Followers

Sunday, January 30, 2011

"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat."

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga memaksa isterinya untuk menunaikan solat. 

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat  
demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan


seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

1. TIDAK AKAN mengajak anda kepusat2 hiburan
2.TIDAK AKAN berani pergi ber"dating" dan bercouple berdua-duaan
3.TIDAK AKAN membonceng bersama2 dengan kekasih
4.TIDAK AKAN besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim
5.TIDAK AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya
6.TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita
7.TIDAK AKAN tidak berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan
8.TIDAK AKAN berani melakukan ZINA

SEKIRANYA 8 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2 TERSEBUT...SEKIAN

KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN...

Tuesday, January 18, 2011

sedar diri~

SIAPAKAH KITA?

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; AL-GHASYIAH:21

لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُصَيْطِرٍ

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). AL-GHASYIAH:22



saya sekadar pemberitahu…

Bukan dapat memaksa anda mendengar amanah ini…


Apa yang ingin diberitahu,


Merupakan perkara yang diambil ringan oleh semua manusia pada zaman sekarang..


Manusia...


Tidak ada nilai di sisi ALLAH SWT…


خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). AT-TIIN:4


ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,AT-TIIN:5


إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;AL-ASR:2



Inilah buktinya bhw manusia tdk bernilai di sisi ALLAh SWT..
Maka siapakah yg bernilai disisi ALLAH SWT?

Renungilah sejenak…


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُمَمْنُونٍ 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.AT-TIIN:5



Masih ada ayat yang lain..


Cukup la 1 ayat sahaja untuk renungan bersama…


Pernah x kalian terlintas,


Apa itu iman,


Macam mana utuk menjadi orang yang beriman?


Apa itu amal soleh?


Macam mana nak beramal soleh?


Renungilah kalian…


Iman adalah kepercayaan,


Dan kita tidak mungkin akan mempercayai sesuatu sekiranya kita tidak mengenalinya..


Begitu juga dengan amal soleh..


Tidak ada amal soleh itu melainkan yang dinyatakan di dalam AL-QURAN & AS-SUNNAH..


Dan hanya AL-QURAN & AS-SUNNAH yang dapat menjamin IMAN kita berada di jalan yang lurus…


Renungilah kalian smua…


Pernahkah kita mendalami kedua-duanya?


Dimana kedudukan kedua-duanya di hati kalian?


Jika kita mmplajarinya,


Adakah semuanya dipelajari?


Atau cuma hanya sedikit sahaja?


Dikatakan
 



آمَنُوا
(org yang tElah beriman)



AdAlAh seorAng yAng telah mengamalkan seluruh AL-QURAN didalam hidupnya!!


Adakah kita adalah orang tersbut?


Tdak boleh kita mengamalkannya sekiranya kita tidak mempelajarinya terlebih dahulu..


Bila sudah dipelajari, barulah timbulnya TAQWA kita terhadap ALLAH SWT..


Segala sifat rendah diri kita terhadap ALLAH SWT akan mncul..



إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.FATIR:28





Renungilah skalian sjenak….


Di manakah kita…..




31.  
  إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا
    Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.


32.  
  حَدَائِقَ وَأَعْنَابًا
    (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;


33.    
وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا

    Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

34.    
وَكَأْسًا دِهَاقًا
    Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;
AN-NABA’…


40.    
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ
    Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu;


41.  
  فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
    Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
AN-NAZI’AT




SEBARKANLAH UNTUK SKALIAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT…


MUDAH-MUDAHAN KEMBALI MEREKA KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH..



BA’SULLAH FI SABIILIH


wallahualam~