Dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, berkata Rasulullah s.a.w :"Wahai Jibrail!, beritahu kepadaku tentang api neraka itu", maka Jibrail pun berkata :"Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu bewarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh keatas bumi ini walau sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat".
kemudian berkata Jibrail lagi :"Wahai Muhammad, kalau Malaikat yang sembilan belas itu turun kebumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat menggerunkan, dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka jatuh kebumi, ia akan menembus kedalam tujuh petala bumi".
Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikat Jibrail maka Rasulullah pun berkata :"Hasbi ya Jibrail" (cukup hai Jibrail), lalu Rasulullah s.a.w menangis dan diiringi dengan tangisan Malaikat Jibrail.
Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya :"Wahai Jibrail!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia disisi Allah s.w.t ?", maka Jibrail menjawab :"Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walau kedudukan aku sangat dekat dengan Allah s.w.t kalau Allah s.w.t hendak merubahkan aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut, dan Iblis terkutuk itu".
Lihatlah sahabat - sahabatku yang di rahmati Allah,
Walaupun kedudukan Malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah s.w.t, ia tetap menangis kerana takut kepada Allah s.w.t
wallahualam...
No comments:
Post a Comment