Followers
Tuesday, January 4, 2011
Buat renungan..
Wahai Hawa,
Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?
Kenapa..
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa..
masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya ?
dan kenapa..
masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?
Wahai Hawa,
Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah,
kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu
untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.
BAHANA!
Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja..jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami..jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu..didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..tapi merangsang nafsunya.
Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.
Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan
sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat
dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu...
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi kebahagiaan
buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang
akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”
(Hadith Riwayat Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment