Barangkali, Manusia Yang Paling Bijak ada 3...
Yakni Imamul Muhtadin, Saidina Ali Abi Talib KW, SELEPAS Imamul Muttaqin, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, DAN Manusia Yang Banyak Mengingati Hari Pemergiannya DiJemput Malaikat Izrael as untuk DiSoalSiasat Oleh Malaikat Munkar Dan Malaikat Nakir Di Alam Barzakh.
Imamul Muhtadin, Saidina Ali KW.
Beliau ialah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai ILMU BAGAIKAN LAUTAN. Rasulullah SAW pernah bersabda "Aku adalah Kota Ilmu dan Ali adalah Pintunya. Maka sekiranya kamu ingin memasuki Kota Ilmu, maka kamu masuklah melalui Pintu itu".
Dan di dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda "Jika kamu ingin melihat PENGETAHUAN Nabi Adam a.s., kesusahan fikiran Nabi Nuh a.s., Sifat-Sifat Nabi Ibrahim a.s., Ibadat dan doanya Nabi Musa a.s., umur Nabi Isa a.s. dan SULUH ILMUNYA Muhammad SAW, lihatlah kepada orang yang datang ini." Sambil Baginda Nabi SAW menunjukkan ke arah Saidina Ali KW.
Saidina Ali KW pernah berkata, "40 ekor unta pun tidak mampu untuk memikul Tafsir keseluruhan Suratul Fatihah yang wujud dalam pengetahuanku."
*Sehingga kini, jika dikumpulkan keseluruhan Tafsir Mafhum AL-FATIHAH yang dikupaskan oleh SeKalian Para Alim Ulama' Dari Era Emas (Zaman Nabi SAW Dan Para Sahabat r.a.) sehingga kini bahkan barangkali sehingga Hari Qiamat, belum tentu lagi bisa menyamai jumlah (tafsirannya) mengikut Pengetahuan Saidina Ali KW.
Imamul Muttaqin, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.
Tidak Dapat Disangkal Lagi, bahawa sesungguhnya Baginda Nabi SAW adalah Manusia Agung yang bersifat "PALING" dalam segala perkara-perkara dan perihal yang berkaitan dengan Kebaikan Dan Sifat-Sifat Mahmudah yang Mulia lagi TerPuji.
Baginda Nabi SAW ada bersabda, "Sesungguhnya, tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam pengetahuanku."
Paling Bijak.
Sirah sewaktu Peletakan Batu Hajarul Aswad oleh ketua-ketua kabilah arab yang berkelahi sesama mereka kerana berebut untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad.
Strategi Peperangan, yakni ketika Perang Hunain (betulkan/tegur jika hamba silap), dengan melancarkan gerakan tentera kaum Muslimin ke kubu musuh pada waktu malam dan berehat pada waktu siang, tanpa diketahui dan tanpa dapat dikesan oleh pihak musuh. Sedar-sedar sahaja di waktu awal kesiangan hari, pasukan tentera kaum Muslimin sudah pun berada di hadapan pintu Kubu pihak musuh yang mana ketika itu mereka sungguh terkejut dan tidak sempat untuk melakukan persediaan untuk berperang, yang mana akhirnya mereka tewas dan ditawan oleh tentera kaum Muslimin.
Paling Sabar.
Walau diserang oleh kaum yang ingkar sehingga mengalami luka berdarah ketika berdakwah di Bukit Taif, Malaikat Jibril as siap offer lagi kata, "Ya Rasulullah, mahukah kamu jika aku menterbalikkan Bukit (Taif) itu lalu dihempapkan ke atas mereka semua sehingga tiada seorang pun di antara mereka yang selamat!?" Tapi Nabi SAW enggan dan menolak, bahkan Nabi SAW Berdoa lagi untuk kebaikan kaum di Bukit Taif, sehingga selepas dari itu, lahir generasi-generasi baru di Bukit Taif itu yang menjadi Para Pejuang Dan Pahlawan Islam yang Unggul dan hebat-hebat belaka.
Malah jika dikaji sirah dalam peristiwa-peristiwa yang lain, kerapkali juga Jibril as offer kepada Baginda Nabi SAW untuk menghancurkan kaum-kaum yang sering menganiaya dan menyakiti Baginda Nabi SAW kerna tidak tahan melihat Kekasih ALLAH SWT ini diperlakukan sedemikian rupa, namun baginda Nabi SAW tetap melarang Jibril as berbuat demikian, kerna KeCintaan Dan Kasih-Sayang Baginda Nabi SAW kepada Umat Manusia sejagat umumnya dan Umat Baginda Nabi SAW sendiri khususnya yang tidak berbelah bahagi, jauh melebihi dari KeCintaan Dan Kasih-Sayang Umatnya terhadap Diri Baginda Nabi SAW itu sendiri.
Paling Gagah Dan Paling Handal.
Saidina Ali KW ada berkata, "Sesungguhnya, aku belum pernah melihat manusia yang paling gagah wujud di bumi ini, yang segagah Baginda Nabi SAW bertempur, sewaktu aku melihat Baginda Nabi SAW berperang di Medan Badar." Hatta manusia bergelar Penghulu Segala Pahlawan dan Harimau ALLAH yang sinonim dan seringkali ditsabitkan dengan Keilmuan-Keilmuan Gagah inipun, mengakui dan mengiyakan keperkasaan dan kehandalan Baginda Nabi SAW.
Dan Banyak lagi.
Manusia Yang Banyak Mengingati Mati. Hangpa (cek pun samalah jugak) perati betui-betui gambaq kuboq kat bawah tu, habih crita, Mission Accomplished.
~the end~
No comments:
Post a Comment