Followers

Friday, March 26, 2010

Kisah Orang Muk'min dan Orang Kafir

Di masa dahulu ada seorang muk'min dan seorang kafir, kedua - dua mereka pergi menjala ikan, yang si kafir ini mengangkat jala dengan menyebut nama berhalanya, lalu ia mendapat ikan yang banyak dan orang muk'min yang menjala ikan itu mengangkat jalanya dengan menyebut nama Allah s.w.t, tetapi ia tidak mendapat satu ikan hingga sampai waktu maghrib, maka ia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali kedalam sungai. Maka kembalilah orang muk'min dengan tidak mendapat apa - apa ikan, dan si kafir pula mendapat ikan yang banyak.
Melihat hal yang demikian maka Malaikat yang menjaga orang muk'min itu pun sangat kesal, dan apabila malaikat itu naik kelangit maka Allah s.w.t menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah s.w.t untuk orang muk'min itu, iaitu syurga. Sehingga Malaikat itu berkata :"tidak bererti apa - apa pun penderitaan didunia ini, apabila ia dapat mendapat tempat disyurga". Allah s.w.t juga menunjukkan tempat orang kafir kepada malaikat tersebut dan berkata malaikat itu :"Demi Allah, tidak berguna apa yang ia dapat didunia pada hal tempat kembalinya keneraka jahanam".

Pada hari kiamat Allah s.w.t tetap akan menolak alasan empat macam orang dengan 4 sebab:

1) Menolak alasan orang kaya dengan Nabi Sulaiman, kalau orang kaya itu berkata :"Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat," maka Allah s.w.t akan berkata. "Kekayaan kamu tidak sampai dengan Kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat".

2) Apabila hamba sahaya berkata :"Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat padamu", lalu Allah s.w.t berfirman :"Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba sahaya tapi tidak pula ia lalai dari melakukan ibadat".

3) Apabila seorang miskin berkata :"Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadamu", lalau Allah s.w.t befirman :"Kamu tidak semiskin Nabi Isa a.s, tetapi Nabi Isa a.s tidak pula lalai dari beribadat padaku".

4) Apabila orang yang sakit memberi alasan dengan mengatakan  :"Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat padamu", maka Allah s.w.t befirman :"Penyakitmu itu tidaklah sebagaimana teruk dari penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayyub a.s, tetapi ia tidak menghalangnya dari beribadat padaku", dehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan disisi Allah s.w.t di hari kiamat.

 Apabila seseorang itu takut kepada Allah s.w.t maka tidak suatu apa - apa pun yang dapat menghalanginya dari beribadat kepada Allah s.w.t, sebab Allah yang menciptakan seseorang itu, dan apa saja yang dimilikinya didunia ini akan ditinggalkan olehnya apabila ia menghadap Allah s.w.t. Beruntunglah orang yang memahami tujuan hidupnya didunia ini, dan rugilah bagi mereka yang menggunakan alasan tidak ada masa untuk beribadat kepada Allah s.w.t, padahal apabila telah mati mereka itu, maka manakah masa yang mereka sebut - sebutkan itu, apakah yang telah terjadi pada harta bendanya, tidakkah usahanya hanya didunia dan diakhirat papa kedana dan yang menunggunya ialah azab, ahzab.
 Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah meninggalkan wasiat yang berbunyi :"Wahai anak - anakku sesungguhnya Allah s.w.t telah menetapkan Agama Islam itu Agamamu, oleh itu janganlah kamu semua mati, melainkan mati dalam Islam".

wallahualam..

Thursday, March 25, 2010

10 Pesanan Allah S.W.T Kepada Nabi Musa A.S

Abdul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdullah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda :"Allah s.w.t telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s dalam alwaah 10 bab:
  1.  Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun, sebab aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang2 musyrikin. 
  2. Taatlah kepadaku dan kedua orang tuamu, nescaya aku peliharamu dari sebarang bahaya, dan akanku lanjutkan umurmu dan aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik, kemudian aku pindahkan kamu kealam yang lebih baik.
  3. Jangan sekali - kali membunuh jiwa yang aku haramkan kecuali dengan hak, nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya, dan akan kembali engkau dengan murkaku kedalam api neraka.
  4. Jangan sekali - kali sumpah dengan namaku dalam dusta atau durhaka, sebab aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan aku dan tidak mengagung - agungkan nama - namaku.
  5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang aku berikan kepada orang - orang, sebab penghasut itu musuh nikmatku menolak kehendakku membenci kepada pembahagian yang aku berikan kepada hamba - hambaku, dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripadaku.
  6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar - benar, dan engkau ingati dengan akal dan perasaanmu, sebab aku menuntut saksi - saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
  7. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu, sebab nescaya aku tutup wajaku daripadamu dan aku tutup pintu - pintu langit daripadamu.
  8. Jangan menyembelih korban untuk selain dariku, sebab aku tidak menerima korban kecuali yang disebut namaku dan ikhlas untukku.
  9. Cintailah terhadap sesama manusia, sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
  10. Jadikan hari sabtu itu hari untuk beribadat kepadaku dan hiburkan anak keluargamu, Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi :"Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan hari sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s dan Allah s.w.t memilih hari jumaat sebagai hari raya untukku.
wallahualam...

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Rasulullah S.W.T Bertanya Malaikat Jibrail Tentang Api Neraka

Dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, berkata Rasulullah s.a.w :"Wahai Jibrail!, beritahu kepadaku tentang api neraka itu", maka Jibrail pun berkata :"Ya Muhammad, sebenarnya api neraka itu bewarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh keatas bumi ini walau sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat".

kemudian berkata Jibrail lagi :"Wahai Muhammad, kalau Malaikat yang sembilan belas itu turun kebumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat menggerunkan, dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka jatuh kebumi, ia akan menembus kedalam tujuh petala bumi".

Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikat Jibrail maka Rasulullah pun berkata :"Hasbi ya Jibrail" (cukup hai Jibrail), lalu Rasulullah s.a.w menangis dan diiringi dengan tangisan Malaikat Jibrail.
Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya :"Wahai Jibrail!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia disisi Allah s.w.t ?", maka Jibrail menjawab :"Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walau kedudukan aku sangat dekat dengan Allah s.w.t kalau Allah s.w.t hendak  merubahkan aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut, dan Iblis terkutuk itu".

Lihatlah sahabat - sahabatku yang di rahmati Allah,
Walaupun kedudukan Malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah s.w.t, ia tetap menangis kerana takut kepada Allah s.w.t
wallahualam...

Kisah Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Iblis Tentang Puasa

Rasulullah s.a.w telah menyoal Iblis tentang puasa, sabda Rasulullah s.a.w :"Wahai Iblis!, apabila ummatku berpuasa dengan nama Allah apakah engkau rasa?", maka Iblis berkata :"Ya Nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada hamba, kerana apabila masuknya bulan Ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Arasy dan kursi, dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka2 yang berpuasa akan mendapat sebesar - besar kurnia Allah s.w.t, dan Allah s.w.t akan mengampuni segala dosa yang telah lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar dan tidak ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa, yang menghancurkan lagi hati hamba ialah segala isi langit, bulan,bintang, malaikat, burung - burung, ikan - ikan dilaut dan ikan - ikan air tawar, juga tiap2 yang bernyawa diatas muka bumi ini semuanya akan mendoakan siang dan malam meminta ampun bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi ketinggian dan kemuliaan bagi orang yang berpuasa ialah dimerdekakan oleh Allah s.w.t tiap2 hari dalam bulan Ramadhan seribu kemerdekaan dari azab Neraka, dan ditutupkan segala pintu Neraka serta dibukakan semua pintu syurga yang lapan. Dan bertiupnya angin yang dibawah Arasy yang bernama angin Syirah. Angin yang sangat lembut melalui kedalam syurga, maka pada hari bermulanya ummat Tuan hamba berpuasa itu, akan datang malaikat dengan garangnya tiada terbilang lawan lakunya menangkap hamba dengan perintah Allah s.w.t beserta dengan segala bala tentera hamba yang terdiri dari Jin, syaitan dan ifrit, lalu dipasang kaki dan tangan dengan besi panas serta dirantai hamba sekalian dimasukkan kebawah bumi yang amat dalam dengan beberapa azab sengsara, maka hamba terpaksa menunggu sehingga selesai ummat Tuan hamba dari berpuasa, dan selepas itulah baru hamba dilepaskan supaya hamba tidak mengacau mereka itu dan ummat Tuan hamba sendiri yang telah merasa kesenangan berpuasa.

"Sebagaimana mereka bekerja untuk makan sahur waktu tengah malam seorang diri tanpa takut seperti malam - alam yang lain".

Sahabat - sahabatku, gunakanlah bulan Ramadhan yang mulia untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, yang mana dalam bulan ini kesemua pengacau kita telah dirantaikan, supaya kita dapat melakukan amal ibadat dengan baik, dan janganlah kita gunakan bulan Ramadhan dengan mengikut tabiat pengacau kita yang telah dirantai itu! mudah - mudahan Allah s.w.t akan menambah dan menguatkan iman kita beribadat dengan penuh khusyuk serta bertawaduk kepada Allah s.w.t, bulan Ramadhan hanya datang setahun sekali dan kedatangannya tidak menjamin kita akan tetap berjumpa dengannya setiap tahun, mungkin ini adalah tahun yang terakhir kita untuk bertemu dengan bulan yang mulia, oleh itu janganlah sekali - kali kita mensia - siakan bulan yang mulia ini.
wallahualam...

Kisah Nabi Musa Mengambil Lidah Lembu Dan Memukul Pada Mayat

sahabat2 yang dirahmati Allah,
tahukah kamu pada zaman Nabi Musa, dikisahkan bahawa ada seorang kaya raya yang mempunyai seorang anak lelaki, apabila wafat orang kaya itu, maka semua harta itu menjadi milik pewaris tunggal itu, melihat akan hal yang demikian maka sepupu dari pewaris itu telah merancang untuk membunuh pewaris itu, dengan ini mereka dapat mengambil harta2 tersebut, setelah mereka membunuh pewaris tersebut, maka mereka pun bertemu dengan Nabi Musa dan memberitahu bahawa sepupu mereka telah dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, dan meminta supaya Nabi Musa dapat menolong mereka untuk menangkap pembunuh itu.

Setelah Nabi Musa mendengar keterangan  dari mereka maka Nabi Musa pun memohon pertolongan dari Allah S.W.T, lalu Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Musa bahawa hendaklah menyembelih seekor sapi (lembu) dan hendaklah mengambil lidahnya dan pukul pada mayat tersebut, dengan izin Allah maka akan bangun kembali orang yang mati itu akan menceritakan siapakah yang membunuhnya.

Apabila Nabi Musa menyampaikan kepada mereka, bahawa mereka hendaklah menyembelih seekor sapi, maka mereka semua tertawakan Nabi Musa, sebab akal mereka tidak dapat menerima, padahal Nabi Musa telah banyak kali menunjukkan mukjizat yang tidak dapat diterima akal. Mereka mentertawakan Nabi Musa dengan mengejek Nabi Musa dengan berkata :"Tanyalah tuhan kamu, adakah sapi jantan atau sapi betina yang diperlukan, dan apakah bentuk dan warna, agar kami tidak silap membeli", kemudian Nabi Musa berkata :"Menurut apa yang Allah S.W.T telah mewahyukan kepadaku, sapi tersebut berwarna kuning tua, dan tidak pernah digunakan untuk membajak tanah atau mengirim tanaman, tidak mempunyai apa - apa cacat dan tidak pula mempunyai apa - apa belang".

Sebaik saja mereka mendengar penjelasan dari Nabi Musa maka mereka pun keluar mencari sapi yang disebutkan oleh Nabi Musa, maka masuklah mereka semua ke seluruh pelusuk kampung mencari lembu tersebut, dan akhirnya mereka menemuinya. Sapi tersebut milik seorang anak yatim piatu, dan sapi itulah satu - satunya sumber pendapatannya.

Ayah anak yatim itu dalah seorang fakir miskin yang sangat taat kepada Allah S.W.T dan selalu melakukan amal ibadat, sebelum matinya ia telah memohon kepada Allah S.W.T supaya menolong anaknya sebab ia tidak meninggalkan sebarang harta selain dari sapi tersebut, maka dengan berkat doa ayahnya itu maka sapi tersebut pun dijual dengan harga yang berlipat ganda. Mereka terpaksa membeli sapi tersebut walau dengan harga yang sangat mahal demi untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Nabi Musa a.s.

Setelah  itu, mereka membawa sapi tersebut kepada Nabi Musa a.s dan terus disembelihnya sapi tersebut, kemudian Nabi Musa a.s pun mengambil lidah sapi tersebut dan lalu dipukul kepada mayat, lalu bangunlah mayat tersebut memberitahu orang ramai bahawa yang telah membunuhnya ialah sepupunya sendiri.

Kisah ini ada diterangkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 67 hingga 73.
Kita kena ingat bahawa kalau Allah S.W.T mengkehendaki sesuatu itu maka tidak ada yang mustahil baginya dan mustahil itu hanya bagi kita manusia.
wallahualam...

Tuesday, March 23, 2010

Kisah Malaikat Zabaniah Membawa Rantai Dari Neraka Untuk Menyeksa Iblis

Ka'bul Ahbaar berkata : "Apabila dunia ini telah musnah, dan tidak ada lagi orang yang tinggal didunia ini baik manusia, jin, syaitan atau pun binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah S.W.T kepada Iblis laknat. Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada malaikat maut : "Aku telah menjadikan pembantu untukmu sebanyak orang yang dari mula  hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi, dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Mal'un terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang2 dari mula hingga yang terakhir dari Jin dan Manusia dan berlipat ganda.

Firman Allah S.W.T lagi : "Dan hendaklah kamu membawa 70 000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan, dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari Neraka Ladha. Dan perintahkan kepada malaikat Malik supaya membuka semua pintu2 Neraka".

Setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T maka malaikat maut pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan, dan diceritakan andaikata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescaya akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu. Maka apabila sampai sahaja malaikat maut pada Iblis laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali sahaja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur, dan diberitakan juga kalau dengkur si laknat Iblis itu didengari oleh penduduk ditimur hingga barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, Lalu Malaikat maut membentak lagi :"Berhentilah kamu Iblis laknat yang jahat, dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang2 yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup, dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah S.W.T terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!".

Apabila Iblis laknat mendengar apa yang diperkatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka iapun lari kehujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapannya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam kedalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepannya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu. Maka larilah Iblis laknat mengelilingi bumi, tetapi ada satu tempat pun untunya sembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata :"Disebabkan kamulah aku menjadi Mal'un". Kemudian Iblis laknat itu bertanya kepada malaikat maut :"Minuman apakah yang akan kamu berikan kepadaku dan siksa apakah yang akan kamu berikan terhadapku?", Lalu malaikat maut berkata :"Kamu akan diberi minuman dari Neraka ladha, siksa yang akan kamu terima serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat ganda, mendengar hal yang demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit - jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ketimur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang ia mula2 turun kebumi dulu, dan disitu dia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai ditangannya, sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah yang menikam dengan bantolan dari Neraka ladha sehingga ia merasakan sakaratul maut, di saat itu lalu dipanggil Nabi Adam dan Siti Hawa untuk melihat keadaan Iblis laknat, maka bangkitlah Nabi Adam dan Siti Hawa melihat keadaan Iblis terkutuk itu, dan sesudah melihatnya maka Nabi Adam dan Siti Hawa pun berdoa :"Ya Allah, sesungguhnya engkau telah menyempurnakan nikmatmu pada kami".

 Inilah serba sedikit cerita2 benar yang telah dicungkil untuk pengetahuan ramai, cerita2 ini juga terdapat dalam banyak hadis - hadis sahih.

Kisah Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Iblis Tentang Sembahyang

Assalamualaikum w.b.t
erm mesti korang bosan kan asyik baca tentang syaitan jew so kali ney mas nak cerita tentang kisah2 yang terdapat lam Al-Quran. bagi yang dah tau alhamdulillah, cuba la renungkan kembali, yang belum tau marilah sama2 hayati k. sama2 la kita muhasabah diri kita semua sejenak. walaupun sebentar masa yang kmu luangkan ianya memberi impak kepada kamu suatu hari nanti wallahualam...

Ceritanya bermula begini ...
Rasulullah S.A.W telah menyoal iblis laknat, sabda Rasulullah S.A.W :  " Wahai iblis, ketika ummatku berdiri melakukan sembahyang bagaimanakah hal kau? ", lalu Iblis berkata : " Masa itulah yang paling susah bagi diriku, seluruh badanku akan bergementar & lemah hingga ke tulang sendiku, lalu pada masa itu ku akan menyuruh sekalian bala tentera ku  terdiri dari syaitan menggoda orang yang hendak melakukan sembahyang, bagi setiap orang manusia akan digoda oleh berpuluh - puluh syaitan, sesetengah pada anggotanya, supaya ia berasa malas mengerjakan sembahyang, sesetengahnya akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was 0 was dalam sembahyang dan akan terlupa rakaatnya, dan  akan rasa bimbang terhadap pekerjaan dunia, serta akan segera keluar dari sembahyang.

Dan sesetengah syaitan akan masuk ke dalam mata orang yang sembahyang supaya ia tidak khusyuk dalam sembahyang, yakni hatinya tidak senang dalam sembahyang, ia memasang telinga mendengar orang berkata - kata dan mendengar bunyi - bunyian yang sia - sia, akan datang syaitan duduk di belakangnya supaya orang yang sembahyang itu tidak tahan lama untuk duduk di tahiyat dan dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu cepat habis, dengan yang demikian ini akan mengurangkan pahala sembahyang, dan sekiranya sekalian syaitan itu tidak dapat menggoda maka akan ku hukum hamba2ku dengan seberat - beratnya ke atas syaitan2 itu.

Ingatlah saudara - saudaraku, sembahyang itu tiang agama, dan sebab itu juga syaitan itu akan sentiasa merosakkan sembahyang kita dengan pelbagai cara melalui tipu helah mereka yang sangat licik, sehinggakan kita tidak sedar! oleh itu, hendaklah kita sentiasa ingat akan perkara - perkara yang diterangkan di sini agar kita dapat berusaha untuk sama2 memperbaiki diri, sembahyang kita dari tahap yang rendah ke tahap yang tidak dapat lagi di ganggu oleh syaitan.. insyaAllah [-O<

Saturday, March 6, 2010

kekuatan iman!


Keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang di saat orang lain ketakutan.  Biar rebah jangan berubah,  biar terbuang terus berjuang!  Ujian adalah tarbiah dari Allah,  semakin dekAt bahtera kita kepadaNYA,semakin hebat taufan melanda.  Semalam adalah kenangan,hari ini adalah peluang,  esok adalah harapan.  Semoga Allah permudahkan segalanya.
 wallahualam...