Followers

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Iblis Tentang Puasa

Rasulullah s.a.w telah menyoal Iblis tentang puasa, sabda Rasulullah s.a.w :"Wahai Iblis!, apabila ummatku berpuasa dengan nama Allah apakah engkau rasa?", maka Iblis berkata :"Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Arasy dan kursi, dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka2 yang berpuasa akan mendapat sebesar - besar kurnia Allah s.w.t, dan Allah s.w.t akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa, yang menghancurkan lagi hati hamba ialah segala isi langit, bulan,bintang, malaikat, burung - burung, ikan - ikan dilaut dan ikan - ikan air tawar, juga tiap2 yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang yang berpuasa ialah dimerdekakan oleh Allah s.w.t tiap2 hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab Neraka, dan ditutupkan segala pintu Neraka serta dibukakan semua pintu syurga yang lapan. Dan bertiupnya angin yang dibawah Arasy yang bernama angin Syirah. Angin yang sangat lembut melalui kedalam syurga, maka pada hari bermulanya ummat Tuan hamba berpuasa itu, akan datang malaikat dengan garangnya tiada terbilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah s.w.t beserta dengan segala bala tentera hamba yang terdiri dari Jin, syaitan dan ifrit, lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas serta dirantai hamba sekalian dimasukkan kebawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka hamba terpaksa menunggu sehingga selesai ummat Tuan hamba dari berpuasa, dan selepas itulah baru hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan ummat Tuan hamba sendiri yang telah merasa kesenangan berpuasa.

"Sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri tanpa takut seperti malam - alam yang lain".

Sahabat - sahabatku, gunakanlah bulan Ramadhan yang mulia untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, yang mana dalam bulan ini kesemua pengacau kita telah dirantaikan, supaya kita dapat melakukan amal ibadat dengan baik, dan janganlah kita gunakan bulan Ramadhan dengan mengikut tabiat pengacau kita yang telah dirantai itu! mudah - mudahan Allah s.w.t akan menambah dan menguatkan iman kita beribadat dengan penuh khusyuk serta bertawaduk kepada Allah s.w.t, bulan Ramadhan hanya datang setahun sekali dan kedatangannya tidak menjamin kita akan tetap berjumpa dengannya setiap tahun, mungkin ini adalah tahun yang terakhir kita untuk bertemu dengan bulan yang mulia, oleh itu janganlah sekali - kali kita mensia - siakan bulan yang mulia ini.
wallahualam...

No comments: