jasad dan rohani
Jasad : lemah je Rohani kenape nie?
Rohani : aku terlalu lapar dan dahaga..
Jasad :eh,bukan ke tuan kita dah bagi kita makan setiap masa.
Rohani :itu kau Jasad tapi aku tidak,
Jasad :maksud kau?
Rohani :aku perlukan makanan yang boleh memberi aku tenaga untuk melawan segala musuh yang ada di dalam diri aku,
seperti kau juga, kalau kau tidak di beri makan yang baik maka kau akan sakit bukan?
Jasad : ye betul,
kalau aku makan makanan yang tidak baik maka diri aku akan derita kesakitan.
Rohani: ye aku tahu, begitu juga dengan aku,
tapi kau jagan risau Jasad kalau aku bertenaga pasti kau akan mampu hadapi kesakitan kau itu andai NAFSU dapat aku kawal...
♥ Jasad perlukan makanan,
begitu juga Rohani kita perlukan makanan iaitu keimanan (^^,)
No comments:
Post a Comment