Islam amat menggalakkan kita berbudi sama ada sesama manusia atau manusia dengan haiwan mengikut kemampuan dan keperluan semasa, suasana dan tempat. Bagi mereka yang tidak berharta, Islam menggalakkan mereka berbudi dengan tenaga dan sikap. Malah dalam keadaan tertentu, tenaga mahupun sikap ternyata lebih berharga daripada harta sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong - menolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong - tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. asalkan dilakukan dengan penuh rasa ikhlas. Sikap yang baik yang dipemrkan ketika bergaul dengan orang lain juga termasuk dalam medan budi. Antara sikap yang baik digalakkan oleh islam dan sekaligus merupakan budi kepada manusia ialah kita perlu bermanis muka, periang, gembira, tersenyum dan sebagainya. Rasulullah S.A.W.sendiri sentiasa bersikap sedemikian, bergurau senda dan melarang umatnya kelihatan murung dan gundah - gulana. Baginda S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :
"tidak baik orang yang tidak gembira dan tidak membuat gembira."
Berbudi dengan sikap yang sedemikian bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama manusia malah memberi ketenangan dan kegembiraan kepada sesiapa sahaja. Justeru, semua sifat tersebut merupakan budi yang baik dinikmati oleh masyarakat. Medan budi begitu luas. Melalui bahasa juga manusia boleh berbudi. Walaubagaimanapun, bahasa wajar diikat erat dan dipandu oleh wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
No comments:
Post a Comment