Followers

Monday, May 28, 2012

senario 1 atau 2 yang menjadi pilihan anda?

bayangkan seseorang yang berwajah ceria. senyum selalu. airmukanya manis. ucapannya berhikmah. tidak menyakitkan hati orang yang mendengarnya. walau rupanya tidak cantik tetapi perwatakannya membuatkan dia sejuk mata memandang. bandingkan dengan yang ini. wajahnya kusut sentiasa bermasalah. melihat sahaja wajahnya yang masam murung dan tidak bermaya, membuatkan hati kita terus tertekan. udahlah begitu , ditambah pula dengan mulut berbisa yang banyak mengeluarkan kata-kata sinis dan menyindir-nyindir. bagaimana dengan orang sekelilingnya?

lalu, yang mana satu pilihan kita?

mahu menjadi dia dalam senario 1 atau 2?

kerana kita boleh memilih. Allah itu adil. diberi jalan . diberi pilihan dan disediakan balasan. lalu, atas pilihan kita juga , kita mahu menjadi orang yang bagaimana. 7 tips untuk ceria.

1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).

No comments: