Followers

Tuesday, November 30, 2010

KERANA MEREKA, KAMU MASIH BERDIRI

"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yanghanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurnaTiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "

Sunday, November 28, 2010

monolog mastura hari ini'

saje menduga menjemput sayap ye..jemputlah.... 
ku tak sanggup menunggu..
akan ku terus berlalu.. 
jgn biar kau menduga..
mungkin kelak kau kecewa.. 
biarlah masa menentukannya.. 


aduhaii.. 
masalah2 bila bunga bertemu bunga.. 
yakin pasti ada yang lebih layak menjadi sayapmu.. 
kerja Tuhan tiada siapa yang tahu.. 
tiba saatnya hati merana mungkin kerana bahagia mahu menyapa..
 tiba masanya aku perlu berlalu pergi.. 
moga kalimahku tak disalah erti.. 


fi amanillah..

Saturday, November 20, 2010

perkongsian `

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-Alaq ayat 1-5)




“Ingatlah dengan mengingati Allah, hati – hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Ra’d ayat 27)



Rasulullah SAW bersabda: “Pekerjaan yang sangat disukai Allah SWT, ialah mengerjakan solat tepat  pada waktunya. Sesudah itu berbakti kepada ibu-bapa. Sesudah itu berjihad menegakkan agama Allah SWT.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Badwi: Aku berharap agar doaku dikabulkan Allah. Rasulullah SAW: Jika engkau dapat menjauhi amalan yang dilarang oleh Allah, maka doamu akan dikabulkan-Nya. (Riwayat Imam Ahmad)



“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah ayat 186)



Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang – orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (Surah Al-Mu’min ayat 60)



Seseorang bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah! Jika saya mengerjakan sembahyang lima waktu yang wajib, berpuasa dalam bulan Ramadhan, menerima yang halal sebagai halal dan haram sebagai haram, dan tidak berbuat lebih daripada itu apakah saya akan dapat masuk syurga?”. “Baginda menjawab: “Ya.” (Riwayat Muslim)




“Allah mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki dan sesiapa yang dikurnia hikmah maka sesungguhnya(bererti) ia telah dikurniakan kebajikan yang banyak dan tidak akan ingat melainkan orang – orang yang berfikiran”. (Surah Al-Baqarah ayat 269)



Rasulullah SAW bersabda: Wahai hambaKu, kamu telah melakukan kemungkaran siang dan malam dan aku mengampunkan segala dosa kamu. Oleh itu, carilah keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunkan kamu. (Riwayat Muslim)



Sabda Rasulullah SAW: Dari Anas bin Malik R.A berkata “Biasanya Nabi Muhammad SAW (dalam masa musafir) apabila Baginda berangkat sebelum gelincir matahari, ia menangguhkan solat Zohor hingga waktu Asar, kemudian Baginda turun (dari kenderaan) lalu ia jamakkan kedua-duanya (Zohor Qasar dan Jamak Ta’akhir). Sekiranya gelincir matahari sebelum Baginda berangkat ia solat Zohor kemudian terus berangkat.” (Riwayat Muslim dan Al-Bukhari)



Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (Subhanallah) selepas menunaikan solat sebanyak 33 kali, memuji Allah (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan membesarkan Allah (Allahuakbar) sebanyak 33 kali, kesemuanya 99 kali. Apabila samai pada kali yang ke 100 dan mengatakan: bagiNya kekuasaan dan kepujian, Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu diampunkan dosanya meskipun sebanyak buih di lautan. (Riwayat Muslim)



Rasulullah saw bersabda: orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas dari dalam hatinya. (Riwayat Al-Bukhari)



Rasulullah saw bersabda: orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah swt sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah swt tanpa dia membawa dosa sedikitpun. (Riwayat Al-Tarmizi).



Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat; maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al-Jumaah ayat 9)



Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang pergi dan kembali dari masjid, nescaya Allah menyediakan baginya sebuah rumah di syurga setiap kali dia keluar pergi dan kembali dari masjid. (Riwayat Muslim dan Al-Bukhari)



Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kananya dan apabila dia minum hendaklah dia minum  dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya.” (Riwayat Muslim).

Wallahualam…

Friday, November 19, 2010

perkongsian ~

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a, bahawa Rasullullah saw bersabda: “Berpuasalah kamu dalam tempoh sebulan itu sebanyak 3 hari. Sesungguhnya kebaikan itu diganjarkan sepuluh kali ganda seumpamanya, oleh itu seperti engkau berpuasa selama-lamanya.” (Riwayat Muslim dan Al-Bukhari)



Daripada Abu Darda’ r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)




Di dalam kitab At-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim khawwash. Katanya penawar hati ada 5, iaitu:
  • *       Membaca Al-Quran dengan meneliti maksudnya
  • *       Mengosongkan perut
  • *       Bangun bersolat malam
  • *       Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
  • *       Duduk di majlis orang-orang soleh.

wahai muslimah & perempuan

Tidak semua perempuan itu adalah muslimah
Muslimah itu saringan wanita
Ibarat bunga yang pelbagai rupa
Ada yang harum, ada yang buruk,
Mendamba erti muslimah memrlukan
Mujahadah, istiqamah, tabah
Kerana inspirasi seorang muslimah
Serikandi yang mengerti sinar islam
Persis mujahidah kegemilangan dahulu kala
Itulah rahsia agungnya kudrat Allah,
Menghembut rasa segunung kasih sayang
Pada fitrah seorang hamba.

BUATMU PARA MUJAHADAH

Pernah suatu ketika
Semangat ini panas membara
Jihad dan tadhiyyah tersemat di jiwa
Cela dan caci tak bisa menggugah jiwa
Malah ketika itu kalimah..
Kamilah pemuda pemudi!

Pernah suatu ketika
Cinta ini begitu mekar berbunga
Rindu kasih suci Rabbnya
Dunia fana bakal ditinggal semua
Kerana sedar.. 
Kamilah hamba!

Pernah suatu ketika
Al-Quran peneman suka dan duka
Dibawa bersama ke mana sahaja
Cair di mulut akhlak terjaga
Mulianya..
Kami ahliNya!

Tapi sekarang jauh berbeza
Futur sekadar alasan cuma
Di mana iman?
Di mana perjuangan?
Di mana Al-Quran?
Di mana Tuhan?
Adakah sekadar permainan?

Semangat bila tiada godaan
Luntur bila ditimpa dugaan..
Semangat bila bersama teman
Luntur bila keseorangan..
Semangat bila menghampiri kemenangan
Luntur bila menghadapi kekalahan..

Teman..
Ikhlaskan diri sepanjang jalan
Teman..
Jangan leka mainan syaitan
Teman..
Nabi tidak berjaya dengan kemewahan
Teman..
Ingat kita hidup bertujuan

Salam perjuangan buatmu para mujahadah islam..

BIDADARI SYURGA DUNIA 

Bidadari Syurga dunia...
Ada senyum yang terukir indah dimuka..
Ada bias rona merah di wajah..
Memantulkan warna hati si jiwa Syurga..

Bidadari Syurga dunia..
Wajah yang senantiasa putih dan menawan..
Berhiaskan air wudhu yang terpancar..
Menambah pesona hiasan mata..

Bidadari Syurga dunia..
Yang senyumnya selalu merekah..
Yang parasnya mempesona..
Yang hatinya selembut sutra..

Bidadari Syurga dunia..
Jadi dambaan setiap wanita..
Impian diri wanita solehah..
Qonitat dan berhati bunga..

Bidadari Syurga di hati luka..
Yang pucatkan muka si durjana..
Yang tepiskan angan dunia..
Yang hatinya bagaikan kaca..

Bidadari Syurga di hati dunia..
Yang siangnya bagaikan singa di rimba..
Yang malamnya bagai sufi perindu..
Syurga Zuhud selendang pengikatnya..

Bidadari Syurga dunia..
Dimana pun berada kau tetap setia..
Pada Allah, Rasul dan juga Dien-Nya..

Kemana lagi kan kucari Bidadari Syurga Dunia..
Di arusnya dunia merana..
Sentuhanmu bangkitkan rasa..
Hingga syahid ku jumpa di pintu Syurga..

Thursday, November 18, 2010

sempena aidiladha

Perhatikan kehebatan Allah melalui kejadian ikan di laut. 
masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dlm isi ikan.
tetapi bila ikan sudah mati secubit garam sudah cukup untuk memasinkannya.
begitulah hati, 
hati yang ‘hidup’ sgt sukar dnodai, 
tp ble hati ‘mati’ mudahnya ia untuk dipengaruhi.. 
Subhanallah!
 -salam aidiladha- ;)

kullu 'amin wa antum bi khoir...

Monday, November 15, 2010

pesan aisyah

mastura,
ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yang dasyat,
dan ada pula masanya menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan...
melalui kejadian - kejadian yang tidak menyenangkan itulah 
yang akan mengajarmu tentang nilai suatu nikmat

monolog mastura hari ini ~

mastura,
mengenali seseorang itu
kadangkala membuat kita ketawa..


mengenali seseorang itu juga
kadangkala membuat kita
mengalirkan air mata..


sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu
memberi kita sejuta rasa...


Marah, Sedih, Gembira, Sayang dan Rindu...


tapi sedarkah kita
mengenali seseorang itu adalah 1 anugerah..
biarpun hadirnya hanya seketika,
dan sekadar teman sementara...
bersyukurlah dengan kehadirannya
kerana barangkali melaluinya lah kita mengerti apa itu erti teman

so mastura kuatkan diri ok!

pesan kak zu

mastura,
wanita cantik...
melukis kekuatan melalui proses kehidupan,
bersabar saat tertekan,
tersenyum di saat hati menangis,
diam saat terhina,
mempersona kerana memaafkan...


mastura,
wanita cantik mengasihi tanpa syarat dan 
bertambah kuat dalam doa dan pengharapan...

Wednesday, November 10, 2010

Ada 9 peringkat solat ~





Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak solat,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat.
Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab.
Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.





Golongan 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja,
bacaan pun masih tak betul, taklid buta,
main ikut - ikut orang saja.
Belajar solat mahupun secara rasmi atau tak pun ada.
Ilmu tentang solat tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.





Golongan 3
Orang yang mengerjakan solat,
bahkan tahu ilmu mengenai solat,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.
Jadi, mereka ini sekejap solat, sekejap tidak.
Kalau ada masa dan mood baik dia solat,
kalau sibuk dan terkocoh - kacah , ada program kenduri, 
pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat,
maka dia tak solat.
Orang ini jatuh fasik.





Golongan 4
Orang yang solat,
Kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,
tetapi tidak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya,
lafaznya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak berpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya 
itu disebabkan tak faham apa yang dibaca.
Cuma main hafal saja. 
Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam solat,
orang ini lalai dalam solat.
Neraka wail bagi orang ini.





Golongan 5
Golongan yang mengerjakan solat cukup 5 waktu,
tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat,
fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyatnya,
tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia,
Dek kerana faham sahaja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin.





Golongan 6
Golongan ini baik sedikit daripada golongan ke-5 tadi, 
tetapi main tarik  tali dalam solatnya,
sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula.
Bila teringat sesuatu dalam solatnya,
teruslah terbawa - bawa,
berkhayal dan seterusnya.
Bila teringat Allah secara tiba - tiba maka insaf dan sedarlah semula,
cuba dibawa hatinya dan fikirannya untuk menghayati kalimat dan bacaan dalam solatnya.
Begitulah sehingga selesai solatnya.
Dia merintih, dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi juga.
Golongan ini yang lemah jiwanya.
Nafsunya terhadap mulhamah ( menyesal akan kelalaiannya dan cuba dibaiki semula, 
tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa ) .
Golongan ini terserah kepada Allah,
Yang sedar dan khusyuk itu mudah - mudahan diterima Allah,
mana yang lalai itu moga - moga Allah ampunkan dosanya,
namun tiada pahala nilai solat itu.
Ertinya solat tiada memberi kesan apa - apa.
Allah belum lagi cinta akan orang ini.



Golongan 7
Orang yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa - bawa dengan keadaan sekelilingnya 
sehingga pekerjaan atau apa pun yang dikerjakannya
atau apa yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia dunia,
menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya
namun tidak mempengaruhi solatnya.
Hatinya masih dapat mengingati Allah dalam solatnya.
Golongan ini disebut orang - orang soleh, golongan abrar / ashabul yamin.



Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan ke-7 
tetapi dia mempunyai kelebihan sedikit 
iaitu bukan sahaja faham dan tak mengingati dunia dalam solatnya,
malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu,
pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyatnya, tasbihnya
pada setiap sujudnya dan setiap gerak - gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.
Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit.
Namun dia masih sedar tersedar dengan alam sekelilingya.
Ingatannya terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya.
Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin ( yang hampir dengan Allah).






Golongan 9
Golongan ini adalah golongan tertinggi dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan sahaja ibadah solat itu dijiwai dalam solat 
malahan dia dapat mempengaruhi diluar solat.
Kalau dia bermasalah, langsung dia bersolat,
kerana dia yakin solat punca penyelesai segala masalah.
Ia telah fana dengan solat.
Solat telah menjadi penyejuk hatinya.
Ini dapat dibuktikan dalam sejarah,
seperti solat Saidina Ali ketika panah tercacak dibetisnya,
untuk mencabutnya dia melakukan solat dahulu.
Maka dalam solat itulah panah dicabut.
Mereka khusyuk dengan solat.
Makin banyak solat, makin lazat,
solatlah cara dia nak nak lepaskan kerinduan dengan Allah.
Dalam solatlah dia nak mengadu - ngadu dengan Allah.
Alam sekelilingnya langsung tak dipedulikannya.
Hatinya hanya ada pada Allah.
Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin.
Golongan yang benar dan haq.




Jadi, dimanakah tahap solat kita?
Perbaikilah diri kita dari sekarang.
Jangan ditangguh lagi.
Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di Akhirat kelak ialah solat kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan Allah,
agar terhapuslah kezaliman,
Semoga tertegak kembali daulah ISLAM !

wallahualam... 

Monday, November 8, 2010

Siapakah gerangan yang ku lihat itu ?




Tatkala kudatangi sebuah cermin,Tampaklah susuk yang sudah sangat lama.




Kukenal dan sangat sering kulihat.Namun aneh, sesungguhnya ...aku belum Mengenal siapa yang kulihat.



Tatkala kutatap WAJAHnya, hatiku bertanya :Apakah wajah ini yang kelak akan BERCAHAYA Dan BERSINAR INDAH DI SYURGA? Ataukah wajah ini yang akan HANGUS LEGAM DI NERAKA JAHANAM? Hanya kamu yang mampu menjawapnya..



Tatkala ku menatap MATA, nanar hatiku bertanya :MATA INIKAH YANG AKAN MENATAP ALLAH? ,Rasulullah, dan Kekasih-kekasih Allah kelak?Ataukah mata ini yang TERBELIAK, TERBONJOL,TERBURAI MENATAP NERAKA JAHANAM? Akankah mata penuh maksiat ini akan terselamat? WAHAI MATA, APA GERANGAN YANG KAU TATAP SELAMA INI? HaNya kamu yang mampu menjawapnya...



Tatkala kutatap MULUT, apakah mulut ini Yang kelak mendesah penuh kerinduan. Mengucap LAA ILAAHA ILLALLAAH saat malaikat maut menjemput? Ataukah menjadi MULUT YANG MENGANGA DENGAN LIDAH MENJULUR, DENGAN LENGKINGAN JERIT PILU yang akan mencabut sendi-sendi setiap yang mendengarnya? Ataukah mulut ini jadi pemakan buah zaqum Di jahanam yang getir , penghangus dan penghancur setiap usus? APAKAH GERANGAN YANG ENGKAU UCAPKAN WAHAI MULUT YANG MALANG? Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan? Berapa banyak hati yang remuk. Dengan hirisan pisau kata-katamu yang menghiris tajam? Berapa banyak kata-kata semanis madu. Yang palsu yang engkau ucapkan untuk menipu? Berapa banyak kata yang sering engkau berkata jujur? Berapa kali engkau dengan syahdu memohon agar Allah mengampunimu?Hanya engkau yang mampu menjawabnya..



Tatkala kutatap TUBUHku, apakah tubuh ini, Yang kelak menyala penuh cahaya, bersinar,bersuka cita, bercengkrama disurga? Ataukah tubuh yang akan terkoyak-koyak hancur mendidih dalam lahar neraka jahanam,Terpasung tanpa ampun,menderita yang tak akan pernah berakhir? WAHAI TUBUH , BERAPA BANYAK MAKSIAT YANG TELAH ENGKAU LAKUKAN? Berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu? Berapa banyak hamba-hamba yang lemah yang engkau tindas dengan kekuatanmu? Berapa banyak orang yang memohon pertolongan yang engkau acuhkan tanpa peduli, padahal engkau mampu? Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas? HANya engkau yang mampu menjawabnya..



Ketika kutatap HATI ,Seperti apakah gerangan isi hatimu? Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu? Ataukah sekotor daki-daki yang melekat ditubuhmu? Apakah hatimu segagah ototmu..Ataukah selemah daun-daun yang sudah layu? Apakah hatimu seindah penampilanmu,,Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu? hanya kamu yang mampu menjawabnya..



amatlah berbeza apa yang tampak dicermin dengan apa yang tersembunyi... Aku telah tertipu oleh topeng yang selama ini tergambar... Betapa banyak pujian yang terhampar hanyalah memuji topeng......


Sedangkan aku....hanyalah selonggok sampah yang terbungkus


Aku tertipu... oleh diriku sendiri.....