Followers

Saturday, July 31, 2010

kisah pengorbanan seseorang yang bergelar IBU

pada minggu lalu ana pulang ke rumah dan menziarah rumah rakan baik mak & ayah ana..
pada waktu itu berlakunya 1 insiden dimana seorang anak yang kecil... sangat marah kepada ibunya dek kerana kunci basikalnya dibawa oleh abangnya keluar kerana bersama kunci terdapat kunci rumah..
disebabkan tiada kunci, jadi basikalnya tidak dapat dikeluarkan..

si anak terus mendesak ibunya sambli menangis..
ibunya hanya berkata.. nak, ibu tak tahu abang pergi mana.. ibu tak ada kunci lain.. tunggu la ayah balik kejap lagi..
tapi anak terus mendesak.. nak kenapa macam ni.. ibu kan dah cakap tadi tunggu ayah balik..
anak masuk bilik dan menyepahkan bilik dan mengalihkan tilam..
 ibu hanya berkata, nak jangan la ibu penat kemaskan bilik tadi.. 

si anak marah dan menjerit.. mengambil gunting dan membaling ke arah ibunya..
masyaAllah masa tu kami sekeluarga terkejut... tersentak hati ana melihat kejadian itu... 
si ibu tadi bangun lalu memukul anaknya dan anaknya melawan.. si anak terjatuh ke lantai terhentak kepala anak itu tapi si anak berlari keluar..menuju ke dapur..

 ibu berkata ibu dah pesan jangan melawan ibu..
ibu pergi melihat anaknya di dapur.. meh ibu tengok kepala... sakit kat mana?
nak basikal jugak! sekarang jugak!
anak mengambil sesuatu dan mengarahkan objek itu kepada ibunya.. nampak seperti berkilauan.. dia memukul ibunya dengan objek tersebut..
kami ingatkan pisau segera mak & ayah ana berlari ke dapur dan ayah ana memegang kuat tangan si anak dan mengambil objek tersebut..ternyata objek tersebut adalah besi..
 si ibu berkata sampai hati kau buat ibu macam ni.. ibu penat uruskan rumah..

si ibu mengambil besi, parang, lesung batu cuba memecahkan kunci yang merantai basikal anaknya.. mengalir air mata ana melihat insiden itu.. ayah & mak ana membantu si ibu tadi.. ana hanya mengikuti rapat mak ana.. ikutkan hati ana ingin belasah si anak tadi supaya dia diberi pengajaran tapi mak ana kata api jangan di balas dengan api..

Ya Allah sampai merah & luka tangan si ibu demi anaknya.. mengalir air mata si ibu..
pergilah dengan basikal kau tu keluar..
si ayah balik dan bertanya kenapa bersepah rumah ni..
si ibu diam dan masuk ke dalam rumah..

ayah ana berkata, anak kamu tu tadi membaling besi(gunting) & memukul ibunya dengan besi...
jangan pulak dimarah anaknya.. cakap baik2 dengan dia..
si ayah masuk dan melibas anaknya dengan bajunya..
si ayah masuk ke bilik.. si ibu mengajak kami masuk dan duduk..

si anak berlari keluar membawa basikal...

pendapat ana: si anak tadi sudah dipengaruhi oleh rakannya.. sebab itu dia bertindak demikian akan tetapi ingatlah wahai anak2 walau bagaimanapun janganlah menyebabkan kamu bersikap kurang ajar terhadap ibu kamu.. kerana kamu tidak merasakan apa yang ibu kamu rasakan.. kamu tak tahu betapa banyaknya pengorbanan ibu kamu semata - mata kerana nak membesarkan kamu..


kisah ini merupakan salah 1 kisah benar.. dan ana yakin ada banyak lagi di luar sana.. moga kisah ini dapat memberikan kita pengajaran yang baik..


di bawah ini adalah untuk kamu renungkan betapa besarnya pengorbanan ibu2 kita..


“Ibu..kenapa menangis?” Tanya seorang anak kepada ibunya.
 Ketika itu ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak. 

“Kerana ibu seorang wanita,”jawab ibu sambil mengesat air matanya. 
“Apa maksud ibu?”si anak bertanya lagi. 
Ibu cuma tersenyum sedang air mata masih merembes, membasahi pipinya. 
Dipeluk anaknya erat-erat, lalu berkata, 
“Anakku, kau memang takkan faham…”. 

Kemudian, anak itu bertanya pula kepada ayahnya, 
“Ayah. Kenapa ibu mudah menangis?” 
“Semua wanita memang mudah menangis..” hanya itu jawapan yang mampu diberikan oleh si ayah. 

Masa berlalu..si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis? 
Sampai waktunya, si ibu dipanggil pulang ke Rahmatullah.
 Kerinduan yang amat sangat membuatkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpinya. 

Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata, 
“Anakku.. Allah telah menciptakan wanita itu sangat istimewa..
DijadikanNya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Namun ia cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak.” 

“Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. 
Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah putus asa.” 

“Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah.” 
“Ingat anakku..dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. 
Walaupun acapkali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.”
 
“Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuk membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dirinya yang harus dilindungi” 

“Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. 
Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.” 

“Dan anakku..air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya.” 

“Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita,ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.” 

“Air mata wanita adalah air mata kehidupan,” tiba-tiba si anak terjaga. 
Barulah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita. 


p/s: moga kita lebih peka selepas ini terhadap perasaan ibu kita yea..

No comments: