Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-Alaq ayat 1-5)
“Ingatlah dengan mengingati Allah, hati – hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Ra’d ayat 27)
Rasulullah SAW bersabda: “Pekerjaan yang sangat disukai Allah SWT, ialah mengerjakan solat tepat pada waktunya. Sesudah itu berbakti kepada ibu-bapa. Sesudah itu berjihad menegakkan agama Allah SWT.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Badwi: Aku berharap agar doaku dikabulkan Allah. Rasulullah SAW: Jika engkau dapat menjauhi amalan yang dilarang oleh Allah, maka doamu akan dikabulkan-Nya. (Riwayat Imam Ahmad)
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah ayat 186)
Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang – orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (Surah Al-Mu’min ayat 60)
Seseorang bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah! Jika saya mengerjakan sembahyang lima waktu yang wajib, berpuasa dalam bulan Ramadhan, menerima yang halal sebagai halal dan haram sebagai haram, dan tidak berbuat lebih daripada itu apakah saya akan dapat masuk syurga?”. “Baginda menjawab: “Ya.” (Riwayat Muslim)
“Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang – orang yang berfikiran”. (Surah Al-Baqarah ayat 269)
Rasulullah SAW bersabda: Wahai hambaKu, kamu telah melakukan kemungkaran siang dan malam dan aku mengampunkan segala dosa kamu. Oleh itu, carilah keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunkan kamu. (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: Dari Anas bin Malik R.A berkata “Biasanya Nabi Muhammad SAW (dalam masa musafir) apabila Baginda berangkat sebelum gelincir matahari, ia menangguhkan solat Zohor hingga waktu Asar, kemudian Baginda turun (dari kenderaan) lalu ia jamakkan kedua-duanya (Zohor Qasar dan Jamak Ta’akhir). Sekiranya gelincir matahari sebelum Baginda berangkat ia solat Zohor kemudian terus berangkat.” (Riwayat Muslim dan Al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (Subhanallah) selepas menunaikan solat sebanyak 33 kali, memuji Allah (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan membesarkan Allah (Allahuakbar) sebanyak 33 kali, kesemuanya 99 kali. Apabila samai pada kali yang ke 100 dan mengatakan: bagiNya kekuasaan dan kepujian, Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu diampunkan dosanya meskipun sebanyak buih di lautan. (Riwayat Muslim)
Rasulullah saw bersabda: orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas dari dalam hatinya. (Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah saw bersabda: orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah swt sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah swt tanpa dia membawa dosa sedikitpun. (Riwayat Al-Tarmizi).
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat; maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al-Jumaah ayat 9)
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang pergi dan kembali dari masjid, nescaya Allah menyediakan baginya sebuah rumah di syurga setiap kali dia keluar pergi dan kembali dari masjid. (Riwayat Muslim dan Al-Bukhari)
Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kananya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya.” (Riwayat Muslim).
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment