Followers

Sunday, January 16, 2011

peringatan buat diriku!

Bismillah Ar-Rahman, Ar-Rahim.


Peliknya umat ini...
Bola punya hal, pukul 3 pagi pun boleh bersengkang mata.
Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun
di waktu ayam pun tak bangun lagi.
Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun
jika disuruh tahajjud 2 rakaat,
dan di waktu hendak bangun sahur
juga cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umat ini...
Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan
terkeluar dari Akademi Fantasia.
Air mata sungguh murah melimpah
apabila artis pujaan turut menangis.
Namun, berapa sangatlah umat ini yang sudi
melinangkan air matanya sebagai taubat kepada yang Esa?
Berapa sangatlah umat ini yang menangisi
kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umat ini...
SMS berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar,
janji penyanyi pujaan terpilih.
Jari-jemari begitu ringan menaip
nama penyanyi pilihan dan nombor undian.
Tapi, jari-jemari begitu berat untuk mengambil RM1
untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid.
Tangan begitu kaku untuk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umat ini...
Gembira ibubapa sebab anak mereka
pandai menyanyi dan pandai main piano.
Sedih sekali ibubapa apabila anak mereka
tidak dapat masuk Akademi Fantasia.
Namun, tidak ramai umat ini yang sedih
jika zuriat mereka buta al-Qur’an.
Tidak ramai umat ini yang resah
jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Esa.

Peliknya umat ini...
Sanggup bersesak-sesak dan berhimpit-himpit
di padang konsert hiburan.
Sanggup memberi komitmen
memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan.
Namun sedihnya, 'program' Allah 5 kali sehari di Masjid
tidak pula mendapat sambutan meriah dari umat ini.
Mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf
walaupun sekadar untuk 5 minit cuma.

Peliknya umat ini...
Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Qur’an
tak cukup peringkat kebangsaan,
dibuat pula peringkat antarabangsa.
Tapi, dengan al- Qur’an, masih lagi bersikap
ikut selera mana rasa elok, barulah diamalkan,
mana rasa tak elok untuk nafsu, sekadar baca sajalah.

Peliknya umat ini...
Setiap tahun mereka sanggup
menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam
pada hari merdeka dan tahun baru.
Detik saat jam 12, saat yang ditunggu-tunggu
tanpa berkedip mata melihat jam besar.
Tepat jam 12, mereka akan bersorak ramai-ramai
tak kira lelaki mahupun perempuan.
Namun sedihnya, tidak ramai yang mampu dan mahu
menunggu waktu solat lebih awal di masjid.

Peliknya umat ini...
Setiap kali baca fakta dan kenyataan yang benar
tentang bangsa dan saudara seIslam,
pasti ada suara-suara sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya
umpama menegakkan benang yang basah.
Namun tidak ramai pula umat ini
yang mahu memikirkan kebenarannya
serta berazam mengubah sikap diri dan bangsa
sekaligus mempertahankan agama.



Sama-samalah kita renungkannya… Apakah kita juga termasuk dalam golongan 'umat ini' yang begitu pelik sikap dan tindakannya?? Bermuhasabahlah, dan berazamlahlah dengan bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai-Nya…(peringatan buat diri sendiri terutamanya)


No comments: