Followers

Thursday, January 14, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik - baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata - kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang - orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu mengaggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa agar orang lain tidak menyakitimu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara - perkara yang besar, maka berjaga - jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara - perkara yang kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mereka juga berhak untuk diberi makanan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka adalah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah sesungguhnya kataku ini. Sembahlah Allah S.W.T., dirikanlah solat lima waktu lima kali sehari semalam, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada setiap muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tiada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya, kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah kamu akan menghadap Allah S.W.T suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan Ku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul akan datang selepas Ku. Dan tidak akan lahir agama yang baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata - kata Ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua - duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama - lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang - orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain, dan yang lain menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata - kata Ku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya, aku telah menyampaikan risalahMu kepada hamba - hambaMu.


*khutbah ibi telah di sampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 di lembah Uranah, Gunung Arafah.

*berselawatlah kamu apabila terdenganr Nabi Muhammad S.A.W supaya kamu mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

wallahualam..

No comments: