Followers

Tuesday, June 15, 2010

kiamat sudah dekat

orang kata kimat dah dekat betul ke?
seharusnya kita wajib yakin ianya akan berlaku. tapi bila masanya itu yang kita tak tahu,hehek guna ayat wira.
sepertimana dalam post mas yang lepas sekiranya kalian ada baca mas ada letakkan bahawa hari kiamat itu akan berlaku pada Hari Asyura, tapi tak tahu bila sebab masa hari Asyura tu banyak peristiwa2 yang Allah jadikan contohnya
"Ya Rasulullah, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari - hari yang lain?". Maka Rasulullah berkata : "Ya memang benar, Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan bukit - bukit pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan Hawa pada hari Asyura, menjadikan syurga dan memasukkan Nabi Adam dan Hawa ke dalam syurga juga pada hari Asyura, Lahirnya Nabi Ibrahim a.s juga pada hari Asyura, dan Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api juga pada hari Asyura. Pada hari Asyura, Allah s.w.t menengelamkan Fir'aun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s, menerima taubat Nabi Adam a.s, Allah s.w.t mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura. Allah s.w.t mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura dan akan terjadinya Hari Kiamat itu juga pada hari Asyura!".
(boleh rujuk di http://ck3lipc3lik.blogspot.com/2010/04/kisah-kelebihan-berpuasa-pada-10.html )


....................................................................................................................................................................

Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*


Zina bermaharajalela.


"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*


Bermaharajalela alat muzik.


"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*


Menghias masjid dan membanggakannya.


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.


"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*


Ramai orang soleh meninggal dunia.


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*


Orang hina mendapat kedudukan terhormat.


"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.


"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*


Bulan sabit kelihatan besar.


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*


Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*


Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.


"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*


Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.


Mungkin ada yang pernah terbaca artikel,tapi just utk kongsi bersama2 kwn yang belum baca...jihad fisabilillah..


wallahualam...

No comments: