Followers

Friday, November 19, 2010

perkongsian ~

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a, bahawa Rasullullah saw bersabda: “Berpuasalah kamu dalam tempoh sebulan itu sebanyak 3 hari. Sesungguhnya kebaikan itu diganjarkan sepuluh kali ganda seumpamanya, oleh itu seperti engkau berpuasa selama-lamanya.” (Riwayat Muslim dan Al-Bukhari)



Daripada Abu Darda’ r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)




Di dalam kitab At-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim khawwash. Katanya penawar hati ada 5, iaitu:
  • *       Membaca Al-Quran dengan meneliti maksudnya
  • *       Mengosongkan perut
  • *       Bangun bersolat malam
  • *       Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
  • *       Duduk di majlis orang-orang soleh.

No comments: