Followers

Sunday, July 11, 2010

wah3 sedap2 je yea lambat2kan solat.. meh cni tengok dan baca

Rupa - rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea.  Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya 

Kisahnya begini
 
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui to l- tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol,adalah malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah.. 

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu - rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak peduli. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit 
ke-dua. 

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak  dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. 

Dilangit ketiga, La. . kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.  Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. 

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah 
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. 
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa - timpa. Ish. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu tak ada nilai, kena azab lagi nanti. Nauzubillah min-zalik...

Ya Allah, 
ampunkanlah kami kerana lalai. 
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. 
Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. 
rawatkan hati kami selagi kami tak berubah; 
biarlah kami dirawat di dunia agar kami tidak diseksa lagi dihari akhirat kelak. Amin. 

Kepada yang selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu,
 dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib ...
 ney sesuai untuk direnungi .....oleh kita - kita yang selalu ambil ringan atau sambil lewa je dalam solat..


sama - samalah kita berubah sikap yea..



No comments: