Followers

Thursday, January 14, 2010

sejarah solat 5 waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. tidak sepertii umat nabi - nabi yang
lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. hal ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dan solat tersebut akan memberikan perlindungan pada hari pembalasan kelak. yang berikutnya diterangkan asal - usul setiap solat 5 waktu yang wajib dikerjakan.

SUBUH
manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. apabila fajar telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.
rakaat pertama: tanda kesyukuran kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
rakaat kedua: tanda kesyukuran kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak 4 rakaat.
rakaat pertama: tanda bersyukur nagi penebusan.
rakaat kedua: tanda bersyukur kerana di bukakan dukacitanya dan anaknya.
rakaat ketiga: tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
rakaat keempat:tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan.
rakaat pertama: kelam dengan kesalahan.
rakaat kedua: kelam dengan air laut.
rakaat ketiga: kelam dengan malam.
rakaat keempat: kelam dalam perut ikan Nun.

MAGHRIB
manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ini ialah Nabi Isa a.s ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan waktu itu telah terbenamnya matahari. bersyukur Nabi Isa a.s, lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
rakaat pertama: untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
rakaat kedua: untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya.
rakaat ketiga: untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata - mata, tiada dua atau tiga dan selainnya.

ISYAK
manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.
rakaat pertama: tanda dukacita terhadap isterinya.
rakaat kedua: tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
rakaat ketiga: tanda dukacita terhadap Firaun.
rakaat keempat: tanda dukacita terhadap anak Firaun.

kesimpulan yang boleh dibuat ialah solat ini adalah untuk menunjukkan rasa syukur kita pada Allah atas segala perkara yang berlaku. solat lima waktu adalah wajib. solat sunat harus dikerjakan, buat solat sunat dapat pahala, tidak buat tidak mengapa.

wallahualam...

No comments: