Assalamualaikum w.b.t
erm mesti korang bosan kan asyik baca tentang syaitan jew so kali ney mas nak cerita tentang kisah2 yang terdapat lam Al-Quran. bagi yang dah tau alhamdulillah, cuba la renungkan kembali, yang belum tau marilah sama2 hayati k. sama2 la kita muhasabah diri kita semua sejenak. walaupun sebentar masa yang kmu luangkan ianya memberi impak kepada kamu suatu hari nanti wallahualam...
Ceritanya bermula begini ...
Rasulullah S.A.W telah menyoal iblis laknat, sabda Rasulullah S.A.W : " Wahai iblis, ketika ummatku berdiri melakukan sembahyang bagaimanakah hal kau? ", lalu Iblis berkata : " Masa itulah yang paling susah bagi diriku, seluruh badanku akan bergementar & lemah hingga ke tulang sendiku, lalu pada masa itu ku akan menyuruh sekalian bala tentera ku terdiri dari syaitan menggoda orang yang hendak melakukan sembahyang, bagi setiap orang manusia akan digoda oleh berpuluh - puluh syaitan, sesetengah pada anggotanya, supaya ia berasa malas mengerjakan sembahyang, sesetengahnya akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was 0 was dalam sembahyang dan akan terlupa rakaatnya, dan akan rasa bimbang terhadap pekerjaan dunia, serta akan segera keluar dari sembahyang.
Dan sesetengah syaitan akan masuk ke dalam mata orang yang sembahyang supaya ia tidak khusyuk dalam sembahyang, yakni hatinya tidak senang dalam sembahyang, ia memasang telinga mendengar orang berkata - kata dan mendengar bunyi - bunyian yang sia - sia, akan datang syaitan duduk di belakangnya supaya orang yang sembahyang itu tidak tahan lama untuk duduk di tahiyat dan dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu cepat habis, dengan yang demikian ini akan mengurangkan pahala sembahyang, dan sekiranya sekalian syaitan itu tidak dapat menggoda maka akan ku hukum hamba2ku dengan seberat - beratnya ke atas syaitan2 itu.
Ingatlah saudara - saudaraku, sembahyang itu tiang agama, dan sebab itu juga syaitan itu akan sentiasa merosakkan sembahyang kita dengan pelbagai cara melalui tipu helah mereka yang sangat licik, sehinggakan kita tidak sedar! oleh itu, hendaklah kita sentiasa ingat akan perkara - perkara yang diterangkan di sini agar kita dapat berusaha untuk sama2 memperbaiki diri, sembahyang kita dari tahap yang rendah ke tahap yang tidak dapat lagi di ganggu oleh syaitan.. insyaAllah [-O<
No comments:
Post a Comment