Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak solat,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat.
Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab.
Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.
Golongan 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja,
bacaan pun masih tak betul, taklid buta,
main ikut - ikut orang saja.
Belajar solat mahupun secara rasmi atau tak pun ada.
Ilmu tentang solat tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan solat,
bahkan tahu ilmu mengenai solat,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.
Jadi, mereka ini sekejap solat, sekejap tidak.
Kalau ada masa dan mood baik dia solat,
kalau sibuk dan terkocoh - kacah , ada program kenduri,
pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat,
maka dia tak solat.
Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4
Orang yang solat,
Kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,
tetapi tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya,
lafaznya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak berpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya
itu disebabkan tak faham apa yang dibaca.
Cuma main hafal saja.
Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam solat,
orang ini lalai dalam solat.
Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan solat cukup 5 waktu,
tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat,
fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyatnya,
tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia,
Dek kerana faham sahaja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit daripada golongan ke-5 tadi,
tetapi main tarik tali dalam solatnya,
sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula.
Bila teringat sesuatu dalam solatnya,
teruslah terbawa - bawa,
berkhayal dan seterusnya.
Bila teringat Allah secara tiba - tiba maka insaf dan sedarlah semula,
cuba dibawa hatinya dan fikirannya untuk menghayati kalimat dan bacaan dalam solatnya.
Begitulah sehingga selesai solatnya.
Dia merintih, dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi juga.
Golongan ini yang lemah jiwanya.
Nafsunya terhadap mulhamah ( menyesal akan kelalaiannya dan cuba dibaiki semula,
tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa ) .
Golongan ini terserah kepada Allah,
Yang sedar dan khusyuk itu mudah - mudahan diterima Allah,
mana yang lalai itu moga - moga Allah ampunkan dosanya,
namun tiada pahala nilai solat itu.
Ertinya solat tiada memberi kesan apa - apa.
Allah belum lagi cinta akan orang ini.
Golongan 7
Orang yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa - bawa dengan keadaan sekelilingnya
sehingga pekerjaan atau apa pun yang dikerjakannya
atau apa yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia dunia,
menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya
namun tidak mempengaruhi solatnya.
Hatinya masih dapat mengingati Allah dalam solatnya.
Golongan ini disebut orang - orang soleh, golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan ke-7
tetapi dia mempunyai kelebihan sedikit
iaitu bukan sahaja faham dan tak mengingati dunia dalam solatnya,
malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu,
pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyatnya, tasbihnya
pada setiap sujudnya dan setiap gerak - gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.
Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit.
Namun dia masih sedar tersedar dengan alam sekelilingya.
Ingatannya terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya.
Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin ( yang hampir dengan Allah).
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan tertinggi dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan sahaja ibadah solat itu dijiwai dalam solat
malahan dia dapat mempengaruhi diluar solat.
Kalau dia bermasalah, langsung dia bersolat,
kerana dia yakin solat punca penyelesai segala masalah.
Ia telah fana dengan solat.
Solat telah menjadi penyejuk hatinya.
Ini dapat dibuktikan dalam sejarah,
seperti solat Saidina Ali ketika panah tercacak dibetisnya,
untuk mencabutnya dia melakukan solat dahulu.
Maka dalam solat itulah panah dicabut.
Mereka khusyuk dengan solat.
Makin banyak solat, makin lazat,
solatlah cara dia nak nak lepaskan kerinduan dengan Allah.
Dalam solatlah dia nak mengadu - ngadu dengan Allah.
Alam sekelilingnya langsung tak dipedulikannya.
Hatinya hanya ada pada Allah.
Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin.
Golongan yang benar dan haq.
Jadi, dimanakah tahap solat kita?
Perbaikilah diri kita dari sekarang.
Jangan ditangguh lagi.
Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di Akhirat kelak ialah solat kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan Allah,
agar terhapuslah kezaliman,
Semoga tertegak kembali daulah ISLAM !
wallahualam...
No comments:
Post a Comment