sebaliknya AKU MAHU MEMAHAMI DAN MENDALAMI ISLAM!!! ^_^

No comments: