Ka'bul Ahbaar berkata : "Apabila dunia ini telah musnah, dan tidak ada lagi orang yang tinggal didunia ini baik manusia, jin, syaitan atau pun binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah S.W.T kepada Iblis laknat. Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada malaikat maut : "Aku telah menjadikan pembantu untukmu sebanyak orang yang dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi, dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Mal'un terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang2 dari mula hingga yang terakhir dari Jin dan Manusia dan berlipat ganda.
Firman Allah S.W.T lagi : "Dan hendaklah kamu membawa 70 000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan, dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari Neraka Ladha. Dan perintahkan kepada malaikat Malik supaya membuka semua pintu2 Neraka".
Setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T maka malaikat maut pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan, dan diceritakan andaikata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescaya akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu. Maka apabila sampai sahaja malaikat maut pada Iblis laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali sahaja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur, dan diberitakan juga kalau dengkur si laknat Iblis itu didengari oleh penduduk ditimur hingga barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, Lalu Malaikat maut membentak lagi :"Berhentilah kamu Iblis laknat yang jahat, dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang2 yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup, dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah S.W.T terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!".
Apabila Iblis laknat mendengar apa yang diperkatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka iapun lari kehujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapannya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam kedalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepannya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu. Maka larilah Iblis laknat mengelilingi bumi, tetapi ada satu tempat pun untunya sembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata :"Disebabkan kamulah aku menjadi Mal'un". Kemudian Iblis laknat itu bertanya kepada malaikat maut :"Minuman apakah yang akan kamu berikan kepadaku dan siksa apakah yang akan kamu berikan terhadapku?", Lalu malaikat maut berkata :"Kamu akan diberi minuman dari Neraka ladha, siksa yang akan kamu terima serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat ganda, mendengar hal yang demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit - jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ketimur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang ia mula2 turun kebumi dulu, dan disitu dia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai ditangannya, sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah yang menikam dengan bantolan dari Neraka ladha sehingga ia merasakan sakaratul maut, di saat itu lalu dipanggil Nabi Adam dan Siti Hawa untuk melihat keadaan Iblis laknat, maka bangkitlah Nabi Adam dan Siti Hawa melihat keadaan Iblis terkutuk itu, dan sesudah melihatnya maka Nabi Adam dan Siti Hawa pun berdoa :"Ya Allah, sesungguhnya engkau telah menyempurnakan nikmatmu pada kami".
Inilah serba sedikit cerita2 benar yang telah dicungkil untuk pengetahuan ramai, cerita2 ini juga terdapat dalam banyak hadis - hadis sahih.
No comments:
Post a Comment