Followers

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Nabi Musa Mengambil Lidah Lembu Dan Memukul Pada Mayat

sahabat2 yang dirahmati Allah,
tahukah kamu pada zaman Nabi Musa, dikisahkan bahawa ada seorang kaya raya yang mempunyai seorang anak lelaki, apabila wafat orang kaya itu, maka semua harta itu menjadi milik pewaris tunggal itu, melihat akan hal yang demikian maka sepupu dari pewaris itu telah merancang untuk membunuh pewaris itu, dengan ini mereka dapat mengambil harta2 tersebut, setelah mereka membunuh pewaris tersebut, maka mereka pun bertemu dengan Nabi Musa dan memberitahu bahawa sepupu mereka telah dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, dan meminta supaya Nabi Musa dapat menolong mereka untuk menangkap pembunuh itu.

Setelah Nabi Musa mendengar keterangan  dari mereka maka Nabi Musa pun memohon pertolongan dari Allah S.W.T, lalu Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Musa bahawa hendaklah menyembelih seekor sapi (lembu) dan hendaklah mengambil lidahnya dan pukul pada mayat tersebut, dengan izin Allah maka akan bangun kembali orang yang mati itu akan menceritakan siapakah yang membunuhnya.

Apabila Nabi Musa menyampaikan kepada mereka, bahawa mereka hendaklah menyembelih seekor sapi, maka mereka semua tertawakan Nabi Musa, sebab akal mereka tidak dapat menerima, padahal Nabi Musa telah banyak kali menunjukkan mukjizat yang tidak dapat diterima akal. Mereka mentertawakan Nabi Musa dengan mengejek Nabi Musa dengan berkata :"Tanyalah tuhan kamu, adakah sapi jantan atau sapi betina yang diperlukan, dan apakah bentuk dan warna, agar kami tidak silap membeli", kemudian Nabi Musa berkata :"Menurut apa yang Allah S.W.T telah mewahyukan kepadaku, sapi tersebut berwarna kuning tua, dan tidak pernah digunakan untuk membajak tanah atau mengirim tanaman, tidak mempunyai apa - apa cacat dan tidak pula mempunyai apa - apa belang".

Sebaik saja mereka mendengar penjelasan dari Nabi Musa maka mereka pun keluar mencari sapi yang disebutkan oleh Nabi Musa, maka masuklah mereka semua ke seluruh pelusuk kampung mencari lembu tersebut, dan akhirnya mereka menemuinya. Sapi tersebut milik seorang anak yatim piatu, dan sapi itulah satu - satunya sumber pendapatannya.

Ayah anak yatim itu dalah seorang fakir miskin yang sangat taat kepada Allah S.W.T dan selalu melakukan amal ibadat, sebelum matinya ia telah memohon kepada Allah S.W.T supaya menolong anaknya sebab ia tidak meninggalkan sebarang harta selain dari sapi tersebut, maka dengan berkat doa ayahnya itu maka sapi tersebut pun dijual dengan harga yang berlipat ganda. Mereka terpaksa membeli sapi tersebut walau dengan harga yang sangat mahal demi untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Nabi Musa a.s.

Setelah  itu, mereka membawa sapi tersebut kepada Nabi Musa a.s dan terus disembelihnya sapi tersebut, kemudian Nabi Musa a.s pun mengambil lidah sapi tersebut dan lalu dipukul kepada mayat, lalu bangunlah mayat tersebut memberitahu orang ramai bahawa yang telah membunuhnya ialah sepupunya sendiri.

Kisah ini ada diterangkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 67 hingga 73.
Kita kena ingat bahawa kalau Allah S.W.T mengkehendaki sesuatu itu maka tidak ada yang mustahil baginya dan mustahil itu hanya bagi kita manusia.
wallahualam...

No comments: