Followers

Saturday, July 31, 2010

kisah pengorbanan seseorang yang bergelar IBU

pada minggu lalu ana pulang ke rumah dan menziarah rumah rakan baik mak & ayah ana..
pada waktu itu berlakunya 1 insiden dimana seorang anak yang kecil... sangat marah kepada ibunya dek kerana kunci basikalnya dibawa oleh abangnya keluar kerana bersama kunci terdapat kunci rumah..
disebabkan tiada kunci, jadi basikalnya tidak dapat dikeluarkan..

si anak terus mendesak ibunya sambli menangis..
ibunya hanya berkata.. nak, ibu tak tahu abang pergi mana.. ibu tak ada kunci lain.. tunggu la ayah balik kejap lagi..
tapi anak terus mendesak.. nak kenapa macam ni.. ibu kan dah cakap tadi tunggu ayah balik..
anak masuk bilik dan menyepahkan bilik dan mengalihkan tilam..
 ibu hanya berkata, nak jangan la ibu penat kemaskan bilik tadi.. 

si anak marah dan menjerit.. mengambil gunting dan membaling ke arah ibunya..
masyaAllah masa tu kami sekeluarga terkejut... tersentak hati ana melihat kejadian itu... 
si ibu tadi bangun lalu memukul anaknya dan anaknya melawan.. si anak terjatuh ke lantai terhentak kepala anak itu tapi si anak berlari keluar..menuju ke dapur..

 ibu berkata ibu dah pesan jangan melawan ibu..
ibu pergi melihat anaknya di dapur.. meh ibu tengok kepala... sakit kat mana?
nak basikal jugak! sekarang jugak!
anak mengambil sesuatu dan mengarahkan objek itu kepada ibunya.. nampak seperti berkilauan.. dia memukul ibunya dengan objek tersebut..
kami ingatkan pisau segera mak & ayah ana berlari ke dapur dan ayah ana memegang kuat tangan si anak dan mengambil objek tersebut..ternyata objek tersebut adalah besi..
 si ibu berkata sampai hati kau buat ibu macam ni.. ibu penat uruskan rumah..

si ibu mengambil besi, parang, lesung batu cuba memecahkan kunci yang merantai basikal anaknya.. mengalir air mata ana melihat insiden itu.. ayah & mak ana membantu si ibu tadi.. ana hanya mengikuti rapat mak ana.. ikutkan hati ana ingin belasah si anak tadi supaya dia diberi pengajaran tapi mak ana kata api jangan di balas dengan api..

Ya Allah sampai merah & luka tangan si ibu demi anaknya.. mengalir air mata si ibu..
pergilah dengan basikal kau tu keluar..
si ayah balik dan bertanya kenapa bersepah rumah ni..
si ibu diam dan masuk ke dalam rumah..

ayah ana berkata, anak kamu tu tadi membaling besi(gunting) & memukul ibunya dengan besi...
jangan pulak dimarah anaknya.. cakap baik2 dengan dia..
si ayah masuk dan melibas anaknya dengan bajunya..
si ayah masuk ke bilik.. si ibu mengajak kami masuk dan duduk..

si anak berlari keluar membawa basikal...

pendapat ana: si anak tadi sudah dipengaruhi oleh rakannya.. sebab itu dia bertindak demikian akan tetapi ingatlah wahai anak2 walau bagaimanapun janganlah menyebabkan kamu bersikap kurang ajar terhadap ibu kamu.. kerana kamu tidak merasakan apa yang ibu kamu rasakan.. kamu tak tahu betapa banyaknya pengorbanan ibu kamu semata - mata kerana nak membesarkan kamu..


kisah ini merupakan salah 1 kisah benar.. dan ana yakin ada banyak lagi di luar sana.. moga kisah ini dapat memberikan kita pengajaran yang baik..


di bawah ini adalah untuk kamu renungkan betapa besarnya pengorbanan ibu2 kita..


“Ibu..kenapa menangis?” Tanya seorang anak kepada ibunya.
 Ketika itu ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak. 

“Kerana ibu seorang wanita,”jawab ibu sambil mengesat air matanya. 
“Apa maksud ibu?”si anak bertanya lagi. 
Ibu cuma tersenyum sedang air mata masih merembes, membasahi pipinya. 
Dipeluk anaknya erat-erat, lalu berkata, 
“Anakku, kau memang takkan faham…”. 

Kemudian, anak itu bertanya pula kepada ayahnya, 
“Ayah. Kenapa ibu mudah menangis?” 
“Semua wanita memang mudah menangis..” hanya itu jawapan yang mampu diberikan oleh si ayah. 

Masa berlalu..si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis? 
Sampai waktunya, si ibu dipanggil pulang ke Rahmatullah.
 Kerinduan yang amat sangat membuatkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpinya. 

Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata, 
“Anakku.. Allah telah menciptakan wanita itu sangat istimewa..
DijadikanNya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Namun ia cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak.” 

“Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. 
Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah putus asa.” 

“Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah.” 
“Ingat anakku..dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. 
Walaupun acapkali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.”
 
“Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuk membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dirinya yang harus dilindungi” 

“Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. 
Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.” 

“Dan anakku..air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya.” 

“Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita,ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.” 

“Air mata wanita adalah air mata kehidupan,” tiba-tiba si anak terjaga. 
Barulah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita. 


p/s: moga kita lebih peka selepas ini terhadap perasaan ibu kita yea..

Friday, July 30, 2010

Bakal Suamiku..
Telah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Bakal Suamiku..
Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..

Bakal Suamiku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. 

Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Bakal suamiku..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup aurat dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Bakal suamiku.. 
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal suamiku…

Bakal suamiku..
Maafkan aku kerana jika kau bukan lelaki yang pertama aku makan bersama, berjalan bersama, keluar bersama. Aku terlalu mengikut perasaan, menurut nafsu sendiri. Aku lalai, leka bersama orang lain. Aku tidak sepatutnya berkelakuan begitu. Sepatutnya hanya kau yang pertama & yang layak buat apa sahaja bersamaku selepas di ijab Kabul nanti.

Bakal Pembimbingku..
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Rasulullah saw ialah contoh suami yang terbaik. Aku tak mengharapkan kau sesempurna beliau. Sebaiknya, aku mengharapkan kau mengamalkan sunnah beliau sekadar yang kau termampu. Itu yang aku harapkan. Aku mengharapkan kejujuran dan kesetiaan darimu yang aku tak pernah dapat dari orang lain sebelum ini. Yang aku dapat dari mereka hanyalah dusta semata-mata. Semoga kau juga menjadikan aku satu-satunya pelengkap hidupmu. Hanya aku.. Aku tak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain..
Bakal suamiku..
 indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Bakal Suamiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci” .. Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. 
Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Bakal Suamiku..
 Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

p/s: **Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

Saturday, July 17, 2010

MEMBERI SALAM


 Sebagai seorang muslim, sudah seharusnya kita selalu memberi salam satu sama lain. Namun pada zaman sekarang banyak di antara kita yang melalaikan sunnah yang satu ini. Padahal banyak dalil baik dari Al-Qur'an mahupun Al-Hadits yang menganjurkan agar kita selalu memberi salam kepada sesama muslim. Firman Allah SWT :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. (QS. 24:27)

Ibnu Jarir meriwayatkan dengan sanadnya dari "Adi bin Tsamit r.a. ia berkata: Bahawasanya seorang perempuan datang kepada Rasulullah SAW maka ia berkata: Hai Rasulullah, sesungguhnya saya berada dalam rumah dalam keadaan yang saya tidak suka orang lain melihat saya. Dan sesungguhnya seorang laki-laki dari kerabat saya sering masuk ke rumah saya dan saya dalam kedaan sepeti itu, apakah yang mesti saya perbuat? Lalu turunlah ayat ini. Setelah turunnya ayat ini maka tidak dibenarkan seseorang masuk ke rumah orang lain, kecuali setelah minta izin dan memberi salam.


Ada beberapa hal yang mesti kita ketahui dalam masalah salam ini yang antara lain adalah:


a. Anjuran agar kita selalu memberi salam.
" Dari Abi Umarah AlBarra bin "Azib r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara:
 menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendo'akan orang yang bersin, membantu yang lemah, menolong yang di zalimi orang, memberi salam, mengabulkan permintaan seseorang ( yang memohon dengan memakai sumpah). (Muttafaqun 'Alaih )

Kita juga dianjurkan agar selalu memberi salam baik kepada orang yang kita kenal maupun yang tidak kita kenal.
"Dari Abdullah bin "Amar bin "ash r.a. bahwasanya seorang laki laki bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah islam yang paling baik? beliau menjawab: Engkau memberi makan dan memberi (mengucapkan ) salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang belum kamu kenal. ( Muttafaqun 'Alaih )


Memberi salam adalah salah satu cara untuk memperkuatkan tali persaudaraan sesama muslim, menambah  cinta sesama orang yang beriman.
"Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasullah SAW bersabda: Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman, dan kalian tidak beriman sehingga kalian saling mencintai, mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang apabila kalian amalkan akan saling mencintai? Sebarkanlah ( ucapkanlah ) salam di antara kalian." ( HR.Muslim )


Memberi salam adalah salah satu ibadah yang dijanjikan masuk syurga bagi siapa saja yang selalu mengamalkannya.
" Dari Abdullah bin Salam r.a. ia berkata : saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hal menusia sebarkanlah ( ucapkanlah ) salam, berikanlah makanan, hubungkanlah tali kekeluargaan (silaturrahim ), Solatlah sedang orang-orang ( lagi lelap ) tertidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat. ( HR.Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah - Shahih )

b. Permulaan disyari'atkan salam.
Anjuran agar memberi salam sudah ada sejak zaman nabi Adam
."Dari Abu Hurairah r.a. , dari nabi SAW beliau bersabda: Allah SWT menciptakan Adam atas rupanya, panjangnya 60 hasta. Maka setelah selesai menciptakannya Allah SWT berfirman: Pergilah dan berilah salam kepada segolongan mereka - segolongan malaikat yang sedang duduk- maka dengarkan apa yang mereka ucapkan sebagai perhormatan kepadamu, maka sesungguhnya apa yang mereka ucapkan adalah perhormatanmu dan perhormatan keturunanmu ( yang beriman ). Maka ia (Adam ) berkata: assalamu 'alaikum. Mereka menjawab: 'Assalamu'alaikum warahmatullah. Mereka menambah Warahmatullah, Maka setiap orang yang masuk syurga atas rupa Adam, maka sentiasa makhluk berkurang setelah itu hingga sekarang. ( HR.Bukhari )

c. Hukum memberi salam dan menjawabnya.
Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Ibnu Abdil Bar menjelaskan bahawa para ulama sepakat tentang hal ini. Namun Qadhi Iyadh meriwayatkan perkataan dari Qadhi Abdul Wahab bahawa memulai adalah sunat atau fardhu kifayah. Qadhi iyadh menjelaskan bahwa yang dimaksud fardhu kifayah di sini adalah bahawa menegakkan sunnah sunnah rasulullah SAW adalah fardhu kifayah. Wallahualam...


Dari hadits tentang permulaan salam di atas, para ulama sepakat bahwa menambah kalimat dalam menjawab salam adalah masyru' ( disunatkan ) kerana hal itu adalah penghormatan yang lebih baik. Firman Allah SWT :
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. (QS. 4:86)

Adapun memberi salam kepada orang kafir hukumnya adalah haram.Rasulullah SAW bersabda :
"Janganlah kamu memulai orang Yahudi dan nasrani dengan salam. Maka apabila kalian bertemu mereka ditengah jalan maka persempitlah jalannya kepada yang lebih sempit. ( HR. Muslim ).


Namun kalau dalam satu majlis berkumpul muslim dan non muslin kita tetap disyari'atkan mengucapkan salam kepada yang muslim.


"Dari Usamah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW melewati suatu majlis yang di dalamnya bercampur kaum muslimin dan musyrikin - penyembah berhala dan yahudi - maka nabi memberi salam kepada mereka." ( Muttafaqun 'alaih ).

d. Tatacara memberi salam.
Hendaklah yang berkenderaan lebih dulu memberi salam kepada yang berjalan, yang berjalan memberi salam kepada yang duduk, jama'ah yang sedikit memberi salam kepada yang lebih banyak, yang muda memberi salam kepada yang lebih tua.


"Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Yang bertunggangan (berkenderaan ) memberi salam kepada yang berjalan. Yang berjalan kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang lebih banyak."( Muttafun "alaih ).


Dan pada suatu riwayat Bukhari: dan yang muda kepada yang tua.
Kalau terjadi saling berlawanan, siapakah yang mestinya lebih dulu memberi salam? Seperti satu jama'ah melewati satu jama'ah yang lebih sedikit jumlahnya, atau yang lebih muda melewati yang lebih tua. Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan bahwa ia tidak menemukan dalil tentang hal ini. An-Nawawi memandang dari sudut siapa yang lewat. Maka siapa yang datang maka ialah yang harus lebih dulu memberi salam. Apakah ia lebih tua atau lebih muda, banyak atau sedikit; kerana yang sedang lewat itu seperti orang yang mahu masuk ke sebuah rumah. Wallahualam...

Rujukan :
1. Fath Al Bari -Al Hafidz Ibnu Hajar Jilid 12 Hal. 262-309
2. Riyadhu Ash-Shalihin- An-Nawawi Hal. 273-279.
Abu Muhammad GZ.

KEMBALI KEPADA AL QUR`AN


Bukti empirik di lapangan terlihat dengan sangat jelas bahawa kaum muslimin pada saat ini telah jauh dari Al Qur`an Al Karim yang merupakan petunjuknya dalam mengharungi bahtera kehidupannya (The Way of Life). Firman Allah I :
Berkatalah Rasul:"Ya Rabbku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Qur'an ini sesuatu yang tidak diacuhkan". (QS. 25:30)

Dan mereka (para musuh Islam) berusaha keras untuk menjauhkan kaum muslimin secara personal mahupun kelompok dari sumber utama kekuatannya iaitu Al Qur`an Al Karim. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Al Qur`an Al Karim mengenai target rahsia mereka dalam memerangi kaum muslimin dalam firman-Nya :
Dan orang-orang yang kafir berkata:"Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan al-Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). (QS. 41:26)

Jal Daston selaku perdana menteri Inggeris mengemukakan : "Selagi Al Qur`an masih di tangan umat Islam, Eropa tidak akan dapat mengusai negara-negara Timur." (Lihat buku "Rencana Penghapusan Islam dan Pembantaian Kaum Muslimin di Abad Modern" oleh Nabil Bin Abdurrahman Al Mahisy / 13).
Jauhnya umat terhadap Al Qur`an Al Karim merupakan suatu masalah besar yang sangat fundamental dalam tubuh kaum muslimin. Perkara untuk pedoman, petunjuk Allah I melalui kitab-Nya, bukan sekadar perbuatan sunnah atau suatu pilihan. Firman Allah I :
Dan tidakkah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata. (QS. 33:36)

Tegasnya, menjadikan kitab Allah Subhanahu wa Ta`ala sebagai sumber petunjuk satu-satunya dalam kehidupan dan mengembalikan segala masalah hanya kepada-Nya merupakan suatu keharusan oleh setiap diri kita. Kita sama-sama bersepakat bahwa dalam menanggulangi masalah kerusakan sebuah pesawat terbang, kita harus memanggil seorang insinyur yang membuat pesawat itu, dan kita sama-sama bersepakat bahawa seorang pilot yang akan mengoperasilkan suatu pesawat terbang harus mengikuti buku petunjuk oprasional pesawat yang dikeluarkan dari perusahaan yang memprodukannya. Tetapi mengapa kita tidak mahu menerapkan prinsip ini dalam diri kita sendiri. Allah lah yang menciptakan kita dan hanya petunjuk-Nya yang benar. Sedang kita mengetahui bahwa pegangan yang mantap dan pengarahan yang benar hanyalah :
Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)". (QS. 2:120)

Ringkas dan tegas. Petunjuk Allah I itulah petunjuk. Selain dari itu bukan petunjuk. tidak ada helah, tidak dapat ditukar. Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Allah mengangkat beberapa kaum dengan Kitab (Al Qur`an) ini dan menghinakan yang lain dengannya pula." H.R. Muslim.

Kerana itu jangan sampai kita mengikuti hawa nafsu mereka yang menyimpang dari garis yang tegas ini :
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

Ringkasnya, ketika umat Islam telah jauh dari Kitabullah, maka musibah dan malapetaka serta segala jenis penyakit hati akan datang silih berganti, sebagaimana yang saat ini kita lihat sendiri secara kasar mata.

Kita berdoa kepada Allah I, semoga Dia I mengerakkan hati dan memudahkan langkah kita dan umat Islam lainnya untuk kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Nabinya sehingga menjadi umat yang terbaik sebagaimana firman-Nya I :

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (QS. 3:110)

Friday, July 16, 2010

KEUTAMAAN MEMBACA ALQUR`AN


Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lazat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lazat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.


Merupakan suatu kewajiban bagi seorang muslim untuk selalu berinteraksi aktif dengan Al Qur`an, dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi, berfikir dan bertindak. Membaca Al Qur`an merupakan langkah pertama dalam berinteraksi dengannya, dan untuk mengairahkan serta menghidupkan kembali kegairahan kita dalam membaca Al Qur`an, kami sampaikan beberapa keutamaan membaca Al Qur`an sebagai berikut :

1. Manusia yang terbaik.
Dari `Uthman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian iaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.
Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.


3. Sebagai syafa`at di Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah Al Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (iaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.


4. Kenikmatan tiada tara
Dari Ibnu `Umar, dari Nabi bersabda : "Tidak boleh seorang menginginkan apa yang dimiliki orang lain kecuali dalam dua hal; (Pertama) seorang yang diberi oleh Allah kepandaian tentang Al Qur`an maka dia mengimplementasikan (melaksanakan)nya sepanjang hari dan malam. Dan seorang yang diberi oleh Allah kekayaan harta maka dia infakkan sepanjang hari dan malam." Muttafaqun `Alaihi.


5. Ladang pahala.
Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah e : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadits hasan shahih".


6. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota surga
Dari Muadz bin Anas t, bahwa Rasulullah e bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.


~my life~

Ermm today, I was thinking a lot I think..
I think about what was my friends words before this.. it was during my foundation time..
That time I wish that all what she said is not true, but now I believe that she is true..
Maybe I’m to dingy an unfolded my tudung..huhuu besides I’m chubby.. that is why I feel that I’m not in the attention,hahah I’m to serious n always easily mad at my classmate.. I’m stubborn so there is no one like me..(my friends word)

I don’t care much at that time, I wish that I can change, need someone to change me.. whole of my life..but I think there is no one.. so I wait till now, there is no one can change me but only I can change myself…
I remember that My friends said to me, why don’t you wear your tudung and fold it, it will looks more nice and suits you well, yesterday N asking for A to help her with her tudung, then I say that there is no one who will help me fold my tudung.. after a while then N help me with my tudung, she folded my tudung and she said that I look nice if I fold my tudung, that night I’m going to the class with fold my tudung, I’m appreciate her helps a lot.. thanks N.

Today, I’m wearing the other types of tudung because all my tudung need to be wash.. I don’t have time but I’ll wash them tomorrow…insyaAllah. I’m went to the english class today with N, while waiting for her downstairs, H called me asking whether there is english class or not.. after I end the phone conservation, I wait for N. when the 1st she saw me.. she smile.. that time I was playing with the cute little kitten.. and when I entered the class S is smiling to me.. I feel really ackward that time.. feel like the way all around me react is different from before… same as yesterday.. is it my feeling or it is the real thing… from that time my mind wondering a lot… then I asked S, why did you smile at me just now, then she said you look so different, and it suits you better, it looks nice on you, for both day, yesterday and today..

I have a midterm test tonight.. I think that I’ll not pass my exam this semester..i don’t know, I just think so.. what I’m going to do now? I also don’t know yet, but what can I do now is I want to go home n help my little sister then I’ll think bout myself…

Do u want to know what is my wish,huhuu it’s a secret but now it will be no more secret..huhuu during my foundation, I always said that I want to get know “abang hacker” hahah till now I’m waiting for my destiny to meet a hacker.. huhuu I don’t know why..

I wish that I can be the happiest person in this world, but I can’t.. hurm there is too much thing that i want but all of it can’t be fullfill and can’t be granted also.. so I just have to forget all those thing.. and now my only chance to fullfill one of my wish is by blogging.. I wan to share my opinion with others.. even so I post it also at my facebook.. I hope that everyone will read it and change themselves to become more better than before..
 
I wish that someday there will be someone who can understand me without me telling what was my feeling.. is it I’m not beauty as others? It’s up to you to judge.. I’ll not going to think it anymore it makes me stress.. I know that I’m not genius! I’m not intelligent or with a good memory but I’ve try my best it still doesn’t change no matter what I do..

I’m still like this.. I hate myself but there is nothing I can do.. so I’’ll just like me.. I can’t be anyone else. There is someone that tell me, I can’t be anyone else, and they can’t be me.. he was C. and also my lecturer madam suziana said that you are special person because Allah only makes you one and there is no one like you, you are unique and your eyes, face, voice, ideas, character, and all about you.. that makes you so special.. you are choosen to be here because you are the one.

I’m happy now that I have just come home.. I’m relieve..

Sunday, July 11, 2010

wah3 sedap2 je yea lambat2kan solat.. meh cni tengok dan baca

Rupa - rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea.  Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya 

Kisahnya begini
 
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui to l- tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol,adalah malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah.. 

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu - rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak peduli. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit 
ke-dua. 

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak  dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. 

Dilangit ketiga, La. . kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.  Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. 

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah 
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya. 
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa - timpa. Ish. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu tak ada nilai, kena azab lagi nanti. Nauzubillah min-zalik...

Ya Allah, 
ampunkanlah kami kerana lalai. 
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. 
Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. 
rawatkan hati kami selagi kami tak berubah; 
biarlah kami dirawat di dunia agar kami tidak diseksa lagi dihari akhirat kelak. Amin. 

Kepada yang selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu,
 dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib ...
 ney sesuai untuk direnungi .....oleh kita - kita yang selalu ambil ringan atau sambil lewa je dalam solat..


sama - samalah kita berubah sikap yea..