Followers

Friday, January 29, 2010

cita - cita si iblis dan syaitan...

tentunya kita pown ade cita2 kan kwn2? huhuu same la cam si syaitan ney.. dorg pown ade cita2 dorg sendiri malah sangat tinggi...
cita2 iblis dan syaitan adalah tuk ajak seramai yg mungkin jin dan manusia untuk masuk ke neraka bersama - samanya.

cara2nya :-
  • jadikan manusia syirik dan kufur pada Allah
  • kalau xdpt kufurkan manusia, dye rosakkn iman manusia. iman jd x sempurna n cacat or iman jd x sah. seolah-olah mcm x beriman walaupown mengaku beriman.
  • kalau xdpt cacatkn iman, dye jdikn manusia lalai. kt cni mksudnye beriman pada Allah tp cuai lam ibadah n amalan.
  • n last lau dye xberjya jdikn manusia lalai, n cuai lam ibadah.. dye jdikan manusia terbuai - buai dgn ibadah dan amalannya. maksud dye buat amal tp x ikhlas..cth dye wt sbb nk dpt pujian bkn kerna Allah... 
tu la sbb manusia yg tanpa cita2 ney mudh hilang pedoman n terumbang - ambing,huhuu sbb syaitan mudh nk pesongkn org cmni,huhuu
ite kne ingt iblis ney sgt bijak lam menipu n menghasut...cme ite jew yg xsdar coz ite xtau, ite xnmpk dye kn tu la ite xrse... xcye korg nilai la diri tiap hri mest de tindak - tanduk ite yg xbpe ok kn,huhuu

Sunday, January 24, 2010

iblis minta tangguh..

kwn2 tau x iblis xkesah pown Allah nk msukkn dye lam neraka sbb dye sgt degil n keras kepala.
dye dh nekad tuk trus menderhaka n snggup hbiskn seluruh idup dye sbb nk rosakkn semua keturunan anak2 Nabi Adam.

dia minx kt Allah beri tangguh@panjangkn umur dia supaya dpt idup smpai hri kiamat selagi wujudnya manusia.

"Jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, aku benar - benar akan sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil," kata iblis laknatullah.
Dia(iblis) berkata: " Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar - benar akakn aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil." -(Al-Israk:62)-
permintaannya diperkenankan. Allah terlalu marah kepadanya.

Firman Allah: "pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup."

Saturday, January 23, 2010

2) Biografi syaitan

hah kwn2, ingt tokoh2 n kita2 jew kew yg ade biografi? syaitan pown ade taw,huhuu
kwn2 tahu x asalanya dahulu si syaitan ney ABID tetapi kerana dye xnk sujud kt Nabi Adam maka dye sampai kini menjadi DERHAKA.

kowg tahu x yg iblis ney asalnya dtg dr golongan jin,beranak pinak la cm manusia,huhuu
jin ney pulak adalah dri keturunan anak cucu kpd jann, iaitu 1 makhluk yg Allah ciptakan dr api yg sgt panas.
mcm kita bapa sekalian manusia adalah Nabi Adam a.s so jann ney pulak bapa kpd segala jin termasuklah si iblis laknatullah. yg berbeza cuma kita di jadikan dr tanah manakala jin pula dr api.

Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam" maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin..." -(Al-Kahfi:50)-

nama asal iblis laknatullah adalah azazil. dlu azazil ney kuat beribadah kpd Allah, n leh d kire bertaraf ahli ibadah (abid) dan ibadahnya leh d smakan dgn pra malaikat. tpi sbb dye xnk patuh kpd arahan Allah supaya sujud kpd Nabi Adam a.s maka dye bertukar jd penderhaka.

Apabila Allah memberitahu para malaikat,
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di bumi" -(Surah Al-Baqarah, ayat 30)-
azazil menyangkakan dialah yang paling layak. dia merasakandirinya sgt hebat kerna dia bangsa jin yg mempunyai nafsu tpi ibadahnya mengatasi para malaikat yg Allah tidak mengurniakan nafsu.
 ada1 riwayat, bangsa jin telah tinggal di seluruh bumi lama sebelum Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi. So azazil ney sangka kalau Allah nk jdikn khalifah di bumi, tentulah dia yg akan terpilih. tpi sangkaan dye tu salah. Allah lebih tahu apa yg terbaik, kerana Dialah yg menciptakan sekalian mahkluk. Allah memilih Adam, bukan azazil. Azazil menjadi sakit hati dan dengki. Disebabkan inilah azazil mendapat laknat Allah sbb sikap sombong dan ingkarnya.

selepas mendapat kutukan Allah, iblis tidak insaf malah menjadi semakin derhaka. dia juga berjanji bahawa akan menyesatkan semua anak cucu Nabi Adam a.s (umat manusia). dia mula mengumpul pengikut drpda golongan jin yg kufur inilah yg di panggil syaitan, iblis laknatullah.

1) syaitan musuh kita

assalamualaikum w.b.t
dah lama rasanya mas x update blog mas.. maklumla xde mood sjak akhir2 ney,..
agpown cm xseht sgt tp hari ney mas kuatkan diri jugak supaya blog mas xdela nmpk terbengkalaikn huhuu..


sebelum mas bercerita bnyk sal syaitan durjana ney meh renung2kan terjemahan dri ayat2 Al-Quran yea
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak - anak Adam, supaya kamu jangan mengikuti syaitan? Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata. - (Yaasin:60)-
kwn2, kmu tahu x bhawa Allah dh ingatkn kt kite semua ney supaya berlindung kpd Allah drpda hasutan2 syaitan ney sebab syaitan ney musuh no 1 kita! kita perlu memusuhi syaitan sebab syaitan adalah musuh kpd Allah dan musuh kpd Nabi.
Allah dh peringatkan kita semua ney dalam surah Al-Baqarah.

Hai orang - orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah - langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. -(Al-Baqarah:208)-
 kwn2 tahu x Nabi -Nabi kita dlu pown si iblis ney ggu..apatah lagi la kita ney ha insan biasa so ite kne la hti2 yea kwn2.. ney de 1 cite "Iblis Ganggu Rasulullah SAW"

Pada suatu ketika Rasulullah sedang solat. Tiba - tiba para sahabat dengar baginda menyebut "A'uzubillah minka" (Aku berlindung dengan Allah daripada engkau). Kemudian baginda menyebut lagi "Al'anuka bila'natillah" (Aku laknat dengan laknat Allah ke atas engkau). Tangan baginda pula seolah - olah sedang menyambar sesuatu. Tiga kali baginda begitu.

Apabila ditanya oleh sahabat selepas solat, baginda memberitahu, "iblis musuh Allah datang membawa obor api untuk disuakan ke mukaku. Kerana itulah aku menyebut "A'uzubillah minka" sebanyak 3 kali. Selepas itu aku menyebut "Al'anuka bila'natillah" juga sebanyak 3 kali. Tetapi iblis laknat itu tidak berganjak. Aku cuba untuk menangkapnya.

 Kata banginda, jika tidak kerana doa Nabi Sulaiman, sudah pasti iblis itu diikatnya di tiang masjid Madinah dan dibiarkan kanak - kanak membulinya.

Lihatlah kwn2 syaitan ney tidak mengalah nk ggu kita semua.. syaitan hasut ite tuk msuk neraka sme2 dgn dye sbb dye tkowt dgn azab Allah kt neraka.. dye nk ajk ite join dye.. korg nk ke g neraka tu.. nauzubillah min zalik..

so de 1 cra jew nk lawan si syaitan laknatullah ney kwn2 iaitu jgn ikowt jejak langkah dye okeh?
kita juz ikowt apa yang Allah dh perintahkn pda kita dan apa yang Nabi suruh, n kite perlu meninggalkan segala apa yang dilarang Allah n yang Nabi tegah.

kita juga perlulah meminta perlindungan dari Allah drpda kejahatan iblis laknatullah.bila Allah lindungi kita syaitan kalah la. maknanya disini kita perlulah menjaga hubungan ite dengan Allah, berusaha dekatkan diri kite dgn Allah,sebab lau kita dekat dgn Allah, syaitan akan jauh dr kita. tapi kwn2, lau ite xdekat dgn Allah maka mudahla bgi syaitan nk dekati kite n truskn agenda jahat mereka tu.

ingat yea kwn2, hanya Allah yang dapat pelihara kita daripada kejahatan syaitan laknatullah!

Friday, January 15, 2010

teman sampai ke syurga

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

-Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

-Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

-Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

-Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

kata - kata hikmah

* Jangan jadikan masalah sebagai penghalang, sebaliknya anggaplah itu satu cabaran yang mesti ditundukkan.
* Kemaraan satu batallion askar boleh disekat, tetapi kemaraan idea - idea baru akan terus berlaku dan menguasai.
* Kejayaan hakiki bagi seseorang, apabila berjaya meletakkan agama dalam diri serta mengamalkannya.
* Langkah yang beribu batu jauhnya bermula dari langkahkita yang pertama.
* Ilmu yang hakiki itu memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang utama daripada dunia.
* Ketinggian iman itu ialah sabar, kerana hukum Allah dan Redha akan takdirnya.
* Sesungguhnya hati orang yang jahil itu dimulutnya, lidah orang yang berakal itu dihatinya, berbicara janganlah menggunakan mulut tapi hati, mendengar janganlah menggunakan telinga tapi gunakanlah fikiran.
* Seluruh hati manusia itu mati, kecuali orang yang berilmu, semua orang berilmu itu tidur kecuali yang beramal, semua orang yang beramal itu terpedaya kecuali yang ikhlas.
* Boleh jadi kesusahan yang kita deritai itu bila kita terima dengan ikhlas hati, masa yang akan datang ianya akan menjadi kenangan yang tidak ternilai harganya.

sekadar renungan bersama..

daku kini...



Thursday, January 14, 2010

Yang Elok Itu Budi

Islam amat menggalakkan kita berbudi sama ada sesama manusia atau manusia dengan haiwan mengikut kemampuan dan keperluan semasa, suasana dan tempat. Bagi mereka yang tidak berharta, Islam menggalakkan mereka berbudi dengan tenaga dan sikap. Malah dalam keadaan tertentu, tenaga mahupun sikap ternyata lebih berharga daripada harta sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong - menolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong - tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. asalkan dilakukan dengan penuh rasa ikhlas. Sikap yang baik yang dipemrkan ketika bergaul dengan orang lain juga termasuk dalam medan budi. Antara sikap yang baik digalakkan oleh islam dan sekaligus merupakan budi kepada manusia ialah kita perlu bermanis muka, periang, gembira, tersenyum dan sebagainya. Rasulullah S.A.W.sendiri sentiasa bersikap sedemikian, bergurau senda dan melarang umatnya kelihatan murung dan gundah - gulana. Baginda S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

"tidak baik orang yang tidak gembira dan tidak membuat gembira."

Berbudi dengan sikap yang sedemikian bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama manusia malah memberi ketenangan dan kegembiraan kepada sesiapa sahaja. Justeru, semua sifat tersebut merupakan budi yang baik dinikmati oleh masyarakat. Medan budi begitu luas. Melalui bahasa juga manusia boleh berbudi. Walaubagaimanapun, bahasa wajar diikat erat dan dipandu oleh wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak dan akhlak.

Antara wasiat Imam Hassan Al-Bana:

* apabila saudara atau saudari mendengar azan, bangunlah segera, dan bangunlah sembahyang serta - merta, janganlah marah kepada orang yang mengejutkan anda.

* amalkan zikrullah dan selalu membaca Al-Quran.

* jangan banyak bertengkar, kerana bertengkar itu tidak baik untuk diri, jangan berdendam.

* jangan banyak ketawa, kerana ketawa boleh menyusahkan diri, ketawa boleh membawa titik hitam, banyakkanlah berzikir untuk menghilangkan titik hitam.

* janganlah bergurau berlebihan dalam keadaan serius atau tidak serius.

* jangan bercakap terlalu kuat dalam keadaann yang dekat.

* berkenal - kenallah kerana ia boleh menggerakkan asas dakwah dan merapatkan ukhuwah.

wallahualam..

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik - baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata - kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang - orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu mengaggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa agar orang lain tidak menyakitimu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara - perkara yang besar, maka berjaga - jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara - perkara yang kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mereka juga berhak untuk diberi makanan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita - wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka adalah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah sesungguhnya kataku ini. Sembahlah Allah S.W.T., dirikanlah solat lima waktu lima kali sehari semalam, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada setiap muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tiada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya, kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah kamu akan menghadap Allah S.W.T suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan Ku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul akan datang selepas Ku. Dan tidak akan lahir agama yang baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata - kata Ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua - duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama - lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang - orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain, dan yang lain menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata - kata Ku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya, aku telah menyampaikan risalahMu kepada hamba - hambaMu.


*khutbah ibi telah di sampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 di lembah Uranah, Gunung Arafah.

*berselawatlah kamu apabila terdenganr Nabi Muhammad S.A.W supaya kamu mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.

wallahualam..

NASIHAT RASULULLAH S.A.W

Nasihat Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali setelah berkahwin dengan anakanda kesayangan Rasulullah (Siti Fatimah)
- jika memakai cincin, pakailah di jari manis dan kelingking. jangan memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk.

- jangan memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut.

hah kawan -kawan ingat pakai cincin tu baca ni dulu pastu baru pakai yea,hehek sayang kamu semua..

sejarah solat 5 waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. tidak sepertii umat nabi - nabi yang
lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. hal ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dan solat tersebut akan memberikan perlindungan pada hari pembalasan kelak. yang berikutnya diterangkan asal - usul setiap solat 5 waktu yang wajib dikerjakan.

SUBUH
manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. apabila fajar telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.
rakaat pertama: tanda kesyukuran kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
rakaat kedua: tanda kesyukuran kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim a.s sebanyak 4 rakaat.
rakaat pertama: tanda bersyukur nagi penebusan.
rakaat kedua: tanda bersyukur kerana di bukakan dukacitanya dan anaknya.
rakaat ketiga: tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
rakaat keempat:tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan.
rakaat pertama: kelam dengan kesalahan.
rakaat kedua: kelam dengan air laut.
rakaat ketiga: kelam dengan malam.
rakaat keempat: kelam dalam perut ikan Nun.

MAGHRIB
manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ini ialah Nabi Isa a.s ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan waktu itu telah terbenamnya matahari. bersyukur Nabi Isa a.s, lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
rakaat pertama: untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
rakaat kedua: untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya.
rakaat ketiga: untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata - mata, tiada dua atau tiga dan selainnya.

ISYAK
manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.
rakaat pertama: tanda dukacita terhadap isterinya.
rakaat kedua: tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
rakaat ketiga: tanda dukacita terhadap Firaun.
rakaat keempat: tanda dukacita terhadap anak Firaun.

kesimpulan yang boleh dibuat ialah solat ini adalah untuk menunjukkan rasa syukur kita pada Allah atas segala perkara yang berlaku. solat lima waktu adalah wajib. solat sunat harus dikerjakan, buat solat sunat dapat pahala, tidak buat tidak mengapa.

wallahualam...

Tuesday, January 12, 2010

sesungguhnya

kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah s.w.t.
cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam
dari setiap sesuatu yang dalam.

hanya mereka yang sungguh - sungguh beriman dan bertakwa
serta bersabar dengan ujian Allah s.w.t.
dapat merasakan nikmatnya itu.

dan perasaan itu tidak dapat di gantikan dengan apa juga.
berbahagia dan bergembiralah dengan ujian tersebut kerana
dengan bimbingan Allah s.w.t.

pasti di penghujungnya ada cahaya yang menyinar.
wanita sejati ibarat bintang di langit,
walau sedikit cahayanya,
mampu menerangi kegelapan!

dengan keagungan pahala dan pengampunan dosa.

wallahualam..

Thursday, January 7, 2010

fizik! dari fira... hrm xpernah terfikir pun.. untuk pembaca blogger yg disayangi..

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:
J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki:

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Tuesday, January 5, 2010

kecantikan itu adalah dari...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Karena aku seorang wanita",
kata si ibu kepada anaknya..

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada waktu bila pun ia diperlukan."


"Kau tahu:


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk badan yang ditampilkan, atau bilaman ia menyisirkan rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya -
tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.
Anda akan menambah
harga diri wanita!
Karena setiap Wanita itu Cantik.
Kirimkan juga kepada setiap lelaki
agar sentiasa dapat menghormati wanita,
siapapun mereka
ibu, isteri, kekasih, kakak, adik
dan bahkan wanita yg tidak ia kenal yg kebetulan berada di dekatnya..