apakah kelebihan solat di masjid
apakah
kelebihan solat di masjid ?????--> sebarkan yer(share/copy &
paste),semoga ALLAH merahmati orang yang menyebarkan pesanan RASULULLAH
melaui hadis ini,aamiin.
Fahami betul2 yer (^_^) terutama bagi kaum lelaki
antaranya ialah :
Dari Abu Musa As-Syaari r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Orang
yang lebih besar pahala dalam mengerjakan sembahyang ialah yang lebih
jauh, serta lebih jauh lagi perjalanan" (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia
pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan
sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan
dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith
sahih – riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. lagi, katanya: “Bani
Salimah – salah satu kabilah kaum Anshar yang terkenal radhiallahu
‘anhum – bermaksud hendak berpindah tempat di dekat masjid. Berita itu
sampai kepada Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. bersabda kepada
Bani Salimah itu: “Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahawa
engkau semua ingin berpindah ke tempat di dekat masjid?” Mereka
menjawab: “Benar, ya Rasulullah, kita berkehendak sedemikian itu.”
Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Wahai Bani Salimah, tetaplah di
rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu – pahala
melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang
dijalankan. Jadi tidak perlu berpindah ke dekat masjid. Tetaplah di
rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu.” (Riwayat
Muslim)
Ertinya : Daripada Ibn Umar r.a ,Nabi S.A.W. bersabda :
“Solat berjamaah LEBIH AFDHAL daripada solat bersendirian sebanyak dua
puluh tujuh darjat(27) “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahihnya)
dan baaaanyak lagi fadhilatnya...panjang untuk ditaip…cukuplah dgn
berita gembira ini…jika,seseorang yang lembut hatinya,nescaya sudah
cukup bginya untuk terbuka hatinya…insyaALLAH
*ajal tak siapa yang tahu kecuali ALLAH S.W.T. …jadi,marilah ‘KITA’ bersegera mengamalkannya !!!!!
selamat beramal (^_^)
-->>>adakah anda mengambil berat sesama MUSLIM ???dan anda
mahu pahala dan ingin meninggikan martabat AGAMA ISLAM serta ingin
melakukan perubahan(kesedaran) terhadap semua UMAT ISLAM supaya menjadi
manusia yang beriman & bertaqwa sekaligus membawa kpd kebahagiaan di
dunia dan khususnya di akhirat ...insyaALLAH ????? maka sebarkan
maklumat ini samada 'share' atau copy kemudian paste dalam wall masing2
dan group2 serta sebarkan juga dalam page2
No comments:
Post a Comment