Followers

Wednesday, January 5, 2011

╔╦╗────────╔═╗─────╔╦╗──────╔═╦═╦═╦═╗
║╩╠═╦═╦═╦╦╗║║╠═╦╦╦╗║║╠═╦═╦╦╗╠═║║╠╗╠╗║
║╦║╬║╬║╬║║║║║║╩╣║║║╠╗║╩╣╬║╔╝║═╣║║║║║║
╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║╚╩╩═╩══╝╚═╩═╩╩╩╝─╚═╩═╝╚╝╚╝
────╚╝╚╝╚═╝─────────────────────────


Kalau la manusia ni tahu masa depan tadela Allah sediakan syurga dan neraka. Sebab 2la Allah kata menilik nasib ni satu dosa. Dah tahu macam ni tak tahu pe akan jadi pada masa depan mengapa nak berjanji? Antara income yang banyak dan sedikit mengapa nak yang banyak? Siapa kata kita tak boleh berniaga atau berurusan dengan orang bukan islam selagi mereka tidak mempunyai niat untuk membunuh kita? Siapa kata kita hanya boleh berurusan dengan sesama muslim je? Fikir – fikirkanla ye.



Malaysia ni agama rasminya ISLAM. Orang yang bukan islam ni, mereka golongan zimmi. Sahabat nabi, rahman auf adalah antara sahabat yang paling kaya. Merangkak masuk syurga. Banyak hartanya tapi berurusan jugak dengan orang bukan islam. Kerana itu kelebihan mereka dalam bidang tu. Tak salah kan begitu? Oleh sebab itu wahai saudara dan saudariku jagalah hati kita ni.. kalau dah hitam nanti susah.. Allah menjamin kemuliaan Rasulullah saw sampai dalam syurga.. nak tahu x kenapa? Sebab Rasulullah saw menjaga kerendahan dan kesucian hatinya. Sampai sekarang kita masih berselawat keatas baginda untuk mendapatkan syafaat daripada baginda. Maka kita pun kena la jaga ye. Mengikut apa yang diamalkan nabi an sunnah.. baru la kita tak keluarkan kata – kata yang tidak baik.



Next pulak, kalau kita ada rezeki, kita kena la kongsi dengan orang lain walaupun sedikit. Sebab banyak hikmahnya diatas perkongsian rezeki kita yang sedikit tu. Kalau la bidadari tengok perempuan dunia yang baik sangat ni confirm cemburu punya..hehek  gurau je erk kawan – kawan. Maaf.
Dalam hidup ni, orang yang sakit perlu di tolong oleh orang yang sihat. Ini an fardhu kifayah. Buat sorang, yang lain xpayah. Kita lau sakit pun jangan tinggal solat, kan banyak ruksah. Agi 1, doa orang sakit ni antara doa orang yang makbul, so xsalah ye lau kita minta doa dari orang sakit. Jangan mengeluh sebab ianya akan menghilangkan fadhilat semasa kita susah atau sakit.



Kematian itu 1 ilmu untuk kehidupan. Sebab, bila kita ingatkan mati kita akan beringat akan segala apa yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Jadi susah untuk kita melakukan kesilapan kalau kita ingat akan kematian. Ajal maut ditangan Allah. Tiada siapa yang tahu akan ajalnya bila, mungkin kejap lagi, tengah tidur, waktu jaga, esok, lusa dan seterusnya.
Siapa yang xbangun subuh, xdengar azan subuh makanya telinganya dah dikencing oleh iblis.


wallahualam~

No comments: